sponsor

Thursday, 26 September 2013

Qurban di Hujung Selatan (Patani Darussalam)

Aman Patani Malaysia(AMANI) akan mengadakan program qurbannya di Hujung Selatan pada tahun ini.

Menurut seorang jurucakap AMANI jika ramai yang menyertainya wilayah Patani,Jala dan Menara menjadi pilihan.

Setakat ini mungkin wilayah Menara menjadi pilihan memandangkan AMANI kurang mengadakan aktivitinya di wilayah ini.


Penyertaan masih lagi dibuka kepada orang ramai. Satu bahagian lembu= RM350.00 dan bagi sekor lembu RM2 450.00

Sila hubungi Hotline AMANI : 1.         019-5454924
                                             



Saturday, 21 September 2013

Apa kata Rashid Maidin Tentang Rundingan Baling

Tulisan ini tidak bertujuan menilai perjuangan Rashid Maidin seorang tokoh Parti Komunis Malaysia(PKM) yang cukup terkenal itu. Beliau turut terlibat dalam rundingan di Baling yang cukup terkenal dalam sejarah negara kita, Malaysia.


Tulisan ini hanya sekadar melukiskan secara ringkas pandangan Allahyarham Rashid Maidin tentang Rundingan Baling.

Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British dan fasis Jepun. 

Rundingan Baling tahun 1955 yang kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman,Tan  Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumaat.

Menurut Rashid Maidin, perundingan itu pada dasarnya mahu mencari perdamaian. Tetapi telah bertukar wajah. Sikap perwakilan Tanah Melayu sangat keras terhadap PKM. Pihak PKM telah diberi kata dua, menyerah diri atau dihapuskan. Keadaan menjadi tegang. Pihak PKM tentu tidak dapat menerima kata dua  tersebut.

Menurut Rashid Maidin, pihak PKM mahu menamatkan perang, tetapi dengan cara yang adil dan munasabah.PKM  menegaskan soal menyerah diri tidak  timbul kerana mereka  bukan pengganas tetapi pejuang kemerdekaan. 

Rashid berkata,"yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi penjajah British."

Wednesday, 18 September 2013

ABDUL RAHMAN DEWANI PENGARANG PATANI DARUSSALAM

Nama Abdul Rahman Dewani mungkin tidak dikenali ramai oleh orang Malaysia. Tokoh yang mendapat pendidikan di Indonesia sampai peringkat sarjana banyak menulis buku sejarah tentang Patani Darussalam. 

Namanya tidak dikenali ramai di Malaysia kerana kurang publisiti tentang beliau dan karyanya. Semua buku ditulis dalam tulisan jawi. Jadi tentulah pengimpot terpaksa berfikir dua kali sebelum membawa buku beliau masuk. Ini kerana bilangan penduduk Malaysia yang boleh membaca tulisan jawi tidak begitu tinggi.

Pak Abdul Rahwan Dewani banyak menulis tentang sejarah dan bahasa. Tulisan dan daya bahasanya lebih mirip gaya bahasa Melayu Indonesia. Keadaan ini bukanlah pelik kerana Ustaz Abdul Rahman mendapat pendidikan di Indonesia sampai peringkat sarjana..

Setakat beliau masih giat menulis untuk rakyat Patani dan umat yang menggunakan bahasa Melayu di rantau  ini.

Beliau juga tidak keberatan kepada sesiapa yang berminat untuk merumikan buku beliau. Setakat ini didapati semua buku ditulis dalam tulisan jawi dan dicetak di Patani Darussalam.

Pak Abdul Rahman Dewani cukup senang diajak berbicara tentang isu bahasa dan sejarah. Beliau tidak lokek  menurunkan ilmunya kepada yang berminat. Beliau kelihatan sihat dan segak sewaktu bertemu.













