sponsor

Tuesday, 24 January 2012

Monday, 23 January 2012

Singgah Sebentar Di Pekan Dan Kok

Perjalanan ke Yala masih jauh.Sudah tengahari.Terasa lapar. Makanan Islam di Dan Kok(orang Malaysia sebut Danok) tidak ada masalah. Ustaz Kamaruddin cukup arif  tentang hal ini.

Waktu zohor belum masuk lagi. Kami singgah makan tengahari di Restoran Jasmin milik seorang muslim warga Thai. Restorannya bersih. Ada tempat solat, Bilik mandi dan tandasnya berasingan dengan bilik mandi. Tandasnya cukup selesa untuk buang air besar. Ada paip air dan bekas air. 

Masakan tomyamnya enak sekali, kata Asti Toba, srikandi  yang berketurunan Bugis itu.Dan Hassuna makan tanpa banyak bicara. Dia memang tidak cerewet asalkan makanan itu halal! 

Nurfitri Amir(berbaju merah) tersenyum puas menjamah makanan yang disediakan oleh tukang makan keturunan Melayu Pattani. Ustaz Kamaruddin tidak dapat berpisah dengan laptop kesayangannya. tersenyum. Dia pasti tersenyum puas memandang wajah laptopnya yang berwarna malam dan siang.


Oleh Shakir Md Taha

Sunday, 22 January 2012

Kampung Budi Seindah Namanya

 Kami sampai ke Kampung Budi sebelum waktu asar.Jemaah sudah ramai menunggu di anjung mesjid. Mesjidnya bersih sekali.Pernah dinobat sebagai johan dikalangan mesjid yang ada di sekitar Yala.Tandas mesjidpun bersih. Ini petanda yang baik.Kebersihan terjaga dengan baik.Di tepi mesjid ada taman asuhan kanak-kanak.Bangunan dua tingkat semacam baru disiapkan.                                                                                                                    


Bulat air kerana pembentungnya
Bulat manusia kerana muafakat.
Hidup menjadi berkat.Hidup di sini adatnya sepakat untuk mendapat  berkat Setiap perkara yang besar dibawa mesyuarat dahulu. Inilah yang menjadi ikutan Pak Tua di sini. Mereka tidak membuat sesuatu keputusan tanda berbincang. Perbincangan dan mesyuarat adalah nadi bagi umat di sini. Bermesyuarat umat selamat. Keputusan diputuskan. Perlaksanaan dijalankan. Tidak ada istilah 'rumah siap pahat berbunyi' 

Oleh Shakir Md Taha

Saturday, 21 January 2012

Pondok Hj Harun,Yala

Sekolah Menengah Agama Yala atau lebih dikenali dengan nama "Pondok Hj Harun".Sekolah ini kini mempunyai bilangan pelajar seramai 5 500 orang. Menurut  Ustaz Abdul Rahman Tupah, salah seorang pentadbir di sekolah ini,dahulu terdapat lebih daripada 6 000 orang pelajar yang menuntut di sini. Mereka datang dari Malaysia,Indonesia,Singapura dan Brunai. Oleh kerana pergolakan yang berlaku di Selatan Thai bilangan pelajar luar yang datang menuntut merosot sedikit.
Tetapi bilangan pelajar tempatan yang datang menuntut di sini tetap setia.Biar apapun yang terjadi, mereka tidak gusar, tidak mudah patah semangat.Pihak berkuasa di Bangkok ada memberi peruntukan kepada sekolah ini dengan  syarat bahasa Thai mestilah diajar di sini.Tetapi peruntukan yang diberikan  tidaklah mampu menampong kos perbelanjaan sekolah ini.
Menurut Ustaz Kamaruddin Kassin, perbelanjaan di sini lebih jauh murah berbanding dengan Malaysia.Yurannya hanya RM60.00 sebulan termasuk makan dan minum.  Beliau pernah menghantar anak lelakinya belajar di sini dan kini sedang melanjutkan pelajarannya di Qahirah, Mesir.


Oleh Shakir Md Taha

Suatu Pagi Di Pekan Yala

Selepas solat subuh aku keluar dari tenpat menginap.Masih awal. Dan waktu di wilayah yang bermajoritikan orang Melayu Islam, baru pukul 7.30pagi. Paginya masih tenang dan damai.Sekali sekala ada deruman kereta. Dan pekan ini  tenang kembali. Tengharinya barulah sibuk dengan kenderaan yang pelbagai. Motorsikal,bas,kereta dan lori bergerak sebebasnya. 

Bagi penunggang motorsikal penggunaan topi kaledar  bukanlah satu kesemestian. Hanya penunggang di hadapan sahaja yang perlu menggunakan topi kaledar.

Selama 3 hari di sini, aku tidak melihat berlakunya kemalangan jalan raya walaupun jalannya penuh sesak dan menyesak dada. Kenderaan  yang besar memberi laluan kepada yang kecil. Hon jarang sangat dibunyikan.(Kalau adapun yang membunyikan hon kenderaan mereka, itu kata kawan aku, itu  kenderaan dari Malaysia!)


