sponsor

Tuesday 25 November 2014

Siri 3 Cinta,Duka dan Airmata Rakyat Malaysia di Setul




RACUN AKARNYA KALAU MAHU MEMBUNUH POKOK 

Kata  pepatah,jika mahu membunuh  pokok , maka racunlah akarnya.Jika mahu membunuh BANGSA maka racunlah sejarahnya. Sejarah bangsa Melayu di wilayah Satun telah di racuni dan dibakar. Dasar kerajaan  Thailand  untuk menyatukan penduduknya, perkara paling utama  adalah BAHASA. Satukan Bahasa pertuturan mereka. Maka dari tahun 1909 sehingga sekarang, Kerajaan Thailand telah berjaya mengTHAIKAN masyarakat Melayu Satun dengan bahasa.

Nama-nama tempat telah diThaikan. Pada hemat saya, inilah kejayaan yang paling besar dicapai oleh Negara Gajah Putih  daripada masyarakat Melayu Satun.Ianya TIDAK menjadi kesalahan bagi kerajaan sesebuah negara melakukannya. Contohnya seperti berikut:-

  • Wang Beacan- Wang Prachan
  • Tanjung Pauh-  Tanyong Po
  • Bukit             -  Phuket
  • Kg Lubuk Batu -Loh Boh Ba Tu
  • Bukit Menteri    - Bukit Gradree
  • Pangkalan Jintan - Ka Ia Yin Tan
 Ini  cuma sebahagian daripada contoh-contoh yang diberikan.  Jika dikaji lagi, banyak perkara  yang telah diubah  menjadi  sejarah  Melayu  seolah-olah  tidak wujud bumi Setul(Satun) .  Kadang-kadang dalam pemerhatian  penulis, keadaan ini berlaku kerana  masyarkat di sini tidak peka kepada perubahan. Contohnya, Kampung Lubuk Batu, dalam tulisan Thai dieja betul tetapi bila ditulis dalam tulisan RUMI keadaannya berubah. Ini kerana masyarakat  memandang remeh pada kesalahan ejaan dan telah diAMBIL KESEMPATAN OLEH KERAJAAN UNTUK memadamkan sejarah Melayu SETUL

Oleh Joe KL 

BERSAMBUNG.....

4 comments:

  1. Menyedihkan, pahit terpaksa kutelan.
    Menyakitkan, maung terpaksa kutahan.
    Memunah-ranahkan, pedih tetap aku perjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang membaca terasa,yang menanggung ,semakin parah

      Delete
  2. Terima kasih Don Balon diatas keperihatinan Anda.

    ReplyDelete
  3. Karlisa, semoga terus ada manusia Melayu Islam yang perihatin dengan keadaan yang cukup gawat di Setul ini.

    ReplyDelete