Ketika Aku melawat ke sekolah pondok baru-baru ini, tiba seorang pensyarah muda bertanya,"Kenapa kebersihan sekolah pondok tidak terjaga dengan baik. Merekakan belajar agama...." Aku kira cukup menarik
soalan itu. Soalan itu jugalah yang sering bermain di kepala Aku. Kebanyakan sekolah pondok yang pernah lawati dan lihat memang kebersihannya cukup sedih. Lihatlah sahaja tandas. Kuning dan berkarat. Baunya menyesak dada.
Bangunan sekolah juga kelihatan cukup dhaif. Kawasan sekolah tidak dijaga dengan baik. Pokok bunga tidak kelihatan sangat. Sampah tidak diurus dengan baik.Begitulah wajah sekolah pondok yang Aku temui.
Demikian juga dengan buku-buku yang digunakan. Menurut Prof. Dr.Deliar Noer ada sekolah pondok yang menggunakan buku sama seperti yang digunakan di tanah Arab. Buku-buku yang ditulis pada Abad Pertengahan masih digunakan yang rata-rata ditulis ulama daripada Timur Tengah.
Keadaan yang terjadi di sekolah pondok hari berpunca daripada kelemahan pentadbir itu sendiri. Guru pondok tidak terlatih dalam ilmu pengurusan dan pentadbiran.Sebagaimana yang dikatakan oleh Prof. Dr.Deliar Noer,"umumnya mereka yang menyelenggarakan sekolah ini tidak mengetahui cara mengerjakan administrasi dengan baik; pengetahuan administrasi diperoleh dari pengalaman. Mereka kadang-kadang tampaknya kurang peduli terhadap administri ;bukan mereka tidak merasa perlu akan administrasi yang baik, tetapi penyelenggaraannya merupakan hal yang di luar kemampuan mereka."
Mereka mengajar di sekolah pondok dengan tujuaan menegakkan agama. Itu sahaja. Tidak ada yang lain. Bukan untuk mencari nafkah hidup.Mereka merasakan apa yang dilakukan sudah cukup baik. Masyarakat tentunya mendapat faedah hasil daripada lepasan sekolah pondok ini. Paling kurang masyarkat sudah ada imam solat, baik solat fardhu ataupun kifayah.
Oleh Shakir Taha
Oleh Shakir Taha
No comments:
Post a Comment