Oleh Shakir Md Taha

Melawat Hospital Yala

 
Aku,Ustaz Kamaruddin Kassim,isteri dan anaknya serta kawan-kawan dari badan NGO UNGGAS.UNGGAS( Urusetia Menangani  Gejala Sosial) dipimpin oleh Sdr, Nurfitri Amir, anak muda berkulit sawo matang lepasan Universiti Sains Malaysia, jurusan   mikrobiologi, Kedatangan kami disambut dengan penuh persediaan.Lengkap dengan papan tanda mengalu-alukan kedatangan kami ke Hospital Besar Yala.

Pesakit luarnya ramai sekali. Bilangan doktornya pun ramai.Jadi pesakit tidak perlu tunggu lama untuk bertemu dengan doktor.

Semasa sesi dialog mereka menggunakan Bahasa Thai walaupun ada yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. 

Ada waktunya mereka menggunakan bahasa Melayu dialek Pattani. Tapi dialek Pattani sudah diresapi pengaruh bahasa Thai yang cukup kuat, 

Oleh Shakit Md Taha

Minum Air Kelapa Muda Di Rumah Idris Dollah

Kami dibawa melawat ke Kampung Kadepe di wilayah Yala,Selatan Thailand. Pemandu kami Saudara Abdul Rahman Daud. Beliau seorang aktivis YMAT (Angkatan Belia Islam Thailand) di Yala. Beliau pekerja sepenuh masa.

Dengan bantuan Abdul Rahman Daud kami sampai ke Kampung Kadepe. Kampung ini kaya dengan pohon yang menghijau. Sejuk mata memandang. Petang itu cuaca panas. Kampung Kadepe sunyi dan tenang.Ada sungai yang membekalkan air kepada pesawah di sini. Sungainya mengalir lesu. Sungai ini tohor. 

Kami singgah sebentar di rumah Idris Dollah, seorang anak muda yang manfaatkan  ilmunya yang diceduk di universiti untuk berbudi kepada tanah.Beliau membela itik dan burung puyung. Di persekitaran rumahnya ditanam pokok kelapa pandan wangi. 

Kami dihidangkan air kelapa muda ketika mentari melontarkan bahan panasnya ke tubuh kami.Kata orang tua-tua,seperti mengantuk disurung bantal. Airnya wangi dan rasanya semanis gula.Isinya putih, lemak dan lembut. 


Oleh Shakir Md Taha

Friday, 20 January 2012

Kolam Ikan Keli Di Jalanan Baru,Yala

Kolam tidak besar. Ukurannya 4'x7'. Cukup untuk 300 ekor ikan keli. Makanan ikan keli boleh dibuat sendiri.Makanannya cukup mudah dihasikan.Daun,sayur,hampas kelapa dan dedak boleh digunakan. Sebuah alat mesin  mengisar supaya bahan-bahan ini dikisaar berbentuk pelet. Kebersihannya terjamin. Jadi penternak dan petani  perlulah belajar dan  menguasai   teknologi  yang mudah ini tapi cukup berkesan
Kolam ini tidak perlu disemenkan. Gunakan plastik sahaja sudah cukup. Ikan sebagai sumber protin. Ikan boleh dijual sebagai sumber pendapatan.


Oleh Shakir Md Taha

Indahnya Bertani di Yala

Idris Dollah anak muda,lepasan graduan menjadi seorang petani di kampungnya.Kampung ini bernama Kampung Kadepe,Yala.Dia menanam padi.Idris tidak menggunakan baja kimia. Sebaliknya dia menggunakan kompos dan EM.Menurutnya otak, anak yang sihat datang dari makanan yang baik.Kalau makanan sudah tercemar dengan racun mana mungkin badan boleh jadi sihat.Di sawahnya ada itik yang menumpang makan.Bila ada titik menandakan tidak ada racun tidak ada racun perosak makhluk yang digunakan.Itik boleh menumpang makan.Itik akan memakan ulat dan serangga yang merayap dan menganggu pokok padi. Pokok padi menjadi lebih subur dan mampu menghasil padi yang berkualiti tinggi.Di sini padi ditanam secara manual,menggunakan tenaga mausia. Kaedah  tanaman serak tidak digunakan kerana menurut Idris kaedah ini tidak menghasilkan padi yang lumayan.

Padi ditanam. Padi dituai. Padi menghasilkan beras. Padi dijual petani mendapat wang.Beras yang dihasilkan cara begini bermutu tinggi dan sedap dimakan. Itik juga boleh menumpang rezeki di sawah milik Idris Dollah.Dan Idris yakin dan berpuas hati tanamannya menjadi. Selamat dan jimat.      

 ( Gambar di tengah, Idris Dollah terdiri di hadapan rumahnya)

Oleh  Shakir Taha