sponsor

Friday, 11 November 2016

Bahasa Jiwa Bangsa

Papan tanda yang terpampang di bersebelahan Masjid Teluk Manok, Menara, Thailand Selatan.

Ejaan Teluk jadi Taloh.
Manok jadi Manoh.
Anda fikirlah sendiri.




















Inilah Masjid Teluk Manok. Pihak kerajaan Thailand mengekalkan masjid ini dalam bentuk asalnya.Dibiarkan kekal di situ.

Bagusnya ejaannya diperbetulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Thailand yang baru ditubuhkan.

Pertubuhan sukarela yang banyak terdapat di Thailand boleh mengambil inisiatif memperbetulkan ejaan itu.




Oleh Shakir Md Taha

Thursday, 10 November 2016

Kuih Bantal Buruk di Nad Tanjung Patani

Kami sampai ke Nad Tanjung waktu petang.Hari itu ada pasar petang. Macam-macam kuih ada.Kek ada. Aku sudah biasa makan kek. Banyak kuih yang Aku tidak pernah dengar di Malaysia ada di Nan Tanjung.

Kuih 'Bantal Buruk',kata Che Wan Abdul Rahman. Memang namanya  kuih bantal buruk. Dan Che Wan memang mencarinya di pasar petang hari itu. Rupanya macam serabai di Malaysia. Ianya dibuat daripada tepung beras.Tapi cara membuat kuih bantal buruk kegemaran Che Wan ini tidak sama dengan serabai.

Di pasar petang Nad Tanjung hanya ada seorang pembuat dan penjual kuih bantal buruk. Dia seorang wanita.

Kami berhenti dikedai kopi untuk makan kuih bantal buruk yang dibeli oleh Che Wan Abdul Rahman. Di situ ramai kenalan Che Wan. Rata-rata berumur 63 tahun ke atas.Mereka kelihatan sihat dan segar. Mungkin pemakanan mereka dan udara bersih di Nad Tanjung. Di sini tidak ada kilang seperti di Perai ataupun Bayan Lepas.

Tapi yang tidak menariknya mereka di sini suka minuman yang terlalu manis. Aku tidak pasti adakah tidak diserang penyakit kencing manis!



Kami ke Nan Tanjung melalui Tabal (Tak Bai) dari Pangkalan Kubur( Malaysia). Di sepanjang jalan kami terpaksa melalui lebih daripada 50 sekatan polis dan tentera. Di sebelah sekatan jalan raya biasanya ada kem tentera. Di Patani kereta perisai tentera Siam sentiasa meronda saing dan malam.Di Menarapun tidak kecuali. Wilayah-wilayah ini masih berada dibawah Undang-Undang Darurat.Pihak pejuang pembebasan Patani masih bergerak  aktif dan menyerang tentera Siam bila ada kesempatan.

Tapi hari itu " Cutilah Bom". Bagi orang Malaysia ayat itu mungkin pelik. Di sini letupan bom adalah perkara biasa!



Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com

Wednesday, 9 November 2016

Dari Air Mata Yang Mengalir Lahirnya Badan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Nad Tanjung

 
                                                             Sebagai seorang iman di Kampung Aur,Nad Tanjung,Patani beliau berasa terpanggil untuk mengetahui keadaan anak khariahnya. Seminggu sebelum menjelang hari raya beliau bertemu dengan seorang ibu tunggal dan bertanya tentang anaknya sama ada sudah beli baju raya atau belum. Ibu itu tidak menjawab pertanyaan Tok Iman lulusan Universiti Al-Azhar itu. Beliau diam. Air matanya mengalir perlahan-lahan tanpa henti. Ustaz Usman Ismail tidak berkata apa-apa. Beliau faham keadaan ibu tunggal itu.

Malam besoknya beliau berbincang dengan AJK Masjid Nad Tanjung. Penyelesaian perlu dibuat bagi mengatasi masalah tunggal Ibu Tunggal yang ada di dalam kampung ini.    

 Dalam mesyuarat yang diadakan semua bersetuju menubuhkan Badan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Nad Tanjung. Dengan rasmi badan ini ditubuhkan pada pada Ramadhan 1997.


Oleh Shakir Md Taha                                               

Tuesday, 8 November 2016

Surau Lama Kampung Aur, Nad Tanjung Dibina Tanpa Sebatang Paku.

