sponsor

Tuesday 13 August 2013

MASJID WADI AL- HUSSEIN PUSAKA MELAYU ISLAM

Seni bina masjid ini cukup indah dan menarik. Ianya dibuat daripada kayu cenggal tanpa menggunakan sebatang pakupun. Sama juga dengan seni bina  istana Sri  Menanti di Negeri Sembilan. Istana lama ini juga tidak menggunakan paku.

Masjid ini terletak di Kampung Teluk Manak, Menara,Patani Darussalam. Masjid kayu ini didirikan oleh Wan Hussein ini kira-kira 400 tahun dahulu masih tegak gagah terdiri di Tanah Pusaka yang bergolak dan berdarah.



Seni bina masjid ini mendekati ciri-ciri reka bentuk Masjid Kampung Laut dan masjid Jenawa di Bangkok.
Wan Hussein pendiri masjid yang juga anak didik Sunan Ampel, adalah seorang ulamak dan hafiz. Beliau tinggal lama di Kampung Sena(Patani). Atas arahan Raja Patani beberapa orang alim diperintah meninggalkan Patani dan  mencari tempat perlindungan kerana serangan Siam begitu kuat sekali.


Wan Hussein telah berpindah ke Menara(Narathiwat) bersama  keluarga  dan pengikutnya. Beliau memilih kawasan yang dikenali dengan nama Lubuk Sawa, Bacok, Menara. Akhirnya tempat ini dikenali dengan nama  Kampung Teluk  Manak.

Beliau telah dilantik sebagai pemimpin dan digelar Tok Masjid.

Sumbangan beliau yang terbesar ialah membangunankan sistem pengajian pondok seperti  yang terdapat di Gresik Jawa Timur.  



Bahagian dalam Masjid Wadial-Hussein.                                                                                      




Pemandangan dari dalam. Seni ukir  yang cukup indah terdapat di masjid ini.

No comments:

Post a Comment