sponsor

Monday 24 November 2014

Siri 2 Cinta Dan Duka Rakyat Malaysia Di Setul(Satun)

Masyarakat  keliru dengan penggunaan nama Satun. Ada yang menyangka  Satun cuma sekadar nama bandar atau tempat. Satun bukan sahaja  nama kepada wilayah, ibu negeri(wilayah) nama daerah  dan juga pusat pentadbiran wilayah. Nama asal Satun ialah SetulSetoi dalam bahasa Utara atau sentul. Ianya merujuk kepada nama sejenis buah yang berwarna kuning dan isinya puitih. Rasanya masam dan manis. 

Dari pos kastam, lebih kurang 31 km anda akan sampai ke Kampung Guar dalam mukim Ban Khuan. Guar adalah perkataan Melayu yang popular di utara.Contoh nama tempat yang menggunakan guar di Malaysia seperti 'Guar Cempedak'. 'Guar Napoh',Kampung Guar di Jejawi Perlis,Guar Kepah di Seberang Perai Utara,Pulau Pinang. Guar ini maksudnya 'Tanah Tinggi' atau 'Gon'( bahasa Kedah lama) 

Mukim Ban Khuan antara empat mukim di Satun yang masih lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan bagi masyarakat setempat.




                                                                  Buah setul.

Mukim berkenaan adalah mukim Ban Khuan,mukim Tammalang,mukim Tanyong Po(Tanjung Pauh).Bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa Melayu loghat Utara. Ada persamaan dengan Perlis dan Kedah.Tetapi kini bahasa Melayu pasar lebih digunakan di sini. Bahasanya bercampur dengan bahasa Thai kerana selepas Perjanjian Bangkok 1909, wilayah Satun diambil alih oleh Kerajaan Thai Buddha. Kerajaan menggunakan dasar Siamisasi dan asimilasi terus menenggelamkan bahasa Melayu di wilayah yang 100% didiami oleh Melayu Islam. Ada juga penulis menggunakan telah DISIAMKAN. Pada saya, SIAM itu ialah kerajaan Kedah Siam.

Bahasa Melayu di sini perlahan-lahan terhapus dengan sendirinya oleh dasar Pelajaran Kerajaan Thailand. Bagi saya, ianya tidak salah kerana sebuah negara berhak memilih bahasa pengantar atau bahasa nasional. Generasi muda  di sini berasa malu hendak bertutur  bahasa ibunda(bahasa Melayu) kerana tidak setaraf dengan masyarakat Thai.Sikap rasa rendah diri dan tidak setaraf menguasai diri anak muda di sini.Jadi bila bertutur bahasa Melayu, mereka mewakili masyarakat kampung di pendalaman. 

BERSAMBUNG....siri 3

No comments:

Post a Comment