sponsor

Thursday, 27 November 2014

Siri 4 Cinta, Duka Dan Airmata

Minda Masyarakat  Di Mukim  Ban Kuan.

Aku mengambil contoh di mukim ini kerana aku menetap di sini.Aku hafal segala jalan dan lorong di sini. Wajah-wajah yang singgah di kedai kopi(disebut kedai teh) aku cukup kenal.Agama Islam bertapak kukuh di sini.Islam sangat dititik berat oleh masyarkat setempat. Golongan Jemaah Tablig amat hebat berkembang di sini. Kebanyakan lelaki yang condong kepada Islam memakai jubah, yang mereka faham jubah adalah pakaian sunnah.Anda jangan mempertikaikan tentang jubah.Bertembak pun mereka sanggup jika anda mempertikaikan tentangnya.

Aku setuju jubah adalah pakaian orang Arab. Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan di bumi Arab pun berjubah. Adakalanya seluar( sila rujuk Ustaz Kazim Alias).Nabi suka memakai jubah berwarna merah.Menolak SUNNAH  samalah dengan menolak Islam.Aku yakin dan percaya Islam itu bukan sekadar jubah tetapi ilmu dan amal. 


Kedai Kopi(kedai teh)

Kebanyakan orang di sini bekerja sebagai penoreh getah.Kehidupan sebagai seorang penoreh getah memberikan kelapangan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Mereka keluar menoreh seawal pagi.. Ada yang keluar selepas jam 12.00 tengah malam.Ada yang awal lagi! Selepas subuh mereka selesai bertugas. Jangan hairan bila kedai teh (kedai kopi) penuh dipenuhi oleh mereka.Bukan bermakna mereka tidak bekerja tetapi mereka  telah menghabiskan  kerja  dan berehat sebelum tidur setelah puas menjamu selera.

BERSAMBUNG( Bersembang di kedai kop)

Oleh Joe KL

No comments:

Post a Comment