Memaparkan perjalanan seorang insan yang mendengar dan melihat segala cerita,berita,derita ,peristiwa yang berkocak, bergolak dan berdarah.
sponsor
Friday, 10 May 2013
Thursday, 9 May 2013
Bermalam di Menara (Narathiwat)
Inilah kali pertama aku menjejak kaki wilayah yang bergolak Menara namanya. Tapi orang Thai menamakannya Narathiwat wilayah yang dihuni lebih daripada 82% orang Melayu.Di sini lebih daripada 80% penduduknya bercakap Melayu.
Di wilayah inilah berlakunya "Peristiwa Berdarah Tak Bai" pada 24 Oktober 2004 yang memakan korban seramai 78 orang Melayu Islam. Kami tidak ke Tak Bai atau nama Melayunya Tabal.
Selepas solat jamak takakhir kami mencari hotel.Urusan mencari tempat menginap diurusankan oleh kawan-kawan dari Patani. Hampir masuk isyak baru dapat tempat menginap. Tempat ini diurusankan oleh orang Melayu keturunan Arab.
Biliknya tidak ada penghawa dingin.Sewa aku kira mahal.Semalam RM70.00. Di Jala dan Patani lebih murah dan baik.
Di Menara kata Tuan punya apatmen jarang sekali dikunjungi oleh pelancong. Jadi tidak hairanlah Tuan punya apatmen mengambil masa untuk menyiapkan bilik untuk 'tetamunya'
Malam di Menara masih muda. Kesunyian sudah memeluk malam. Kesibukan kendaraan sudah tiada.Aku tidak pasti ada atau tidak tempat 'hiburan malam'. Aku tidak pernah ambil pusing hal itu.
Aku keluar makan malam bersama-sama rakan yang datang dari Patani dan Jala. Kami makan dipinggir jalan.Jarang-jarang kereta atau motorsikal yang lalu lalang. Kami boleh makan dengan tenang tanpa gangguan enjin kereta ataupun kepulan asap.
Makanan di sini sedap dan tidak mahal.Makanan di pinggir jalan tentu tidak mahal. Kami tidak makan di hotel kerana sebagai orang 'pinggiran' lebih selesa makan di pinggir jalan.
Malam masih muda.Lampu di pinggir jalan bertengkar dengan malam sampai ke pagi.

Wednesday, 8 May 2013
Bicara Patani
Kini aku benar-benar berada di lapangan.Menyaksi degup jantung OMIP sendiri.
Kawan aku bertanya pandangan aku sebagai orang Malaysia tentang program "Bicara Patani." Aku termangu. Dia berkata,"tulislah sedikit."
1.Kebangkitan anak muda luarbiasa sekali. Terdapat kerjasama yang cukup baik antara gerakan wanita diketuai oleh wanita seperti "Deep Peace" dan badan-badan NGO yang lain. Mereka berjaya menarik ramai khalayak ke program. Tua, muda,lelaki dan perempuan memenuhi ruang kosong yang ada.
2.Anak anak berani bersuara tentang keadilan dan keamanan. Persatuan Mahasiswa seperti PERMAS telah turut ke lapangan untuk bertemu dengan masyarakat tanpa jemu. Tindakan mereka adalah "non-violence".Mereka berbicara dengan akal budi. Tokoh-tokoh muda seperti Tuan Danial, Atief Shukur,Anwar Ismael dan beberapa orang tokoh muda yang aktif selalu bersama masyarakat. Tapi sayang sekali tokoh muda seperti Anwar Ismail telah dipenjarakan oleh pihak Thai dengan alasan yang tidak kukuh dan diterima oleh akal budi.
3.Setiap acara yang besar berjaya menarik seramai 7,000 hingga 10,000 penonton.
4.Membuka mata dan telinga rakyat tentang hak-hak asasi mereka. Mereka tahu tempat hendak mengadu.Sindrom takut mulai tersingkir.
5.Bahasa Melayu dialek Patani digunakan secara meluas walaupun ada waktunya Bahasa Thai disulam juga.Memandangkan Patani Darussalam dijajah begitu dan dasar Rathaniyom yang diperkenalkan oleh Phibul Songkhram pada tahun 1938 memberi kesan yang mendalam terhadap jatidiri OMIP.
Jadi setakat inilah yang boleh aku berikan sebagai menunaikan permintaan rakan di sempadan sana.Ini hanyalah sekadar orang yang berada dilapangan.
Salam hormat dan jumpa lagi.
Tuesday, 7 May 2013
Masih Ada Waktu
Menara.Perkarangan Majlis Agama Islam Narathiwat.
Pagi itu Aku sempat berbual-bual dengan seorang ahli perniagaan. Idris namanya(Gambar di sudut kanan sekali). Isterinya seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah Hj Harun Jala.
Katanya dia menjual susu kambing yang dibawa masuk dari Malaysia.
Hari itu hari minggu. Biasanya orang berniaga akan rehat di rumah setelah penat bekerja. Tapi tidak bagi Idris. Dia turut melapangkan masanya menyambut perayaan anak yatim yang diadakan di Narathiwat.
Orangnya lebih banyak menghadiahkan senyuman daripada berbicara. Dia mudah senyum. Benarlah kata pepatah Cina,orang tidak boleh senyum,tidak boleh berniaga. Idris lebih banyak senyum dan menjadi pendengar yang baik. Suaranya agak perlahan dan kadang-kadang semacam tidak kedengaran tuturkata.Yang jelas lebih banyak senyum. Senyum itukan sedekah. Hari itu dia banyak bersedekah.
Katanya, "Saya selalu membaca blog Aman Patani." "Saudara faham kandungannya." aku bertanya."Oh! faham." sambil mengukir senyum.

