sponsor

Sunday, 22 February 2015

Nama beliau sebagai penceramah kursus haji cukup dikenali terutamanya di negeri Kedah,Perak dan Pulau Pinang. Beliau berasal dari Jitra,Kedah dan mendapatkan pendidikan agama di pondok Meleleh.

Sebelum bersara beliau berkhidmat  di Angkatan Tentera Malaysia, bahagian agama yang dikenali sebagai KAGAT.Bersara sebagai pegawai waran menudahkan memberi khidmat kepada orang ramai.

Beliau yang berusia 56 tahun meberikan khidmat sebagai penceramah LUTH sejak tahun 2000.
Beliau bercermah mengenai bab haji di Permatang Nibung,Permatang Pasir,Masjid Baru Sungai Bakap dan di Masjid Telekom,Taiping,Perak.

Sewaktu ditemui di Masjid Baru Sungai Bakap beliau berkata menumaikan haji dan umrah mempunyai impak yang sangat besar yang kehidupan samada di dunia ataupun akhirat.

Orang Islam diancam mati sebagai Yahudi dan Nasara sekiranya berkemampuan tapi tidak menunai haji dan umrah. Menurut beliau perniaga elok sangat menunaikan haji dan umrah kerana ia menutup pintu kepapaan.

Pejuang keadilan Amerika Syarikat Hj Abdul Malek Shabaz pernah berkata pemergiannya ke tanah suci Mekkah telah menghapus perbezaan warna kulit.












Oleh Shakir  Taha

Saturday, 21 February 2015

Salleh Terus Bekerja


Setiap hari Salleh turun ke sungai menangkul ketam kecuali hari Jumaat. Hari cuti bagi Salleh..Hari lain beliau turun mencari rezeki.
Beliau yakin Allah telah menyediakan rezeki untuknya
Jadi beliau perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Umpan kepala ayam sudah siap sedia. Umpan ini dibekalkan 
oleh peniaga ayam yang cukup kenal dengan Salleh.




Oleh Shakir  Taha

Friday, 20 February 2015

Pekan Lama Jala

Pekan Lama membawa pelbagai warna dan cerita. Di sini ada Masjid Raudah, Pondok Hj Harun dan warung makanan yang menyajikan pelbagai makanan.


Masjid Raudah merupakan markaz puak Jemah Tabligh yang usul asalnya dari India. Ramai puak Tabligh yang menunaikan solatnya di sini.
Masjid ini juga mempunyai kereta ambulannya sendiri yang sedia menanti 24 jam.

Pondok Hj Harun yang mempunyai bilangan pelajar yang begitu ramai. Bilangannya mencecah sehingga 6,000 hingga 7, 0rang pelajar, Dan gurunya sentiasa menjadi sasaran orang yang bersenjata.

Di sini juga warung dibuka waktu pagi seawal  7.30 pagi hingggalah 12 malam. Tapi jangan terkejut bila anda ke warung di sini. Pekerja di warung tidaklah pandai berbahasa Melayu. Ada yang datang dari wilayah Trang dan Pattalung. Mereka  ini orang Melayu yang langsung tidak mahu berbahasa Melayu.

Malah orang Melayu di Jalapun tidak pandai berbahasa Melayu dengan baik kecualilah yang pernah mendapat pendidikan di Malaysia dan Indonesia.

Perkara ini cukup membimbangkan tokoh-tokoh Melayu di Negara Gajah Putih ini.


Oleh Shakir  Md Taha

Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad Memerlukan Sumbangan Anda

Mudir Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad berkata pihaknya sangat memerlukan bantuan kewangan untuk membina padar sekolah tersebut.

Setakat sumber kewangan yang belum mencukupi bagi membina pagar sekolah yang baru dibuka pengajiannya awal januari 2015.

Maahad sekarang ini mempunyai 4 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada 3 orang ustaz dan 1 ustazah,

Setiap bulan untuk menghidup Maahad memerlukan perbelanjaan sebanyak RM10,000,00. Sumber kewangan datang daripada perlbagai sumber.






Oleh Shakir  Md Taha

Wednesday, 18 February 2015

Anak Muda Merantau Mencari Ilmu.

Beliau memilih pengajian sains politik sebagai asas pengajiannya. Anak muda yang baru berusia 22 tahun berani merantau semata-mata mencari.

Berasal dari Menara(Narathiwat) wilayah yang selalu bergolak .Abdullah Zakaria yang dilahirkan di Weng, Menara memilih Malaysia untuk menyiapkan kajian dan latihan praktikum  bantuan dan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia(AMANI).

