sponsor

Monday, 17 December 2012

Singgah Sebentar Di Universiti Prince Songkla, Patani

Kami singgah sebentar sekadar bertanyakhabar tentang kegiatan siswa dan siswi. Pelajar di universiti ini menggunakan unifom hitam dan putih. Menurut Presiden Persatuan Pelajar Universiti Prince Songkala, Muhammad Tuan Sulong 80% pelajar yang mengikuti kursus di sini dari segi ethiknya ialah Melayu Islam. Rata-rata kelihatan pelajar perempuan Islam memakai tudung. Hanya sebilang kecil sahaja yang tidak memakai tudung tetapi memakai kerana persekitaran dan kesedaran diri.




Di kiri, Muhammad Tuan Sulong dan rakannya,Furqan.

Semua mahasiswa dan siswi di universiti ini diwajib terlibat dalam kegiatan masyarakat ataupun kursus kesukarelawanan seperti yang terdapat dalam kursus sains pembangunan sumber manusia yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia.Sebagaimana yang disebut oleh Prof Muhammad Murray Hunter pelajar Melayu Islam lebih selesa bekerja sendiri dan mengajar di sekolah swasta milik umat Islam.



Siswa dan siswi kerap mengadakan perbincangan yang berhubung dengan soal pelajaran dan masyarakat. Pelajaran yang diterima di universiti menjadi mereka terhadap nasib bangsa.


Sebelum meninggalkan kampus kami telah dihadiah sehelai baju-T berwarna biru air laut. Terima kasih buat anda semua. Wassalam.



Oleh Shakir  Taha

Patani,Oh Patani!

Kami ke Patani melalui Bukit Kayu Hitam. Hari Sabtu.Pelancong ke Thailand hari itu cukup ramai.Kami tiba di Bukit Kayu Hitam pada pukul 12.00 tenghari waktu Malaysia.Urusan paspot hanya selesai jam 2.30 petang.Dalam pada itu ada yang potong 'Q' dengan 'menghulurkan' beberapa ringgit  terutamanya pemandu lori.Ianya sudah dianggap 'biasa' oleh pemandu lori.


Hujan lebat menghalang kami untuk bergerak laju. Lebuhraya di Wilayah Selatan ini cukup luas. Tidak ada tol. Tapi kata seorang kawanku, di Malaysia banyak tol.Malaysia ada seorang 'Sami' tapi di Thailand ada banyak 'Sami',tapi; tidak ada di Wilayah Selatan.

Dalam perjalanan ke Patani kami singgah di Chenak untuk  makan tengahari dan solat.Masakan di sini cukup sedap dan tidak mahal sangat. Harga patut kata orang Malaysia.

Kami menggunakan jalan Nawi untuk ke Patani.Masuk saja jalan ke Patani ada sekatan jalan raya oleh pihak tentera.Pihak tentera melayan kereta dari Malaysia dengan baik sekali.Kereta kami tidak diperiksa. Disuruh jalan sahaja.

Di Bandar Patani kelihatan tentera di sana sini. Sekatan jalan raya banyak sekali. Kereta perisai VS Komando buatan Afrika Selatan berehat di tepi jalan.Keadaan di sini kelihatan seolah-olah dalam keadaan perang.Wilayah ini berada di bawah undang-undang darurat. Semacam MAGERAN di Malaysia. suatu masa dahulu. CCTV dipasangan hampir-hampir disetiap tiang eletrik. Gambar Raja Thai terpasang di mana sahaja.


Siangnya rakyat di Patani menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun berlaku pengeboman di sana sini.Tembak menembak juga berlaku di luar kawasan bandar Patani.

Malam itu kami menginap di Hotel C.S. Patani yang pernah dibom beberapa bulan yang lalu.

Oleh TS Kembara.



Wednesday, 12 December 2012

Dia Seorang Pejuang

Dalam perjalanan ke Patani Wan Abdul Rahman penyelaras Global Peace Mission Malaysia berkata,"kita nak jumpa pejuang". Dalam fikiran aku tentulah seorang lelaki yang hebat,berbadan tegap dan pandai menggunakan senjata..

