sponsor

Thursday, 25 August 2011

Pondok Hj Ahmad Nahu Sebagai Simbol Keterbatasan

Semacam tidak percaya sahaja bila tiba di pondok Hj Ahmad Nahu. Aku menyangka tentunya pondok yang ada seperti  di tempat Aku.  Kecil dan kemas.Sangkaan Aku meleset sungguh.

Bangunannya dibuat daripada kayu.Bumbungnya dibuat daripada zink. Secara fisikal bangunannya cukup menyesakkan dada.Kayunya cukup uzur dan menakutkan.Dindingnya berlobang-lobang.

Di sini Ustaz Kamel sebagai mudirnya dibantu oleh seorang Ustazah.Merekalah yang mengajar anak-anak yang haus ilmu agama ini.

Tenaga pengajar di sini hanya dua orang. Ustaz Kamel dan Ustazah. Merekalah yang mengajar siang dan malam.Mereka tidak dibayar gaji. Sebagai mana yang dikatakan oleh Prof. Dr.Deliar Noer dalam bukunya,Administrasi Islam Di Indonesia, bahawa mereka di sekolah seperti dengan maksud untuk menegakkan agama, bukan untuk mencari nafkah hidup.Bahawa nafkah didapat juga, bukan rupakan tujuan utama.

Pondok Hj Ahmad adalah simbol. Ia adalah simbol kepada keterbatasan. Sekolah pondok adalah benteng pertahanan ummat.Melihatkan keadaan yang serba terbatas ini pihak NGO Wargakilang terpanggil untuk membuat sesuatu bagi mengekalkan dan mengukuhkan pondok Hj Ahmad Nahu.

Dan anda boleh membantu dengan memberikan sumbangan kepada projek penambaik pulih pondok Ahmad Nahu ke akaun AGROBANK 1-00-5101-00003934-0 atas nama MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH. Semoga sumbangan Anda diberkati ALlah.


Oleh Shakir Md Taha

shakirtaha@gmail.com

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Nureyzal Shoppe.Kami amat menghargai pejuang-pejuang sekolah pondok. Pondok adalah benteng pertahanan ummah. Ia perlu dipelihara dan dijaga.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sepkat pak shakir, peantren adl benteng umat islam. tapi melihat kondisi sekrang, tidak sedikit pemuda yang berpaling dari ajaran pondok. namun kita tidak serta merta menyalahkan pesantren, artinya kenyataan tersebut menjadi evaluasi bagi pesantren agar bisa berinovasi dan melakukan upaya peremajaan sehingga pesantren dapat diterima dan dicintai oleh pemuda di era kekinian tnpa meninggalkan peran inti pesantren..
    waallauaham..

    ReplyDelete
  6. Rakan-rakan dari NGO seperti Wargakilang berusaha membantu memertabatkan pondok ini.InsyaLlah dalam sedikit masa pondok ini akan berwajah baru.

    ReplyDelete
  7. bolehkah sy tahu,jikalau orang nak mengasingkan diri (muhasabah diri),adakah ini tempatnya di yala?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.saya juga pernah belajar di pondok ini.pengalaman cukup mendewasakan saya semasa saya menuntut di sini.saya menuntut di sini sekitar tahun 2000.nombor telefon saya 0173001652.jikaada yang masih mengenali diri saya lagi,harap dapatmenghubungisaya.fadhil

    ReplyDelete