Pondok Dalla dan Baba Abdul Karim cukup dikenali di Pekan Patani. Jarang sangat orang Melayu Patani yang tidak mengenali Baba Karim atau pondok Baba Karim.
Pondok Dalla agak jauh ke dalam kampung. Terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Patani. Tetapi pondok ini bukan milik perseorangan. Kata Baba Abdul Karim, "Bila pondok itu milik perseorangan jadi masalah bila Tok Guru meninggal dunia." Menurut Baba lagi bagi mengatasi masalah ini tanah dan pondok ini diwakafkan. Mereka ada semacam yayasan yang menguruskannya.
Kaedah Pengajaran. Di sini semua pelajar akan mengadap Tok Guru ataupun dipinggil 'Baba'.Pelajaran diajar secara talaqi( 'tadah kitab),dari awal hingga tamat isi kitab itu. Di samping itu kaedah 'mentor mente'digunakan, iaitu pelajar yang senior membimbing yang junior. Selain Baba A, Karim yang mengajar dan membimbing, menantunya Faisal turut mengajar sama. Faisal cukup fasih berbahasa Melayu walaupun bukan dari wilayah Patani Darussalam.
Menurut Faisal setakat ini ada 360 orang penuntut termasuk dari Malaysia. Kesemuanya 12orang. Kebanyakannya dari negeri Kedah Darul Aman. Mereka menuntut di sini atas perbelanjaan sendiri. Pihak pondok menyediakan air dan eletrik. Pelajar yang belajar di sini kena bayar sedikit sahaja yuran dan itu pun untuk kali pertama mereka mendaftar di sini.Selepas itu tidak ada apa-pa yuran lagi. Mereka memasak sendiri makanan mereka. Kami difahamkan sebuah pondok untuk seorang penuntut.Mereka memulakan elajaran selepas subuh, jam7.30 pagi sehinggalah 2.20 petang. Pelajar di sini tidak diberikan sebarang sijil,diploma atau sewaktu dengannya. Biasanya pelajar menuntut di sini agak panjang. Biasanya antara 5 hingga 10 tahun. Selepas itu barulah mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang membuka pondok sendiri, menjadi imam, guru agama dan sebagainya.
Guru-guru yang mengajar di sini tidak menerima sebarang gaji atau elaun. Mereka memberikan khidmat sukarela untuk membangunkan agama di bumi Sheikh Dawud Al-Fathoni. Di pondok ini pintu masuknya tidak ada pengawal dan tidak ada pagar berduri.
Menurut Baba Karim setakat ini pihaknya belum mampu menerima pelajar perempuan untuk mengikuti pelajaran di sini. Soal kawalan,keselamatan dan sosial perlu diambil kira. Dengan kemampuan yang ada setakat ini pihak pondok hanya mampu menerima pelajar lelaki buat masa ini.
Alamat pondok Dalla.
101/1 MOO 3 T. MANANG-Yong
A. Yaring Ch.PATANI
94150
Thailand Selatan.
No comments:
Post a Comment