Monday, 16 September 2013

MELAKAR IMPIAN,MENYEMAI HARAPAN

Aku termenung bila diminta berbicara tajuk 'guru profesional dan profesional guru'. Pihak penganjur mahu aku bercakap dalam bahasa Melayu 'standard' kepada guru Tadika.Tadika di Patani bermaksud sekolah Melayu. Tadika hanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Kelasnya bermula pada pukul 8.00 dan tamat pada pukul 4.00 petang. Ianya bagi menampung sistem pendidikan Siam yang tidak memberi ruang kepada anak Melayu Islam untuk Bahasa Melayu dan ilmu agama Islam. Guru-guru mengajar di sini mempunyai latar pendidikan yang berbeza-beza. Ada tidak boleh membaca tulisan rumi dengan lancar.Tetapi mereka boleh menulis tulisan jawi yang cukup cantik.

Satu lagi kelemahan guru-guru Tadika di Patani, mereka kurang mampu bercakap dan menulis bahasa Melayu mengikut tatabahasa Melayu yang betul.Contohnya mereka sering menyebut," saya nama". Tidak ramai yang menyebut,"nama saya..". Keadaan ini berlaku kerana Bahasa Melayu dipinggirkan dalam sistem pendidikan Siam.

Jadi fahamlah aku kenapa tajuk ini dipilih walaupun berat bagi pendengar untuk memahaminya. Aku cuba menghurai dan menerangkan dalam bahasa yang mudah dan tidak sangat mengikut 'skrip'. Ustaz Abdul Wahab salah seorang ahli jawatankuasa PERKASA sudah menegaskan dari awal lagi jangan menggunakan dialek Patani. Gunakan Bahasa Melayu 'standard' pesan beliau. Peringkat awal ini tentulah mereka tidak begitu memahami  apa yang dibicarakan. Tapi sekurang-kurangnya mereka sudah mula membuka mata dan minda ke arah mempertingkat dan majukan diri.

Itulah harapan pihak PERKASA dan diri Aku juga.

Sunday, 15 September 2013

Pertemuan Dengan Deep Peace Di Pendang,Kedah

Aku kagum dengan semangat juang anggota Deep Peace. Mereka turun secara kumpulan untuk bertemu dengan peniagaan yang berasal dari Patani Darussalam.

Mereka memaklum kepada peniaga yang ditemui tentang rancangan mereka berhubung projek anak yatim.

Mereka diterima baik serta dibantu untuk memenuhi harapan mendiri sebuah tempat berteduh.



Kebanyakan anggota Deep Peace yang melakukan kerja kebajikan adalah penuntut dari pusat pengajian tinggi yang berselerak di Hujung Selatan.

DEEP PEACE USAHAKAN TEMPAT NAUNGAN UNTUK ANAK YATIM DI HUJUNG SELATAN


Patani Darussalam terus dilanda konflik yang tidak kunjung padam. Setiap hari ada letupan. Setiap ada yang mati. Menurut laporan Deep South terdapat daripada 4,000 anak yatim di wilayah yang terluka ini. Mereka hilang tempat bergantung. Hilang kasih sayang seorang lelaki yang bernama  'Ayah'. Pun begitu hidup ini perlu diteruskan.

Kelahiran NGO yang perihatian meringankan penderitaan anak yatim ini. Sekurang-kurangnya nasib mereka terbela. Mereka turun ke padang mencari penderma.Di Malaysia mereka bekerjasama dengan Aman Patani sebuah NGO yang memberikan perhatian terhadap Islam di Patani Darussalam.

Dua buah bangunan akan dibangunkan. Fasa pertama sebuah bangunan dibangunkan dahulu. Bila cukup dana terkumpul  fasa kedua baru dimulakan. Ini gaya pengurusan di wilayah Hujung Selatan.

Tanah seluas 20 ekar diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang cukup perihatian terhadap masalah umat Melayu Islam Patani.

Di bangunan inilah Deep Peace akan beroperasi. Terletak di Palas kira-kira 30 kilometer daripada pekan Patani. 




Friday, 13 September 2013

SENJA DI MASJID IJOK, MENARA, PATANI DARUSSLAM

Aku cukup tertarik dengan seni bina bina masjid Ijok di wilayah Menara ini. Banyak bentuk ilmu hisab diterapkan ke dalam pembinaan masjid ini. Ada bahagian yang berbentuk empat segi,lima segi dan sebagainya. Ia kelihatan cukup berseni. Namanya Masjid Ijok. Nama Ijok ada di Perak dan Selangor.





