sponsor

Saturday 21 September 2013

Apa kata Rashid Maidin Tentang Rundingan Baling

Tulisan ini tidak bertujuan menilai perjuangan Rashid Maidin seorang tokoh Parti Komunis Malaysia(PKM) yang cukup terkenal itu. Beliau turut terlibat dalam rundingan di Baling yang cukup terkenal dalam sejarah negara kita, Malaysia.


Tulisan ini hanya sekadar melukiskan secara ringkas pandangan Allahyarham Rashid Maidin tentang Rundingan Baling.

Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British dan fasis Jepun. 

Rundingan Baling tahun 1955 yang kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman,Tan  Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumaat.

Menurut Rashid Maidin, perundingan itu pada dasarnya mahu mencari perdamaian. Tetapi telah bertukar wajah. Sikap perwakilan Tanah Melayu sangat keras terhadap PKM. Pihak PKM telah diberi kata dua, menyerah diri atau dihapuskan. Keadaan menjadi tegang. Pihak PKM tentu tidak dapat menerima kata dua  tersebut.

Menurut Rashid Maidin, pihak PKM mahu menamatkan perang, tetapi dengan cara yang adil dan munasabah.PKM  menegaskan soal menyerah diri tidak  timbul kerana mereka  bukan pengganas tetapi pejuang kemerdekaan. 

Rashid berkata,"yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi penjajah British."

3 comments:

  1. ikut pada yang ambo pernah baca...Tunku saja buat pertemuan ini....salah satu strategi menghapuskan komunis....Tunku dah tahu komunis xkan bersetuju....wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Hmm..payoh jugok nok nilai perjuenge demo nih..
    tapi hok pelek bakpo demo tu tahun 1988 pung tok letok senjato lagi..
    ambo derjoh ene di jerantut saing ambo royak di ulu cheko pah pado 10 male tokleh tubik doh..
    ambo mulo sunggoh dok jerantuk pung tok rajing gi alik2 nuh.. maing kok gelangi, pula tawar, bbandar jerantut, bandar jeko jah..
    lo ning gi ulu cheko sokmo2..wak kebung ssitu..
    ambo nok gi cari ore tuo2 oyak cito ganno puok2 kominih ning..sapo hok beto sebenarnyo..
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Rerima kasih Al-Khattab dan Don Balon atas komen anda semua.

    ReplyDelete