Selepas solat subuh aku keluar dari tenpat menginap.Masih awal. Dan waktu di wilayah yang bermajoritikan orang Melayu Islam, baru pukul 7.30pagi. Paginya masih tenang dan damai.Sekali sekala ada deruman kereta. Dan pekan ini tenang kembali. Tengharinya barulah sibuk dengan kenderaan yang pelbagai. Motorsikal,bas,kereta dan lori bergerak sebebasnya.
Bagi penunggang motorsikal penggunaan topi kaledar bukanlah satu kesemestian. Hanya penunggang di hadapan sahaja yang perlu menggunakan topi kaledar.
Selama 3 hari di sini, aku tidak melihat berlakunya kemalangan jalan raya walaupun jalannya penuh sesak dan menyesak dada. Kenderaan yang besar memberi laluan kepada yang kecil. Hon jarang sangat dibunyikan.(Kalau adapun yang membunyikan hon kenderaan mereka, itu kata kawan aku, itu kenderaan dari Malaysia!)
Oleh Shakir Md Taha
No comments:
Post a Comment