Biarpun dia telah pergi tapi namanya tetap disebut dan dikenang orang. Dia seorang guru tadika di Kampung Pulau Sena,daerah Raman,di wilayah Jala.Dia ditembak ketika hendak pergi menoreh getah. Waktu dia ditemak masih di atas motorsikal. Kira-kira hendak turun dari motorsikal.
Dia sudahpun bertunang dengan Syamsiah,. gadis sekampung dengannya. Keluarga mereka telah bersetuju hendak disatukan mereka selepas hari raya tahun ini(2013). Manusia boleh merancang tetapi Tuhan mementukan segala-segalanya. Sekarang yang tinggal hanya yang tinggal.
Pihak penjahat telah menuduhnya menanam bom di tepi jalan. Pihak penjahat yang tidak berhati perut mencari alasan untuk menghukum Saiful Bin Roni anak muda yang berusia 28 tahun itu. Anak muda lulusan kolej Sheikh Dawud itu cukup terkejut dengan tuduhan gila dan tidak berasas itu.
Tapi pihak penjahat tidak peduli itu semua. Asuhan yang diterima daripada penjajah tidak ada hukum halal atau haram. Hanya hukum rimba yang diterima pakai. Satu bedil bererti masuk wang ke dalam sakunya. Yang ditunggu sudah tiba. Saiful menjadi mangsanya. Siapa pembunuhnya? Warga Patani Darussalam cukup arif siapa pembunuhnya..
No comments:
Post a Comment