Abdullah masih meneruskan pengajian di Universiti Putra Songkhla cawangan Patani.Beliau boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik dan fasih. Perkara ini jarang bagi anak muda yang dilahirkan di Negara Gajah Putih.

Menurut Cik Afifaliza Ali pihak Aman Patani memberikan sedikit elaun perumahan sepanjang 4 bulan beliau melakukan praktikum bersama Aman Patani. Beliau juga diberi kemudahan menggunakan motorsikal oleh Naib Pengerusi Aman Patani.


Sementara Ustaz Kamaruddin Kassim selaku penasihat AMANI berpendapat adalah sesuatu yang baru bagi anak Melayu Patani melakukan praktikum di Malaysia. Sepanjang pengetahuanbeliau belumlahada lagi anak Melayu Patani dari universiti Thailand membuat praktikum dengan NGO di Malaysia. Bagi beliau ini suatu perkembangan yang dalam baik bagi rantau ASEAN.

Menurut beliau pelajar dari Hujung Selatan terdedah dengan budaya kerja di Malaysia iaitu bekerja di awal pagi dan agak berbeza dengan budaya kerja di Patani walaupun NGO.(di Thailand Selatan)

Menurut Abdullah Zakaria pihak kerajaan Thailand memberikan sokongan terhadap terdasar ASEAN. Dan ini membolehkan dia mendapat pengalaman baru di Malaysia serta belajar budaya kerja NGO di Malaysia.


Oleh Shakir  Taha

Tuesday, 17 February 2015

MAAHAD TAHFIZ AL- QADI IYAD MEMBANGUN BERSAMA DERMAWAN

Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad ditubuhkan pada awal Januari tahun ini dengan 30 orang pelajar dan 5 orang perempuan.Maahad ini terletak di kawasan perumahan KTC fasa 4 Kulim berhampiran surau Al-Munawwarah.

Tujuan utama membangunan Maahad ini ialah untuk melahirkan hafiz dan hafizah di masa depan.Selain daripada pelajar di sini ilmu kemahiran untuk kehidupan mereka.

Dalam urus tadbir Maahad ini ianya bergantung kepada mudir serta penolong untuk mencari sumber kewangan.Menurut Ustaz Rafidi Hashim selaku mudir Maahad ini sumber kewangan datang daripada sumbangan orang ramai,dermawan,yuran pelajar dan usaha beliau secara peribadi.

Pelajar lelaki seramai tinggal di asrama yang berdekatan dengan surau Al-Munawwarah yang  kini digunakan untuk solat Jumaat. Buat masa ini pelajar perempuan tidak tinggal di asrama.Mereka datang waktu pagi dan pulang petang.

Semua pelajar dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM300.00.Selepas itu pelajar yang tinggal membayar RM100.00 yuran makan. Makanan dari luar tidak dibenarkan masuk.Ia perlu mendapat kelulusan mudir dahulu.











Menurut Ustaz Rafidi yang mendapat pendidikan daripada benua India Pakistan, Maahad menggunakan sistem pondok yang biasa diamalkan di Malaysia.Pelajar akan memulakan pendidikan seawal pukul  5 pagi hinggalah 12 tenghari.Kelas akan disambung seula jam 2.30  petang. sehingga  waktu asar.Selepas solat magrib pelajaran disambung semula sampai solat isyak..Lampu asrama ditutup jam 10.30 malam dan diawasi oleh seorang warden.

Maahad ini seperti pondok di Malaysia menggunakan kitab turath(kitab kuning yang yang menggunakan tulisan jawi) dan kitab bahasa Arab.






Menurut penolong mudir Maahad ini, Dr(H) Azizul masih banyak yang perlu dlengkap seperti pagar, benteng dan asrama untuk pelajar perempuan.Setakat ini pihaknya masih kekurangan sumber kewangan bagi membangunkan prasarana tersebut.Beliau sangat mengalu-alukan sembarang untuk sumbanganyangboleh meningkatkan kemajuan Maahad Tahfiz ini.







Kawasan Maahad yang belum dipagar lagi.Pihak  Maahad berharap ada pihak sudi menabur bakti memberi sumbangan untuk menyiapkan pagar ini..











Masih banyak lagi bangun yang perlu diperbaiki dan diselesaikan. Semua ini memerlukan wang yang banyak.