" Itu dia".kata Ismael sambil menunjukkan ke arah seorang wanita berjubah hitam dan tudung labuh hitam.Wanita itu berdiri dipinggir jalan lalu membonceng sebuah mtorsikal anak muda. Kami mengekorinya sampai ke rumah.

Rumahnya,rumah kayu. Agak besar juga. Luas dan lapang. Di sekeliling rumah terdapat pokok buah-buahan seperti rambutan,pokok durian yang masih muda dan belimbing sagi.

Kawan-kawanku memanggilnya Kak Nab. Orangnya berkulit kuning langsat,bercakap loghat Kelantan,matanya bersinar terang. Suaranya jelas kedengaran( ada waktunya aku tidak memahami percakapannya yang menggunakan loghat Kelantan tapi kata Dr. Neil J. Melvin ini loghat Melayu Patani.)

Aku dengar dia bercakap begitu semangat sekali. Dia baru balik dari Mekah.Pihak pemerintah Thailand yang menghantarnya pergi ke Mekah.

Kak Nab bukanlah seorang pejuang yang menggalas M-16 atau AK-47. Kak Nab tidak tahu itu semua. Senjatanya hanyalah keberanian berkata-kata untuk menegakkan keadilan. Dan kerana itu dia sanggup turun ke Bangkok untuk berjumpa dengan pihak berkuasa di sana.Dia ke sana untuk menuntut keadilan yang tertangguh dan sentiasa ditangguh.

Suaminya mati ditembak tanpa sebab.Menurut Pak Mus(bukan nama sebenar) nyawa manusia Melayu di sini tidak ada nilai. Boleh ditembak macam menembak burung.Tidak ada tempat mengadu.Anak Kak Nab juga hilang entah ke mana selepas suaminya ditembak mati.

Kak Nab juga cukup perihatin tentang pendidikan anak bangsa. Dia mendirikan sekolahnya sendiri di kampung halamannya,Kampung Charak, Narathiwat. Ada 70 orang anak didiknya dengan 6 orang tenaga pengajar. Kak Nab selaku pengurus sekolah ini. Mereka mengajar Bahasa Melayu dan agama Islam tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad.

Menurut Kak Nab pihak Bangkok ada juga memberi sagu hati.Namun sagu hati tetap merupakan sagu hati. Ianya tidak dapat menampung gaji tenaga pengajar di sini. Pun begitu Kak Nab tetap menguruskan mengikut kemampuan yang ada pada dirinya.


Oleh  Shakir  Taha

Tuesday, 11 December 2012

Menziarahi Tanah Pusaka Yang Terluka

Daerah ini sentiasa rindukan kedamaian. Namun ia masih jauh berbalam-balam. Peristiwa hitam 25 Oktober 2004 tetap kekal dalam ingatan.

Takbai atau nama sebenarnya Tabal dipisah oleh Sungai Golok. Dengan hanya menaiki bot dan bayarannya RM1.00 anda sudah boleh ke Tabal(Takbai) dalam masa 4 minit sahaja.

Pagi Jumaat itu kami menyeberangi Sungai Golok. Setibanya dipangkalan keadaan tenang dan sunyi. Tidak ramai yang menjalankan perniagaan hari. Biasanya hari Junaat lah yang paling sibuk dan ramai pengunjung yang datang ke Tabal. Hari itu sepi seperti negeri dilanggar garuda.Ini berpunca daripada surat layang.

Kononnya siapa yang berniaga pada hari akan dihukum. Hukumannya dikerat telinga! Perang psikologi telah berjaya.Rakyat menjadi takut. Ramai yang hendak berniaga pada hari Jumaat. Akibatnya hanya sebilang kecil peniaga yang membuka kedai mereka. Kami begitu lega sekali kerana ada peniaga Muslim berani menjalankan perniaga mereka.Kami singgah di kedai makan di Pekan Takbai dan bersarapan dengan pengerusi AYATA (Anak Yatim Takbai). Sebelum itu penyelaras CPM Tuan Wan Abdul Rahman berpesan 'kita makan pagi di Takbai". Tapi aku sempat minum teh panas dan menjamah sedikit nasi di Pangkalan Kubur,Kelantan.

