Kini aku benar-benar berada di lapangan.Menyaksi degup jantung OMIP sendiri.
Kawan aku bertanya pandangan aku sebagai orang Malaysia tentang program "Bicara Patani." Aku termangu. Dia berkata,"tulislah sedikit."
1.Kebangkitan anak muda luarbiasa sekali. Terdapat kerjasama yang cukup baik antara gerakan wanita diketuai oleh wanita seperti "Deep Peace" dan badan-badan NGO yang lain. Mereka berjaya menarik ramai khalayak ke program. Tua, muda,lelaki dan perempuan memenuhi ruang kosong yang ada.
2.Anak anak berani bersuara tentang keadilan dan keamanan. Persatuan Mahasiswa seperti PERMAS telah turut ke lapangan untuk bertemu dengan masyarakat tanpa jemu. Tindakan mereka adalah "non-violence".Mereka berbicara dengan akal budi. Tokoh-tokoh muda seperti Tuan Danial, Atief Shukur,Anwar Ismael dan beberapa orang tokoh muda yang aktif selalu bersama masyarakat. Tapi sayang sekali tokoh muda seperti Anwar Ismail telah dipenjarakan oleh pihak Thai dengan alasan yang tidak kukuh dan diterima oleh akal budi.
3.Setiap acara yang besar berjaya menarik seramai 7,000 hingga 10,000 penonton.
4.Membuka mata dan telinga rakyat tentang hak-hak asasi mereka. Mereka tahu tempat hendak mengadu.Sindrom takut mulai tersingkir.
5.Bahasa Melayu dialek Patani digunakan secara meluas walaupun ada waktunya Bahasa Thai disulam juga.Memandangkan Patani Darussalam dijajah begitu dan dasar Rathaniyom yang diperkenalkan oleh Phibul Songkhram pada tahun 1938 memberi kesan yang mendalam terhadap jatidiri OMIP.
Jadi setakat inilah yang boleh aku berikan sebagai menunaikan permintaan rakan di sempadan sana.Ini hanyalah sekadar orang yang berada dilapangan.
Salam hormat dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment