Pada mulanya Aku fikir ini hanya sebuah pondok. Sebuah pondok mainan. Mungkin pondok menunggu durian. Bukan apa seingat Aku semasa usia remaja selalu kami dirikan pondok seperti ini untuk rehat dan membaca.Pondok yang didirikan menggunakan bahan terbuang dan batang pinang. Atapnya,atap rembia. Baru-baru ini Aku dan kawan-kawan dari NGO Wargakilang melawat ke sebuah kampung di daerah Sik. Kampung ini kaya dengan kesunyian.Kaya dengan buah-buahan.Kaya dengan tanah yang subur. Juga kaya dengan kemiskinan.Kaya dengan udara segar bersih.
Aku terpegun,terkedu melihat ada seorang ibu tua di sini. Dia seorang diri. Kelihatan begitu dhaif. Tidak terurus.Udara segar yang Aku hidu tadi sudah tidak segar.Bau hancing.
"Aku tidak sendirian di sini.Mereka kata aku tinggal seorang diri di sini. Mereka itu tidak tahu apa yang aku tahu.Di kiri kanan ku ada makluk.Ada makluk yang mengawasi aku siang malam. Tidak seperti anak-anak Aku yang sibuk dengan kerja mereka.Mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka.Aku dah tua.Aku selalu lupa.Lalu aku ditempatkan di sini. Aku ini menganggu ketenangan hidup mereka. Aku menganggu ketenangan malam. Cumanya aku tidak ditahan di bawah ISA. Tapi biarlah aku di sini. Di sini ada kedamaian.Aku tidak menganggu anak cucuku. Aku senang hati bila tengok mereka senang.Aku tidak minta apa-apa dari mereka.Aku telah membesarkan mereka.Itu tanggungjawab aku.Sekarang ini hidup aku beginilah jadinya.
Ada anak. Ada cucu. Mereka kawin, beranak dan bahagia.Biarlah anak-anak aku bahagia. Aku senang melihat mereka.
Tapi seingat aku,aku tidak dilahirkan di sini.Aku tidak dibesarkan di sini. Aku ingat sungguh hal ini.Tidak apa aku hanya sebentar di sini. Semua orangpun sebentar di sini. Di sini tempat mencari bekalan.Tiba waktu aku pergi.Kalian tidak perlu sedu dan sedan bila aku pergi.
Oleh Shakir Md Taha
Oleh Shakir Md Taha
No comments:
Post a Comment