Beliau seorang guru Tadika. Mengajar dan mendidik anak bangsa. Imbuhan yang dibayar tidaklah seberapa. Tetapi bagi Khadijah Binti Abd Rashid soal bayaran bukan tujuan utama beliau mengajar di Tadika.
Beliau mahukan anak bangsanya menghayati ajaran Islam dan mengerti bahasa Melayu yang hanpir pupus kerana dasar penjajahan Siam.
Beliau tinggal di Kampung Lesing,, di daerah Raman,wilayah Jala. Khadijah berusia 25 tahun dan mengandung 7 bulan.
Setiap hari Sabtu dan Ahad Khadijah akan membawa bersamanya anak tirinya yang berusia 4 tahun dengan menunggang motorsikal ke sekolah Tadika.
Pagi itu dia ke Tadika bersama anaknya. Dalam perjalanan dia ditembak oleh seorang lelaki bersenjata. Dia jatuh. Anaknya yang berusia empat itu tidak mengerti ibunya ditembak.Dia berlari ke sekolah Tadika memberi tahu gurunya, 'ibu jatuh motorsikal'. Mereka meluru ke tempat kejadian. Mereka mendapti wajahnya dituris dengan benda tajam. Dia ditembak dari belakang. "Beginilah nasib guru kami. Sudahlah tidak 'bergaji'. Ditembak pula! kata seorang kakak yang ikut bersama kami dalam program menziarahi Tanah yang terluka
Oleh TS Kembara.

No comments:
Post a Comment