Buku ini saya kira menarik kerana merupakan satu-satunya teks yang komprehensif tetapi relatif ringkas dalam bahasa Melayu tentang kerja komuniti(turut mencakup pendekatan atau genre Kerja Sosial, Pembangunan Komuniti, Kesukarelawanan, Khidmat Komuniti/Masyarakat, Keusahawanan Sosial, dan bidang-bidang berkaitan) yang boleh dijadikan panduan/rujukan oleh pengamal(profesional dan sukarela) dan para pelajar bidang berkenaan
Bekerja dengan Komuniti setebal 205 halaman, ialah sebuah buku tentang fundamentals kerja komuniti. Pelbagai aspek kerja komuniti dihuraikan meliputi tujuan dan matlamat kerja, mengenal komuniti, nilai dan etika kerja, model-model kerja komuniti, siapkah pekerja komuniti? profil komuniti, penyusunan(pengorgorganisasian) komuniti, isu-isu dalam kerja komuniti, tenaga penggerak komuniti, rangkaian/jaringan sosial, sumber, proses pendidikan dalam kerja komuniti, penyelidikan, dan penggunaan media.
Buku ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Azizan Bahari, seorang tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi( iCOM), Universiti Malaysia Perlis.
'Bekerja dengan Komuniti' diterbitkan oleh Pustaka Qarya dan dijual dengan harga RM30.00.
Oleh TS Kembara.

No comments:
Post a Comment