Aku menyangka anak muda berjanggut, berjambang pernah belajar di Malaysia. Bahasa Melayunya baik sekali. Bila bercakap dia tidak menggunakan dialek Melayu Patani.
Anak muda yang sosoknya agak kursus,potongan rambut pendek dan jarang-jarang. Bahagian hadapan kepalanya sudah gondol. Pakaiannya 'simple' sekali. Kerap Aku temui berbaju-T sahaja. Ini mungkin bersesuaian dengan kerjanya di lapangan.
Selesai belajar di Sekolah Agama Nathadatul Islamiah Kampung Munduk,Sungai Golok, beliau meneruskannya pelajaran ke Universiti Ramkamheng dalam jurusan 'audio- visual.'
Anak kelahiran Sungai Golok ini diberi kepercayaan untuk memimpin badan mahasiswa dan dlantik menjadi 'Amir' PNYS(Patani,Menara,Jala,Songkhla dan Setul).Waktu ini(2004) berlaku konflik yang cukup hebat di Patani Darussalam.
Kesan negatif menyerang pelajar-pelajar dari Patani.Pihak di Bangkok mengangap orang Melayu sebagai teroris dan sikap ini dimarakkan lagi oleh media massa.
Mahasiswa Patani tersepit. Dalam keadaan inilah Badan PNYS yang dipimpin oleh Sabree menghulurkan bantuan mencari rumah sewa dan tempat menginap. Sabree dan kawan-kawannya bertindak sebagai penjamin. Tanpa jaminan daripada mereka sulit bagi anak-anak Patani mendapatkan rumah sewa dan tempat menginap.
Beliau cukup berminat dalam bidang 'audio-visual. Klip video yang dihasilkannya cukup berkualiti dan mendapat pujian daripada tokoh media.Klip video 'Mat Rasol Perwira Patani' adalah antara yang terbaik yang dihasilkannya.
Oleh Shakir Taha

No comments:
Post a Comment