Di celah binaan ada biduk yang masih digunakan. Mereka memukul biduk bila sudah masuk waktu solat. Selepas itu muazin akan  mengalunkan suaranya dari menara. Memanggil umat Islam bersolat menyembah Allah. Ianya dilakukan lima siang dan malam tanpa jemu.







Kami menunaikan solat magrib di sini. Jemaahnya agak rami juga. Ramai juga orang luar  yang singgah bersembahyang di sini. Ada dua tiga buah kendaraan yang berhenti di sini. Di tepi mesjid ini ada kedai runcit. Kedai ini terletak didalam perkarangan  masjid.




Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah biasanya mereka tidak akan terus pulang ke rumah. Mereka berbual-bual sementara menunggu biduk berbunyi. Ada yang mengajar anak-anak membaca Al-Quran. Mereka  mengajar secara sukarela.









Sukarelawan Muda

Aku memang kenal dengan dua orang gadis muda ini.Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia dan seorang penuntut di Universiti Putra Songkhla, cawangan Patani. 

Mereka berdua ini berasal dari Negara Patani Darussalam. Walaupun masih menuntut di universiti mereka masih mampu  meluangkan masa untuk kerja-kerja sukarela. Mereka menginfakkan tenaga dan fikiran untuk membantu umat Melayu Islam Patani.

Nurhayati atau lebih dikenali(gambar kiri) dengan nama panggilan 'Kak Ti ' dikenalangan aktivitis sosial 'UNGGAS' dan 'AMANI'. Kalau tidak ada sebarang halangan Kak Ti tidak pernah absen dengan   sebarang aktiviti kesukarelawanan. Setakat ini Kak Ti banyak menghabis tenaga dan masa dengan 'HAP' di Jala,Patani Darussalam.

Mankala Nasuha(gambar kanan) pelajar jurusan tahun akhir yang pengkhususan dalam bidang  Bahasa Inggeris di Universiti Putra Songkhla. Beliau banyak membantu kerja-kerja pertubuhan rakyat seperti PERKASA dan lain-lain lagi. 

Nur Hayati dan Nasuha seringkali turun ke padang bersama degupan jantung rakyat yang dilanda derita.

Thursday, 12 September 2013

Bukan Kerana Gaji

Dalam usia yang lanjut Pak Aji masih sanggup lagi meghadiri  kursus perguruan untuk menimba ilmu pengetahun yang dianjurkan oleh PERKASA.

Beliau berharap ilmu yang didapati  dapat digunakan untuk mendidik anak bangsa Patani dan cucu-cucunya.

Sebagai seorang guru Tadika dia cukup  memahami imbuhan berupa wang ringgit tidaklah seberapa.Dia bekerja di Tadika bukanlah kerana gaji. Pendidikan cukup penting untuk anak Melayu Islam Patani. Oleh kerana itulah dia mengorbankan masa usia tuanya untuk bersama anak-anak di Tadika

Menurut Tuan Haji Abdul Rahim Bin Muhamad Ali lagi, sumber pendapatannya sudah cukup untuk menampung keperluan hidupnya.

Beliau yang berasal dari Sungai Padi,Menara cukup yakin dengan pendidikan dapat melahirkan insan yang soleh dan berguna kepada masyarakat. Usianya sudah menjangkau 61 tahun tetapi semangat untuk mendidik anak bangsa tidak pernah padam dalam hatinya dan jiwanya.

Tuesday, 10 September 2013

Sukri Kian Pulih

Sukri anak muda yang ditembak oleh orang bersenjata sudah beransur pulih. Sebanyak 20 das tembakan telah dilepas ke arahnya sewaktu menunggang motorsikal. Dua butir peluru telah singgah ke tubuhnya. Di belakang dan rusuk tubuhnya.

Menurut seorang saksi Sukri sudah sedar dan boleh mengangkat tangannya. Anak muda lepasan pondok ini ditembak  selepas pulang dari majlis tahlil dan kenduri arwah kawannya.