sponsor

Saturday, 21 January 2012

Minum Air Kelapa Muda Di Rumah Idris Dollah

Kami dibawa melawat ke Kampung Kadepe di wilayah Yala,Selatan Thailand. Pemandu kami Saudara Abdul Rahman Daud. Beliau seorang aktivis YMAT (Angkatan Belia Islam Thailand) di Yala. Beliau pekerja sepenuh masa.

Dengan bantuan Abdul Rahman Daud kami sampai ke Kampung Kadepe. Kampung ini kaya dengan pohon yang menghijau. Sejuk mata memandang. Petang itu cuaca panas. Kampung Kadepe sunyi dan tenang.Ada sungai yang membekalkan air kepada pesawah di sini. Sungainya mengalir lesu. Sungai ini tohor. 

Kami singgah sebentar di rumah Idris Dollah, seorang anak muda yang manfaatkan  ilmunya yang diceduk di universiti untuk berbudi kepada tanah.Beliau membela itik dan burung puyung. Di persekitaran rumahnya ditanam pokok kelapa pandan wangi. 

Kami dihidangkan air kelapa muda ketika mentari melontarkan bahan panasnya ke tubuh kami.Kata orang tua-tua,seperti mengantuk disurung bantal. Airnya wangi dan rasanya semanis gula.Isinya putih, lemak dan lembut. 


Oleh Shakir Md Taha

No comments:

Post a Comment