Surau lama di Kampung Aur, Nad Tanjung,Patani, Thailand Selatan sejarahnya begitu kabur. Menurut Ustaz Ismail,seorang iman di kampung itu, surau ini didirikan oleh seorang raja Melayu bernama Saban.

Baginda dibantu oleh seorang yang alim bergelar Dato' Hitam. Kampung ini penuh dengan pokok buluh. Banyaknya pokok buluh di kampung ini lalu dinamakan Kampung Aur..

Menurut cerita orang tua-tua surau ini didirikan lebih awal daripada Masjid Teluk Manak,Menara, Thailand Selatan. Surau ini tidak
menggunakan walaupun sebatang paku dalam pembinaan. Tingkapnya begitu juga  tidak menggunakan ensel dan selaknya dibuat daripada kayu yang keras. 



                                                                                                                   
Surau ini mempunyai ukiran seperti masjid Melayu yang lain.Terdapat ukiran bunga lawang di dalam surau ini.Kayunya masih kukuh. Menurut cerita seorang warga emas di kampung ini, surau dibuat daripada kayu pokok beka. Pokok beka banyak terdapat di Kelantan dan di Baling,Kedah.Buahnya amat lazat dibuat ulam dan kerabu.

Di hadapan surau ini terdapat perigi lama yang air masih digunakan lagi. Airnya jernih dan bersih.Menurut Ustaz Usman Ismail air diperigi ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau.












Gambar di kanan ialah perigi Kampung Aur yang masih digunakan oleh penduduk kampung itu.Perigi ini dijaga dengan cukup rapi.


Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com

Monday, 7 November 2016

Janji AYATA Kepada Anak Yatim

Menurut Cikgu Nawawi orang kuat Ayata salah satu objektif penubuhan Ayata ialah menyempurnakan pendidikan anak-anak yatim ke peringkat pengajian tinggi.

Dalam hal ini Ayata telah berjaya menghantar salah seorang anak didiknya ke pusat pengajian tinggi.

Nik Hafizah Nik Omar telah berjaya mendapat tempat di Universiti Kolej Bistari, Setiu,Terengganu Darul Iman dalam bidang IT.Nik Hafizah berumur 18 tahun bekas pelajar Mahaad Nuruddin,Tabal.
Bagi Hafizah kemasukannya dalam bidang IT merupakan cabaran yang sungguh kuat.Beliau perlu meguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik. Bagi beliau ini adalah cabaran yang sungguh kuat bagi pelajar luar Malaysia.Hafizah turut berterima kasih kepada bapa angkatnya Encik Wan Abdul Rahman yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan untuk maju dalam pelajaran.


Nik Hafizahyang kehilangan ayahnya mendapat perhatian dan bimbingan daripada Cikgu Nawawi dan Encik Wan Abdul Rahman.
Bagi Encik Wan Abdul Rahman, Nik Hafizah adalah seperti anaknya sendiri.Menurut Encik Wan lagi, beliau hanya lelaki sahaja. Jadi beliau menganggap Nik Hafizah sebagai anak perempuannya..



Menurut Cikgu Nawawi pelajar dari luar Malaysia perlu membayar visa  sebanyak RM2 100.00 untuk 3 tahun.Wang saku pelajar dan sewa asrama perlu ditanggung oleh Ayata.Ayata mempunyai dananya sendiri bagi menampung keperluan anak yatim dan fakir miskin. Sumbangan orang ramai turut meringankan beban Ayata.

Tegas beliau lagi Ayata komited memberikan pendidikan yang terbaik dan termampu untuk anak yatim dan fakir miskin





Oleh Shakir Taha

whatsApp 013 4815577
shakirtaha@gmail.com

Sunday, 6 November 2016

AYATA NGO Perihatin Masa Depan Anak Yatim

Anak yatim ramai yang terbiar melarat. Mereka kehilangan ayah tempat bermanja.Mereka perlukan pendidikan,perhatian,keperluan dan lain-lain seperti anak-anak yang mempunyai ibu dan ayah.Anak yatim terdapat  disepanjang sejarah.

Menyedari pentingnya hal anak yatim ini ditanggani dengan baik dan sistematik aktivitis masyarakat di Malaysia dan Thailand telah menubuhkan AYATA ataupun nama penuhnya Badan Kebajikan Anak  Yatim Tabal.Ianya diketuai oleh Cikgu Nawawi(Thailand) dan dibantu oleh Encik Wan AbdulRahman Wan Hussein. Ayata ditubuhkan dan operasi pada 29 April 2003.Ianya terletak di Kampung Tabal, Tabal(Tak Bai),Menara(Narathiwat) Thailand Selatan.

