sponsor

Saturday 19 October 2013

Kampung Sator Bumi Bertuah.

Ketika pertama kali Aku berkunjung ke Kampung Sator Tuan Khatib yang bernama Hj Thohir memaklumkan terdapat 12 orang syuhada disemadikan di kampung ini. 

Kampung ini sentiasa menjadi perhatian pihak polis dan tentera penjajah Siam. Pihak berkuasa telah melepaskan 'anjingnya' berkeliaran di kampung ini. Menurut sumber yang layak dipercayai anjing-anjing ini dibayar oleh penjajah Siam. Jadi tidak hairanlah pihak jika tentera begitu cepat sekali menghidu kepulangan pejuang ke kampung. 

Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah dan ada yang mengajar secara sukarela di tadika( sekolah rendah Melayu). Biarpun imbuhan tidak seberapa tapi mereka puas dapat mendidik anak bangsa memahami Islam dan belajar bahasa Melayu.Dalam sistem pendidikan di Thailand bahasa Melayu tidak dibenarkan diajar di sekolah kerajaan. 


Oleh kerana itu kami berpendapat sesuai melakukan korban dikampung yang jauh terpencil ini.Kampung ini kaya dengan pohon getah yang menghijau, buah-buah kayu seperti langsat,dukung,rambutan,limau dan sebagainya.

Pihak kami begitu gembira sekali dengan sambutan orang kampung di sini.Mereka cukup mesra dengan kami walaupun inilah kali pertama bersua muka. Malamnya kami tidur rumah mangsa konflik. Mereka begitu tabah menghadapi ujian hidup ini.Aku bermalam di sebuah seorang guru yang pernah kena tembak oleh pihak tentera. Dia tidak mati. Tuhan mahu dia hidup. Dia berjanji kepada dirinya akan terus membantu orang kampung yang ditindas oleh tentera penjajah Siam. 

Rombongan kami disertai oleh dua orang pelajar dari benua Afrika. Seorang dari Uganda dan seorang lagi dari Kenya.Mereka mahu melihat sendiri kehidupan umat Melayu Islam Patani. 

Salah seorangnya memberi tahu aku,"Sungguh bertuah umat di sini ada tentera sendiri yang boleh menentang kezaliman tentera Siam.Di negara saya tidak ada seperti ini." kata anak muda yang belajar di Universiti Al-Bukhari, Alor Setar,Kedah.

No comments:

Post a Comment