Daerah ini sentiasa rindukan kedamaian. Namun ia masih jauh berbalam-balam. Peristiwa hitam 25 Oktober 2004 tetap kekal dalam ingatan.
Takbai atau nama sebenarnya Tabal dipisah oleh Sungai Golok. Dengan hanya menaiki bot dan bayarannya RM1.00 anda sudah boleh ke Tabal(Takbai) dalam masa 4 minit sahaja.
Pagi Jumaat itu kami menyeberangi Sungai Golok. Setibanya dipangkalan keadaan tenang dan sunyi. Tidak ramai yang menjalankan perniagaan hari. Biasanya hari Junaat lah yang paling sibuk dan ramai pengunjung yang datang ke Tabal. Hari itu sepi seperti negeri dilanggar garuda.Ini berpunca daripada surat layang.
Kononnya siapa yang berniaga pada hari akan dihukum. Hukumannya dikerat telinga! Perang psikologi telah berjaya.Rakyat menjadi takut. Ramai yang hendak berniaga pada hari Jumaat. Akibatnya hanya sebilang kecil peniaga yang membuka kedai mereka. Kami begitu lega sekali kerana ada peniaga Muslim berani menjalankan perniaga mereka.Kami singgah di kedai makan di Pekan Takbai dan bersarapan dengan pengerusi AYATA (Anak Yatim Takbai). Sebelum itu penyelaras CPM Tuan Wan Abdul Rahman berpesan 'kita makan pagi di Takbai". Tapi aku sempat minum teh panas dan menjamah sedikit nasi di Pangkalan Kubur,Kelantan.
Hari kedua aku sempat ke Dataran Takbai yang secara rasmi dimaklumkan memakan 85 korban. Tapi khabarnya lebih daripada itu.
Di dataran ini ramai yang ditahan dan didera.Disepak. Diterajang.Dipukul sesuka hati. Tak ramai yang mengetahui peristiwa hitam ini. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Dr.Alyson J.K.Bailes, Pengarah Stockholm Peace Research Institute' tidak ramai yang mengetahui kejadian yang bergolak di wilayah yang bernama Patani.
Menurut Dr. Neil J.Melvin dalam risalahnya," Conflict in Southern Thailand Islamism,Violence and the State inthe Patani Inssurgency terdapat 3 wilayah yang bergolak parah.Wilayah itu ialah Narathiwat,Patani dan Jala.Wilayah Songkhla adanya waktu terlibat dalam pergolakan ini.
Rakyat di wilayah ini rindukan kedamaian dan keadilan.Tapi sehingga impian dan harapan mereka masih jauh berbalam-balam.
Di sekolah kerajaan orang Melayu dinafikan hak mereka untuk belajar Bahasa Melayu.Bahasa Melayu diajar di sekolah rakyat pada hari Sabtu dan Ahad.
Guru-guru ini mengajar secara sukarela. Sekali sekala ada pemerintah dari Bangkok memberikan imbuhan kepada guru-guru ini.
Inilah pintu masuk ke Takbai. Takbai dipisahkan dengan Malaysia(Kelantan) melalui Sungai Golok.

No comments:
Post a Comment