Hari kedua aku sempat ke Dataran Takbai yang secara rasmi dimaklumkan memakan 85 korban. Tapi khabarnya lebih daripada itu.

Di dataran ini ramai yang ditahan dan didera.Disepak. Diterajang.Dipukul sesuka hati. Tak ramai yang mengetahui peristiwa hitam ini. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Dr.Alyson J.K.Bailes, Pengarah Stockholm Peace Research Institute' tidak ramai yang mengetahui kejadian yang bergolak di wilayah yang bernama Patani.

Menurut Dr. Neil J.Melvin dalam risalahnya," Conflict in Southern Thailand Islamism,Violence and the State inthe Patani Inssurgency  terdapat 3 wilayah  yang bergolak parah.Wilayah itu ialah Narathiwat,Patani dan Jala.Wilayah Songkhla adanya waktu terlibat dalam  pergolakan ini.

Rakyat di wilayah ini rindukan kedamaian dan keadilan.Tapi sehingga impian dan harapan mereka masih jauh berbalam-balam.

Di sekolah kerajaan orang Melayu dinafikan hak mereka untuk belajar Bahasa Melayu.Bahasa Melayu diajar di sekolah rakyat pada hari Sabtu dan Ahad.

Guru-guru ini mengajar secara sukarela. Sekali sekala ada pemerintah dari Bangkok memberikan imbuhan kepada guru-guru ini.



Inilah pintu masuk ke Takbai. Takbai dipisahkan dengan Malaysia(Kelantan) melalui  Sungai Golok.




Tuesday, 20 November 2012


Gaza Memanas, MER-C tetap pertahankan relawan di Gaza dan pembangunan RS Indonesia

Siraaj
Selasa, 20 November 2012 17:14:16
JAKARTA (Arrahmah.com) - MER-C akan tetap mempertahankan relawannya di Gaza untuk melanjutkan pembangunan tahap 2 RS Indonesia meskipun Israel tengah gencar melakukan serangan ke wilayah ini. Pernyataan tersebut ditegaskan oleh MER-C dihadapan awak media yang menghadiri konferensi pers di Kantor Pusat MER-C, Jalan Kramat Lontar, Jakarta Pusat, Senin (19/11/2012) kemarin. Bahkan, apabila eskalasi meningkat, MER-C akan mengirimkan Tim medis dengan spesialisasi bedah ke Jalur Gaza guna membantu para korban di sana.
Selain itu, MER-C juga menuntut agar pemerintah Indonesia berbuat aksi di berbagai forum. Pemerintah juga harus memberikan bantuan dan mengirimkan tim resmi ke Gaza, demikian disampaikan Ketua Presidium MER-C, dr. Sarbini Abdul Murad.
Saat ini relawan MER-C di Gaza seluruhnya berjumlah 28 orang, semuanya dalam keadaan sehat dan selamat. Sebanyak 21 relawan baru sekitar satu bulan lalu diberangkatkan oleh MER-C ke Gaza guna melanjutkan pembangunan tahap 2 yang merupakan tahap akhir dari proses pembangunan RS Indonesia, persembahan dari rakyat Indonesia untuk rakyat Palestina.

