sponsor

Saturday, 17 August 2013

PERTEMUAN PERTAMA DAN TERAKHIR

Aku bertemu  dengan nya  di Universiti Putra Songkhla,cawangan Patani.Aku difahamkan dia juga seorang tokoh politik Patani Darussalam.  Sebelum aktif dalam politik  dia  seorang guru.
Dia pernah mengajar di Pondok Hj Harun yang cukup  terkenal itu.

Penglibatannya  dalam  politik cukup berjaya. Beliau telah dipilih sebanyak  enam kali sebagai Yang Berhormat(YB) di Yarang. Beliau  juga terlibat sebagai  ahli mesyuarat Majlis Perbandaran Patani. Selepas bersara dari politik beliau menubuhkan sekolahnya sendiri bersebelahan rumahnya.

Petang itu dia mengajak Aku ke sekolahnya. Aku mengajak seorang dari  Malaysia dan juga seorang dari Patani. Tetapi mereka menolak. Selepas beliau ditembak baharulah Aku tahu sebabnya. Memandangkan YB bersungguh benar mengajak Aku ke tempatnya, aku tidak keberatan mengikutnya.





Dia menubuhkan sekolahnya sendiri yang bernama 'Amallidin Of Foundation School. Dia menjadi Pengarah sekolah. YB Ghafur mahukan anak bangsanya mendapatkan yang tinggi dan kerana itu mengusahakan sekolahnya menjadi pusat pendidikan lanjutan untuk mendaptkan ijazah. Usahanya berjaya mendapatkan tenaga pengajar secara sukarela. YB Ghafur sendiri melanjutkan pelajaran sampai ke peringkat sarjana(gambar di atas beliau menerima ijazahnya)

Beliau mahukan guru-guru TADIKA( tidak sama dengan guru Tadika di Malaysia) diperkukuhkan latihan perguruan dan dipertingkatkan lulusan akademik mereka. Hasrat dan harapannya mendapat persetujuan ramai tokoh pendidikan di TADIKA dan PERKASA.(bukan PERKASA di Malaysia).

Beliau mengajak Aku untuk berjumpa dengan tokoh poltik veteran Patani,Din Tokmina.Din Tokmina anak seorang ulama dan pemimpin masyarakat Patani yang terkenal iaitu Haji Sulong.Din Tokmina pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan juga bekas Senator. Oleh kerana Aku kesuntukan masa dan perlu pulang ke Malaysia hari itu, jadi hasratnya tidak  dapat aku tunaikan.


Gambar: Din Tohmina    


Setahu Aku Din Tohmina sudah berumur  79 tahun. Aku berharap dapat bertemu dengan tokoh besar dari Patani ini sebagai menunaikan hasrat YB Ghafur.

No comments:

Post a Comment