Suasana di dalam asrama lelaki Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad.Biliknya bersih dan kemas.Di sini juga ada 'pantry'.Biskut dan minuman ada disediakan oleh pihak Maahad.











Papan tanda yang disediakan memudahkan untuk menuju ke surau dan maahad tahfiz.


Sumbangan Anda sangat-sangatlah diharapkan demi untuk menghidup Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad



















Anda boleh hantar sumbangan ke akaun maybank no.552116208463






Oleh Shakir Taha










Sunday, 15 February 2015

Anak Muda Turun Ke Lapangan

Program menutup aurat yang dikendalikan oleh beberapa buah NGO telah mendapat sambutan hangat daripada anak muda.

Program dikelolakan bersama oleh UNGGAS Malaysia,Ashabul Kahfi, Maahad Derang,ABIM Kedah,PUK, dan Pusat Dakwah Alor Setar,Kedah.Pihak Ashabul Kahfi dan Maahad Derang menyediakan makanan untuk para peserta.

Seelum turun ke lapangan jurulatih utama Ungggas Malaysia,Ustaz Kamaruddin Kassim telah mengadakan sesi latihan praktikum dan memberikan panduan sebagai seorang dai.Menurut beliau dai ialah seorang pendakwah bukan penghukum. Untuk menjadi menjadi seorang dai di lapangan perlu ada kemahiran komunikasi yang tinggi dan baik.





Para peserta didedahkan cara berkomunikasi yang betul bila berhadapan dengan klien. Para dai' perlu memahami bahasa badan dengan baik.
Para peserta akan turun membuat latihan amali di lapangan di waktu pagi dan petang.














Para peserta dilatih kaedah pengucapan awam. Pada umumnya mereka mampu tampil ke hadapan untuk berucap. Walaupun dalam usia yang muda para peserta menunjukkan kemampuan yang bersungguh-sungguh dalam program sehari ini.








Program ini mampu menarik ramai anak gadis remaja untuk turut serta. Mereka datang dari Maahad Derang,Maktab Mahmud Alor Setar dan beberapa kolej di sekitar Alor Setar









Seorang anak muda bernama Fazli kini masih menuntut Maahad Az-Zein,Bogor,Indonesia berasa bertuah dapat menyertai program ini.

Menurut beliau turun ke lapangan bertemu anak muda lebih sesuai dilakukan oleh rakan sebaya. Ini kerana anaka muda lebih memahami gelagat dan perangai rakan sebaya mereka.

Manakala seorang peserta wanita bernama Salsabila Binti Hj Bahari dari Maktab Mahmud menyatakan ini kali pertama dia menyertai program seumpana ini.Beliau telah diminta untuk berucap di khalayak ramai dan ternyata seorang pelajar yang hendak menduduki PT3 mampu berucap dengan baik.


Program sehari ini telah berjaya menarik seramai 182 orang anak muda untuk turun kelapangan bagi mencari pengalaman berdakwah di lapangan.



                                               Ustaz IIyas turut memberikan ucapan semangat kepada para peserta.



Oleh Shakir Taha.

Gambar: Ustaz Kamaruddin Kassim
dan Shakir Taha

Thursday, 12 February 2015

Ikan Segar di Sungai Udang

Kami ke Sungai Tongkang. Dalam perjalanan pulang nampak papan anda berwarna biru `SUNGAI UDANG'. Sungai Udang pekan kecil di Seberang Perai Selatan. Di sini nelayan membawa    naik  ikan segar di waktu pagi.Rahmat Tuhan kepada hambanya cukup lumayan dan melimpah ruah.


Nelayan di sini turun awal pagi dan ada tengah malam. Rezeki di laut yang dikaut tidak pernah habis. Kemurahan Allah kepada hambanya.

Setiap pagi sekitar pukul 8.30 penjual ikan sudah sedia menjual ikan segar. Ikan dijual secara borang dan runcit.






Waktu pagi di sini sibuk. Riuh rendah suara penjual ikan,pembeli,peraih ikan,kereta, mtorsikal dan sebagainya.
Selepas pukul 3.00 petang pekan kecil ini tenang kembali. Tidak ada lagi penjual ikan di sini. Tiada ada lagi suara jerit pekek. Yang hanya suara ombak.

Bangunan  dan kedai yang ada di sini ada yang baru dan lusuh. Kotak plastik ikan kelihatan tidak disusuan dengan kemas dan rapi.