"Sampai saat ini relawan Indonesia yang berjumah 28 orang masih tinggal di lantai basement dari bangunan Rumah Sakit Indonesia dan tetap melanjutkan pembangunan lantai basement dengan sisa material yang ada," ungkap Presidium MER-C, dr. Joserizal Jurnalis, SpOT yang belum lama ini kembali dari Gaza.
Ketua Divisi Konstruksi MER-C, Ir Faried Thalib yang memimpin program pembangunan RS Indonesia di Gaza menjelaskan bahwa basement RS Indonesia dibangun dengan tujuan sebagai tempat penyimpanan obat-obatan. "Ahamdulillah sekarang tempat ini menjadi tempat para relawan berlindung di saat Gaza diserang," imbuhnya.
Selain MER-C, dalam konferensi pers kemarin juga turut hadir perwakilan dari Pesantrean Al Fatah dan AWG, dua lembaga yang selama ini konsisten mendukung dan terlibat langsung dalam program pembangunan RS Indonesia di Jalur Gaza, Palestina. Relawan konstruksi yang selama ini ditugaskan ke Gaza seluruhnya berasal dari pesantren Al Fatah yang berpusat di Cileungsi.
Imaam Al Fatah, Muhyidin Hamidy, menyatakan bahwa sejatinya terdapat 150 orang relawan dari pesantren Al Fatah yang telah menyatakan kesediaanya untuk ditempatkan di Gaza. "Seluruh relawan, baik yang telah berada di Gaza maupun yang belum berangkat sudah paham betul dengan kondisi Gaza," ungkapnya.

Relawan yang telah diberangkatkan ke Gaza kali ini adalah relawan yang sudah melalui serangkaian seleksi ketat yang dilakukan MER-C dan Al Fatah, tidak hanya keahliannya di bidang konstruksi tetapi juga fisik dan mental. Hal ini dilakukan karena memang beratnya medan dan amanah tugas yang akan mereka jalankan di Gaza.
Selain bantuan dalam bentuk fisik, doa merupakan hal yang sangat penting dan sangat dibutuhkan oleh rakyat Palestina. Hal ini disampaikan oleh Ustadz Yakhsallah Mansur, Pimpinan Pesantren Al Fatah. "Kami menyerukan seluruh umat Islam untuk membaca qunut Nazilah, yang dibacakan di setiap shalat fardhu."
Agus Sudarmadji dari Aqsa Working Group menyampaikan pernyataan Norman Finkelstein pernah berkata bahwa Israel adalah negara sakit, dipimpin oleh pemimpin yang sakit, dan memiliki behaviour yang sakit. Untuk itu, Agus meminta adanya aksi pembelaan terhadap mereka yang tertindas. "Media harus menyatakan pemberitaan yang baik dan mendukung Palestina. Bantuan kemanusiaan harus diberikan terhadap rakyat Palestina. Boikot harus disosialisasikan, terlebih setelah Menteri Luar Negeri RI, Marty Natalegawa, menyatakan keharusan untuk melakukan boikot atas produk Israel," tegasnya. (siraaj/arrahmah.com)

Tuesday, 13 November 2012

Menziarahi Negara Bapak Muhamad Natsir

Pada tinggal 1 November 2012 aku  mencecahkan kaki ke lapangan terbang  Soekarno-Hatta,Jakarta, Indonesia.Lapangan terbang terminal 3 ini agak damai petang itu.Baru pukul 5.55 petang waktu Indonesia.Pegawai yang bertugas waktu itu cukup mesra.Tiada masalah begasi dan sebagainya. Allah telah mempermudahkan perjalanan kami.


Kami disambut oleh Pak Herry Nurdin pengarang yang terkenal itu.Dia cukup rapat dengan Almarhum Azizi Hj Abdullah sasterawan berasal dari Kg Bukit Meriam,Kedah.

Kami bersama Pak Herry ke pejabat # Indonesia Tanpa JIL.Anak muda ramai sekali yang hadir dalam pertemuan itu. Mereka adalah muda yang begitu komited dengan Islam.Begitu komited sekali mempertahankan Islam daripada serangan Islam. Menurut koordinatar # Indonesia Tanpa JIL,Ustaz Fajar mereka sentiasa membalas kembali penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Islam Liberal.

Pihak kami juga menyentuh isu Patani. Isu ini dibicarakan oleh wakil Patani.Ternyata isu ini mendapat sambutan yang hebat daripada hadirin.Ini berdasar banyaknya soalan yang dikemukan kepada penceramah.Mereka terpaku dan terpukau mendengar isu Patani yang jarang sekali dipaparkan di koran.Mereka kelihatan begitu terharu sekali ketika mendengar isu Patani.Patani Darussalam jalan pantas ke syorga.Ramai yang syahid di bumi Patani.