sponsor

Monday, 17 December 2012

Singgah Sebentar Di Universiti Prince Songkla, Patani

Kami singgah sebentar sekadar bertanyakhabar tentang kegiatan siswa dan siswi. Pelajar di universiti ini menggunakan unifom hitam dan putih. Menurut Presiden Persatuan Pelajar Universiti Prince Songkala, Muhammad Tuan Sulong 80% pelajar yang mengikuti kursus di sini dari segi ethiknya ialah Melayu Islam. Rata-rata kelihatan pelajar perempuan Islam memakai tudung. Hanya sebilang kecil sahaja yang tidak memakai tudung tetapi memakai kerana persekitaran dan kesedaran diri.




Di kiri, Muhammad Tuan Sulong dan rakannya,Furqan.

Semua mahasiswa dan siswi di universiti ini diwajib terlibat dalam kegiatan masyarakat ataupun kursus kesukarelawanan seperti yang terdapat dalam kursus sains pembangunan sumber manusia yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia.Sebagaimana yang disebut oleh Prof Muhammad Murray Hunter pelajar Melayu Islam lebih selesa bekerja sendiri dan mengajar di sekolah swasta milik umat Islam.



Siswa dan siswi kerap mengadakan perbincangan yang berhubung dengan soal pelajaran dan masyarakat. Pelajaran yang diterima di universiti menjadi mereka terhadap nasib bangsa.


Sebelum meninggalkan kampus kami telah dihadiah sehelai baju-T berwarna biru air laut. Terima kasih buat anda semua. Wassalam.



Oleh Shakir  Taha

Patani,Oh Patani!

Kami ke Patani melalui Bukit Kayu Hitam. Hari Sabtu.Pelancong ke Thailand hari itu cukup ramai.Kami tiba di Bukit Kayu Hitam pada pukul 12.00 tenghari waktu Malaysia.Urusan paspot hanya selesai jam 2.30 petang.Dalam pada itu ada yang potong 'Q' dengan 'menghulurkan' beberapa ringgit  terutamanya pemandu lori.Ianya sudah dianggap 'biasa' oleh pemandu lori.


Hujan lebat menghalang kami untuk bergerak laju. Lebuhraya di Wilayah Selatan ini cukup. Tidak ada tol. Tapi kata seorang kawanku, di Malaysia banyak tol.Malaysia ada seorang 'Sami' tapi di Thailand ada banyak 'Sami',to; tidak ada di Wilayah Selatan.

Dalam perjalanan ke Patani kami singgah di Chenak untuk  makan tengahari dan solat.Masakan di sini cukup sedap dan tidak mahal sangat. Harga patut kata orang Malaysia.

Kami menggunakan jalan Nawi untuk ke Patani.Masuk saja jalan ke Patani ada sekatan jalan raya oleh pihak tentera.Pihak tentera melayan kereta dari Malaysia dengan baik sekali.Kereta kami tidak diperiksa. Disuruh jalan sahaja.

Di Bandar Patani kelihatan tentera di sana sini. Sekatan jalan raya banyak sekali. Kereta perisai VS Komando buatan Afrika Selatan berehat di tepi jalan.Keadaan di sini kelihatan seolah-olah dalam keadaan perang.Wilayah ini berada di bawah undang-undang darurat. Semacam MAGERAN di Malaysia. suatu masa dahulu. CCTV dipasangan hampir-hampir disetiap tiang eletrik. Gambar Raja Thai terpasang di mana sahaja.


Siangnya rakyat di Patani menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun berlaku pengeboman di sana sini.Tembak menembak juga berlaku di luar kawasan bandar Patani.

Malam itu kami menginap di Hotel C.S. Patani yang pernah dibom beberapa bulan yang lalu.



Wednesday, 12 December 2012

Dia Seorang Pejuang

Dalam perjalanan ke Patani Wan Abdul Rahman penyelaras Global Peace Mission Malaysia berkata,"kita nak jumpa pejuang". Dalam fikiran aku tentulah seorang lelaki yang hebat,berbadan tegap dan pandai menggunakan senjata..

" Itu dia".kata Ismael sambil menunjukkan ke arah seorang wanita berjubah hitam dan tudung labuh hitam.Wanita itu berdiri dipinggir jalan lalu membonceng sebuah mtorsikal anak muda. Kami mengekorinya sampai ke rumah.

Rumahnya,rumah kayu. Agak besar juga. Luas dan lapang. Di sekeliling rumah terdapat pokok buah-buahan seperti rambutan,pokok durian yang masih muda dan belimbing sagi.

Kawan-kawanku memanggilnya Kak Nab. Orangnya berkulit kuning langsat,bercakap loghat Kelantan,matanya bersinar terang. Suaranya jelas kedengaran( ada waktunya aku tidak memahami percakapannya yang menggunakan loghat Kelantan tapi kata Dr. Neil J. Melvin ini loghat Melayu Patani.)

