Kami ke Patani melalui Bukit Kayu Hitam. Hari Sabtu.Pelancong ke Thailand hari itu cukup ramai.Kami tiba di Bukit Kayu Hitam pada pukul 12.00 tenghari waktu Malaysia.Urusan paspot hanya selesai jam 2.30 petang.Dalam pada itu ada yang potong 'Q' dengan 'menghulurkan' beberapa ringgit terutamanya pemandu lori.Ianya sudah dianggap 'biasa' oleh pemandu lori.
Hujan lebat menghalang kami untuk bergerak laju. Lebuhraya di Wilayah Selatan ini cukup luas. Tidak ada tol. Tapi kata seorang kawanku, di Malaysia banyak tol.Malaysia ada seorang 'Sami' tapi di Thailand ada banyak 'Sami',tapi; tidak ada di Wilayah Selatan.
Dalam perjalanan ke Patani kami singgah di Chenak untuk makan tengahari dan solat.Masakan di sini cukup sedap dan tidak mahal sangat. Harga patut kata orang Malaysia.
Kami menggunakan jalan Nawi untuk ke Patani.Masuk saja jalan ke Patani ada sekatan jalan raya oleh pihak tentera.Pihak tentera melayan kereta dari Malaysia dengan baik sekali.Kereta kami tidak diperiksa. Disuruh jalan sahaja.
Di Bandar Patani kelihatan tentera di sana sini. Sekatan jalan raya banyak sekali. Kereta perisai VS Komando buatan Afrika Selatan berehat di tepi jalan.Keadaan di sini kelihatan seolah-olah dalam keadaan perang.Wilayah ini berada di bawah undang-undang darurat. Semacam MAGERAN di Malaysia. suatu masa dahulu. CCTV dipasangan hampir-hampir disetiap tiang eletrik. Gambar Raja Thai terpasang di mana sahaja.
Siangnya rakyat di Patani menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun berlaku pengeboman di sana sini.Tembak menembak juga berlaku di luar kawasan bandar Patani.
Malam itu kami menginap di Hotel C.S. Patani yang pernah dibom beberapa bulan yang lalu.
Oleh TS Kembara.

No comments:
Post a Comment