Ikan di sini dijual secara borong dan runcit. Semuanya ikan baru dan segar. Harganya agak lebih murah dibandingkan harga yang dijual di pasar. Di sini ada banyak pilihan. Anda pasti mendapat baru dan segar.Menurut seorang penjual ikan di sini Encik Ng Hee Weng beliau hanya menjual ikan yang baru dan segar. sahaja.Beliau cukup mementing kualiti ikan beliau jual













Gambar di kiri ialah pintu masuk ke jeti.Ada bahagian yang dibuat daripada kayu dan zink. Tetapi keadaannya masih kukuh walaupun kelihatan lusuh.
















                                                    Encik  Ng Hee Weng penjual ikan yang mesra dan peramah.


Kami cukup berpuas hati membeli ikan segar daripada penjual seperti Encik Ng Hee Weng. Beliau berniaga di sini sudah 8 bulan. Sebelum itu beliau bekerja dengan seorang peniaga ikan. Tetapi bila 'taukeh'nya meninggal dunia dia memulakan perniagaan sendiri di sini, Pekan Sungai Udang.




Oleh Shakir Taha








Sunday, 8 February 2015

Jati Diri Melayu di Thailand Selatan Menurut Cerpen 'Kehilangan' Karya Abdul Razak Panaemalae

Aku mula menjejak kaki ke negara Melayu yang hilang,'Patani  Darussalam pada tahun 2011.Aku tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di Hujung Selatan negara Gajah Puth itu.
Menurut Zamberi Abdul Malek(1993) tentera Siam berjaya menguasai seluruh negeri Patani pada bulan November 1786.Sejak itulah orang Melayu mulai menderita didera secara fizikal dan mental oleh penjajah Siam.

Pihak Siam telah pergi lebih jauh dalam usaha menjadi orang Melayu pengikut 'Dajjal'.Orang Melayu dipaksa melalui proses Siamisasi sehinggga tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.Anak muda Melayu di Thailand malu hendak bercakap dalam Bahasa Melayu.

Aku telah membaca cerpen Abdul Razak Panaemalae pensyarah dari Universiti Walailak, Ligor(Nakhon Si Thammmarat) Thailand.Abdul Razak anak Melayu yang dilahirkan di wilayah Menara(Narathiwat). Majoriti penduduk di sini orang Melayu Islam.

Di sini diperturunkan sebahagian daripada cerpen 'Kehilangan' karya Abdul Razak yang dimuatkan dalam bukunya, 'Pantai Ini Lautnya Dalam' terbitkan Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad.(2014)



                                                            Abdul Razak Panaemalae.



"Sekejap dia  membelek-belek buku catatan,mencari sesuatu dengan serius. Semasa dia sedang  menekan nombor  telefon bimbit, tiba-tiba dia dikejutkan oleh satu sapaan.
\"Teksi mai krab?"

Dr. Kamal menoleh kepada pemandu teksi itu.. Dia tidak tahu apakah maksud sebenar yang dilafazkan pemandu itu. Sapaan yang didengarnya itu dalam bahasa Thai. Yang dia pasti,itu mungkin pelawaan yang menawarkan perkhidmatab teksi kerana pemandu separuh usia itu ada menyebut perkataan 'teksi'.

Dr. Kamal menggelengkan kepala memberi isyarat tidak faham.

"Khun chak pai nai   krab?' tanya pemandu teksi itu lagi.

Dr. Kamal diam sebentar  kemudian secara sopan berkata "No" kepada pemandu teksi itu. Dia yakin bahawa pemandu itu mesti anak tempatan . Tandanya ada kopiah di kepalanya. Raut wajahnya wajah Melayu 100 peratus.

Anda jangan terkejut bila  ke Jala,Menara,Patani dan Senggora bila bertemu dengan keadaan yang sama di atas.

Kata Dr. Preecha Patnasartkul atau nama Melayunya, Tengku Mokhtar Tengku Leman.

"Pada saat ini orang Melayu Patani sedang mengalami krisis jati diri yang maha hebat. Mereka dalam dilema. Jati diri mereka sebagai warga Melayu semakin pudar dan luntur, bahkan sebahagian besar daripada mereka sudah pun mengalami peralihan jati diri. Disebakan itu, saya meramalkan bahawa sekiranya keadaan budaya orang Melayu Pattani berterusan begini, maka tidak mustahil kiranya suatu  hari kelak jiwa kemelayuan akan lesap dari daerah Melayu di selatan Thailand."


Oleh Shakir Taha.