Malam itu Pengerusi Aman Patani,Encik Mashar Nizam pulang ke kampungnya di Kepala Batas.Sebagai meraikan rakan dari Negara Patani Darussalam, beliau mengajak kami (Aman Patani) makan malam.
Aku tidak bertanya Encik Mashar hendak makan apa malam ini. Biasanya bila ada rombongan dari Patani ataupun Jala kedai Tomyam tempat kami makan malam.
Aku menaiki kereta baru Mashar bersama anak dan isterinya." Malam ni kita makan lain sikit," kata Mashar kepada Aku."Makan piza." Aku tertany-tanya di mana ada kedai piza di Kepala Batas. Hujan cukup lebat malam itu. Percakapan Mashar Aku kurang dengar. Kami sampai ke Bertam Indah dalam kegelapan malam.
Kedai my piza milik Encik Zul dan Kak Su.Perniagaan mereka bermula pada 11.00 pagi hingga 9.30 malam. Mereka sudah tiga tahun menjalankan perniagaan ini.
Rombongan HAP(Hak Asasi Perikemanusiaan) diketuai oleh Ismael Teh.Beliau pernah disiksa dengan teruk oleh pihak berkuasa Thai atas tuduhan 'menyertai' pihak pejuang Patani.
Setelah disiksa dengan teruk oleh pihak Thai, tiada sebarang bukti yang ditemui,Ismael Teh dibebaskan.
Kini beliau terus membantu rakyat Patani yang ditahan tanpa bukti.
Pihak Amani begitu berbesar hati dapat melayan tetamu istimewa dari kumpulan HAP. Cuma mereka agak kaku sedikit untuk berbual dalam Bahasa Melayu baku kecuali Encik Syamsul sahaja. Mereka bercakap dengan menggunakan dialek Patani bercampur Bahasa Siam!
Oleh TS Kembara

No comments:
Post a Comment