Monday, 6 May 2013
Kaki Melangkak Kawasan Bersih
Aku terpegun melihatkan anak muda di Menara yang dengan penuh kesungguhan mengutip sampah yang berselerak di perkarangan Majlis Agama Islam Menara(Narathiwat).
Dalam keadaan cuaca panas mereka membawa karung plastik hitam untuk mengisi sampah sarap. Mereka tidak dibayar apa-apa. Mereka tidak merungut atau keloh kesah. Tugas dijalankan secepat mungkin.
Semangat bergotong-royong cukup tinggi. Tidak orang yang memberi arahan,seperti "Di sini banyak sampah......"Mereka cukup faham tugas masing-masing.
Itulah semangat gotong-royong anak muda di wilayah yang tertindas dan terjajah!
Sunday, 5 May 2013
Rusnee Tetap Tabah Meneruskan Hidup
Rusnee,25, balu As-Syahid Mat Rasol yang gugur pada 13 Februari 2013 sewaktu menyerang kem tentera laut di Bacho, kini terus tabah menerus hidup bersama dua orang anaknya. Beliau tinggal di Kampung Duku,Menara.
As-Syahid lahir,terbunuh dan dikebumikan di Bacho kawasan yang kaya dengan sawah yang menghijau dan hutan getah yang merimbun. Pihak tentera Thai menamakan kawasan ini sebagai "kawasan merah", kawasan milek pejuang.
Tentera Thai jarang sekali memasuki kawasan ini.
Rusnee mempunyai kemahiran menjahit. Dengan kemahiran inilah menyara hidupnya bersama dua orang anaknya yang masih kecil.
Anak sulungnya Mini berusia enam tahun dan Mudassir anak lelakinya baru berusia 20 bulan dan sudah boleh berjalan.
Sebagai seorang manusia,dia sedih dengan pergian suaminya tapi redho sambil mengesat airmatanya.Dia terus bercerita kepada kami sambil melontarkan senyumannya. Senyum dalam redho,kata Ustaz Kamaruddin, bukan senyum dalam tangisan menyembungikan kesedihannya.
Pagi itu diperkarangan Majlis Agama Islam,Menara aku sempat merakamkan gambarnya bersama Mimi,anak sulungnya,Nurhayati dan Ustaz Kamaruddin.
Diadatang bersama ibu mertuanya kerana hendak mengikuti program sambutan anak yatim dan "Bicara Patani" yang mendapat sambutan yang hangat sekali.
Gambar dan tulisan oleh

Subscribe to:
Posts (Atom)