Aku hanya mengenali anak muda ini melalui You-Tube.Dia berbicara tentang negaranya Patani Darussalam yang berada dibawah penjajahan Siam sekian lama.Umum mengetahui Patani Daussalam berada dibawah jajahan Siam semenjak tahun 1786.
Bermula dari tarikh rakyat Melayu Patani tidak pernah merasa aman. Menurut penulis sejarah Dr. Zamberi Abdul Malek orang Melayu diperlakukan diluar perikemanusiaan. Mereka dibunuh,dibakar hidup-hidup,yang perempuan diperkosa kemudiannya dibunuh.
Semua perkara yang dilakukan oleh Siam diteruskan sampai sekarang. Tuan Danial Tuan Ismail cukup memahami gegup jantung rakyat Patani yang dirundung malang. Sebagai anak muda punya idealisme dia merasakan perlu berbuat sesuatu terhadap rakyat yang tertindas.
Anak muda yang berusia 32 tahun terus terjun bergerak dalam NGO. Dengan ilmu yang ditimba di Universiti Ramkhamheng dalam jurusan politik pemerintahan dia tidak ragu-ragu untuk membantu umat Patani yang tidak diberi keadilan dan dinafikan hak mereka.
Beliau bergerak cergas NGO yang dikenali sebagai
"LEMPAR" atau nama penuh Lembaga Patani Raya Untuk Keamanan dan Pembangunan dan telah diamanahkan sebagai Timbalan Pentadbir.
Anak muda yang berkulit sawo matang,berbaju batek, berambut tegak persis negarawan Indonesia Bapak Mohd. Natsir yang juga mantan Perdana Menteri cukup lantang bercakap soal keamanan dan kedamaian.
Beliau turut terlibat dengan beberapa NGO lain dalam usaha mencari perdamaian dan keamanan di Patani Darussalam.
Oleh Shakir Taha