Kami sampai ke Kampung Budi sebelum waktu asar.Jemaah sudah ramai menunggu di anjung mesjid. Mesjidnya bersih sekali.Pernah dinobat sebagai johan dikalangan mesjid yang ada di sekitar Yala.Tandas mesjidpun bersih. Ini petanda yang baik.Kebersihan terjaga dengan baik.Di tepi mesjid ada taman asuhan kanak-kanak.Bangunan dua tingkat semacam baru disiapkan.
Bulat air kerana pembentungnya
Bulat manusia kerana muafakat.
Hidup menjadi berkat.Hidup di sini adatnya sepakat untuk mendapat berkat Setiap perkara yang besar dibawa mesyuarat dahulu. Inilah yang menjadi ikutan Pak Tua di sini. Mereka tidak membuat sesuatu keputusan tanda berbincang. Perbincangan dan mesyuarat adalah nadi bagi umat di sini. Bermesyuarat umat selamat. Keputusan diputuskan. Perlaksanaan dijalankan. Tidak ada istilah 'rumah siap pahat berbunyi'
Oleh Shakir Md Taha
No comments:
Post a Comment