Rumah anak Tabal 2 tingkat yang terletak di Kampung Tabal masih belum siap sepenuhnya.Menurut Cikgu Nawawi kompleks anak yatim nanti mempunyai masjid, asrama untuk pelajar perempuan dan kantin.


Menurut Cikgu Nawi lagi kompleks ini bakal menyediakan rumah untuk orang tua-tua.Sekarang ini Ayata memberikan tumpuan kepada anak-anak yatim  fakir miskin.Dalam usaha membantu anak yatim dan fakir miskin Ayata  tidak bergantung sepenuhnya kutipan zakat.

Ayata mempunyai kilang penapis air bersih yang dijual disekitar Tabal sebagai sumber kewangan tetap.







Inilah kilang penapis air bersih yang dijual disekitar Pekan Tabal. Jual air bersih digunakan untuk membantu anak yatim dan fakir miskin.


Setakat ini Ayata bertanggungjwab menguruskan 73orang anak yatim. Daripada jumlah itu ada 34 anak lelaki dan 39 anak perempuan.Anak-anak yang berada dibawah pengawasan Ayata diberi bantuan wang bulanan.Setakat ini semua anak yatim fakir miskin tinggal bersama keluarga mereka. Mereka berumur 6 tahun hingga 18 tahun.

Mereka diberi motivasi untuk menjadi insan cemerlang dan menjadi anak-anak yang soleh. Menurut Cikgu Nawawi apbila asrama lelaki siap nanti mereka akan ditempatkan di asrama.


Asrama lelaki dan bilik darjah masih
didalam peringkat pembinaan.Eletrik dan air bersih belum dipasang lagi.Wang sebanyak 1 juta baht diperlukan untuk menyiapkan fasa pertama ini.

Anda boleh menghantar sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad seperti berikut:-



Nama bank : Bank Islam Malaysia
Berhad.
Cawangan   : BIMB Kota Bharu 11
No. akaun    : 03-036-02-064329-2
Nama           : Nawawi Junoh








Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com
whatsApp 013-4815577

Menziarahi Tanah Pusaka Bertuah

Untuk ke Tabal ataupun lebih dikenali dengan nama Siamnya Tak Bai. Nama Tabal diambil sempena seorang ulama yang bernama Tuan Tabal.

Kami ke Tabal degan menaiki bot.Tambangnya hanya RM1.00 seorang.Lebih kurang 2 minit sampai ke Tabal dari Pangkalan Kubur.(Malaysia).


Tabal dan Pangkalan Kubur dipisah melalui Sungai Golok dibawah Perjanjian Bangkok 1909 yang tandatangani olen British dan Kerajaan Siam.Kebanyakan penduduk Tabal ialah orang Melayu berugama Islam. Di Tabal ringgit Malaysia diguna pakai dan diterima baik oleh rakyat di Pekan kecil Tabal.

                                                    
Awal pagi Pekan Tabal tenang dan damai.Kedai dan perniagaan bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Thailand. Di Tabal hari Jumaat adalah cuti.Banyak kedai yang tidak dibuka pada hari Jumaat. Pejabat imigresen dibuka seperti biasa. Untuk urusan paspot anda tidak perlu membayar RM1.00 seperti yang berlaku di pintu Danok  dan Padang Besar. Tapi kalau anda malas hendak atau tidak tahu mengisi borang kecil imigresen bolehlah dapatkan khidmat 'petition writer' yang ada di tepi pejabat imigresen dengan bayaran RM2.00. Penduduk di sini bercakap bahasa Melayu dialek Kelantan.

Khutbah Jumaat disampaikan bahasa Melayu baku manakala di Menara(Narathiwat) bahasa Melayu baku dan Thai digunakan.




Jeti di Pangkalan Kubur. Di sini kami cuma perlu perlu mengimbas paspot sebelum ke Tabal. Tidak ada borang yang perlu diisi.

Di seberang sana ialah Tabal. Ramai juga orang Melayu warga Thailand yang berulang-alek kerana bekerja di Mlaysia.

Minyak petrol dari Malaysia yang 'dibawa' masuk ke Tabal dan dijual ditepi jalan. Minyak Thailand mahal!.

Oleh Shakir Md Taha