Aku dengar dia bercakap begitu semangat sekali. Dia baru balik dari Mekah.Pihak pemerintah Thailand yang menghantarnya pergi ke Mekah.

Kak Nab bukanlah seorang pejuang yang menggalas M-16 atau AK-47. Kak Nab tidak tahu itu semua. Senjatanya hanyalah keberanian berkata-kata untuk menegakkan keadilan. Dan kerana itu dia sanggup turun ke Bangkok untuk berjumpa dengan pihak berkuasa di sana.Dia ke sana untuk menuntut keadilan yang tertangguh dan sentiasa ditangguh.

Suaminya mati ditembak tanpa sebab.Menurut Pak Mus(bukan nama sebenar) nyawa manusia Melayu di sini tidak ada nilai. Boleh ditembak macam menembak burung.Tidak ada tempat mengadu.Anak Kak Nab juga hilang entah ke mana selepas suaminya ditembak mati.

Kak Nab juga cukup perihatin tentang pendidikan anak bangsa. Dia mendirikan sekolahnya sendiri di kampung halamannya,Kampung Charak, Narathiwat. Ada 70 orang anak didiknya dengan 6 orang tenaga pengajar. Kak Nab selaku pengurus sekolah ini. Mereka mengajar Bahasa Melayu dan agama Islam tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad.

Menurut Kak Nab pihak Bangkok ada juga memberi sagu hati.Namun sagu hati tetap merupakan sagu hati. Ianya tidak dapat menampung gaji tenaga pengajar di sini. Pun begitu Kak Nab tetap menguruskan mengikut kemampuan yang ada pada dirinya.


Oleh  Shakir  Taha

Tuesday, 11 December 2012

Menziarahi Tanah Pusaka Yang Terluka

Daerah ini sentiasa rindukan kedamaian. Namun ia masih jauh berbalam-balam. Peristiwa hitam 25 Oktober 2004 tetap kekal dalam ingatan.

Takbai atau nama sebenarnya Tabal dipisah oleh Sungai Golok. Dengan hanya menaiki bot dan bayarannya RM1.00 anda sudah boleh ke Tabal(Takbai) dalam masa 4 minit sahaja.

Pagi Jumaat itu kami menyeberangi Sungai Golok. Setibanya dipangkalan keadaan tenang dan sunyi. Tidak ramai yang menjalankan perniagaan hari. Biasanya hari Junaat lah yang paling sibuk dan ramai pengunjung yang datang ke Tabal. Hari itu sepi seperti negeri dilanggar garuda.Ini berpunca daripada surat layang.

Kononnya siapa yang berniaga pada hari akan dihukum. Hukumannya dikerat telinga! Perang psikologi telah berjaya.Rakyat menjadi takut. Ramai yang hendak berniaga pada hari Jumaat. Akibatnya hanya sebilang kecil peniaga yang membuka kedai mereka. Kami begitu lega sekali kerana ada peniaga Muslim berani menjalankan perniaga mereka.Kami singgah di kedai makan di Pekan Takbai dan bersarapan dengan pengerusi AYATA (Anak Yatim Takbai). Sebelum itu penyelaras CPM Tuan Wan Abdul Rahman berpesan 'kita makan pagi di Takbai". Tapi aku sempat minum teh panas dan menjamah sedikit nasi di Pangkalan Kubur,Kelantan.

Hari kedua aku sempat ke Dataran Takbai yang secara rasmi dimaklumkan memakan 85 korban. Tapi khabarnya lebih daripada itu.

Di dataran ini ramai yang ditahan dan didera.Disepak. Diterajang.Dipukul sesuka hati. Tak ramai yang mengetahui peristiwa hitam ini. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Dr.Alyson J.K.Bailes, Pengarah Stockholm Peace Research Institute' tidak ramai yang mengetahui kejadian yang bergolak di wilayah yang bernama Patani.

Menurut Dr. Neil J.Melvin dalam risalahnya," Conflict in Southern Thailand Islamism,Violence and the State inthe Patani Inssurgency  terdapat 3 wilayah  yang bergolak parah.Wilayah itu ialah Narathiwat,Patani dan Jala.Wilayah Songkhla adanya waktu terlibat dalam  pergolakan ini.

Rakyat di wilayah ini rindukan kedamaian dan keadilan.Tapi sehingga impian dan harapan mereka masih jauh berbalam-balam.

Di sekolah kerajaan orang Melayu dinafikan hak mereka untuk belajar Bahasa Melayu.Bahasa Melayu diajar di sekolah rakyat pada hari Sabtu dan Ahad.

Guru-guru ini mengajar secara sukarela. Sekali sekala ada pemerintah dari Bangkok memberikan imbuhan kepada guru-guru ini.



Inilah pintu masuk ke Takbai. Takbai dipisahkan dengan Malaysia(Kelantan) melalui  Sungai Golok.