"Kami tinggalkan semua milik yang ada."
" Kami memasak di tempat yang terbuka, membasuh di tempat yang terbuka, di sini tidak ada tandas. Kami berada dalam suasan yang cukup berbeza."
Ibrahim Mahamat.
Ibrahim dan anak lelakinya, Idris.
Ibrahim Mahmat, 61, meninggalkan segala miliknya yang ada untuk melarikan diri daripada cengkaman keganasan yang melanda Republik Afrika Tengah.
Kami bertemu dengan seorang ayah kepada sembilan orang anak di kem sementara Gore, sebuah khemah pelarian berdekatan dengan Chad. Semenjak dia dan keluarga meninggalkan kampung halaman mereka di Berberati yang terletak barat daya Republik Afrika Tengah.
"Kami memasak di tempat terbuka, membasuh di tempat terbuka, di sini tidak ada tandas dan orang ramai membuang air besar merata-rata, dia memberitahu kami. " Kami berada didalam keadaan yang serba payah sekarang."
Keluarga kami tinggal dalam sebuah pondok sementara yang dibentuk daripada ranting dan pakaian.
"Kami tidak ada pendapatan sekarang," dia memberitahu kami. " Kami tinggalkan segala-galanya di Republik Afrika Tengah.
Sekarang ini keluarga kami bergantung kepada baucar yang diterima daripada 'Program Makanan Sedunia(WFP). Ini bermakna kami hanya ada disekitar 4 000 CFA ($8 USD) sebulan bagi membolehkan membeli makanan.
"Kami hanya bergantung kepada WFP untuk mendapatkan makan tetapi ini tidak mencukupi. Ianya tidak sampai sebulan pun. Saya sebagai pencari nafkah tetapi tidak ada caranya untuk mendapatkan wang. Saya perlu berbuat sesuatu untuk membeli makanan."
Ibrahim begitu resah kerana begitu kurangnya peluang untuk mencari rezeki. Keluarganya- malahan anak-anaknya mencari kayu api untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli makanan. 'Islamic Relief'' menambah bantuan makanan kepada keluarga seperti Ibrahim.
Anak-anak tidak mendapat pendidikan
Di kem sementara ini tidak ada kemudahan pendidikan. Ada guru-guru yang tinggal di sini menawarkan pendidikan kepada kanak-kanak tetapi di sini tidak ada kemudahan asas seperti kertas dan padan tulis.Kebanyakan kanak-kanak di sini menghabiskan masa dengan membantu ibu bapa mereka.
Islamic Relief berhasrat membantu guru-guru dengan memberikan kemudahan asas supaya kanak-kanak di kem sementara ini dapat menikmati pendidikan mereka.
Ibrahim juga bimbang perkhidmatan kesihatan di kem sementara itu tidak mampu memenuhi keperluan pendatang yang baru. Dia juga resah dengan serangan malaria di sini dan cukup bimbangan kalau keluarganya sakit sakit.
Berpindah ke kem baru
BERSAMBUNG
Oleh Shakir Md Taha