RACUN AKARNYA KALAU MAHU MEMBUNUH POKOK 
Kata  pepatah,jika mahu membunuh  pokok , maka racunlah akarnya.Jika mahu membunuh BANGSA maka racunlah sejarahnya. Sejarah bangsa Melayu di wilayah Satun telah di racuni dan dibakar. Dasar kerajaan  Thailand  untuk menyatukan penduduknya, perkara paling utama  adalah BAHASA. Satukan Bahasa pertuturan mereka. Maka dari tahun 1909 sehingga sekarang, Kerajaan Thailand telah berjaya mengTHAIKAN masyarakat Melayu Satun dengan bahasa.
Nama-nama tempat telah diThaikan. Pada hemat saya, inilah kejayaan yang paling besar dicapai oleh Negara Gajah Putih  daripada masyarakat Melayu Satun.Ianya TIDAK menjadi kesalahan bagi kerajaan sesebuah negara melakukannya. Contohnya seperti berikut:-
- Wang Beacan- Wang Prachan
 - Tanjung Pauh- Tanyong Po
 - Bukit - Phuket
 - Kg Lubuk Batu -Loh Boh Ba Tu
 - Bukit Menteri - Bukit Gradree
 - Pangkalan Jintan - Ka Ia Yin Tan
 
Oleh Joe KL 
BERSAMBUNG.....


Menyedihkan, pahit terpaksa kutelan.
ReplyDeleteMenyakitkan, maung terpaksa kutahan.
Memunah-ranahkan, pedih tetap aku perjuangkan.
yang membaca terasa,yang menanggung ,semakin parah
DeleteTerima kasih Don Balon diatas keperihatinan Anda.
ReplyDeleteKarlisa, semoga terus ada manusia Melayu Islam yang perihatin dengan keadaan yang cukup gawat di Setul ini.
ReplyDelete