sponsor

Friday, 26 December 2014

Kematian Akibat Banjir di Kelantan

Aku mendapat berita tadi ada kematian akibat banjir yang melanda di Kuala Krai,Kelantan.Mayat dijumpai oleh sukarelawan sewaktu membawa bantuan makanan. Di dalam rumah juga dijumpai mayat kanak-kanak.

Setakat ini berita tidak keluar dalam TV. Kita sama-sama doa Allah memberhentikan hujan dan bumi menelan airnya,langit berhenti menurunkan air. AMIN.


Oleh Shakir Taha


Saturday, 13 December 2014

Siri 9 Disangka Intan Berlian Rupanya Kaca


  • Sejarah Perang Dunia Kedua, Siam membuka jalan kepada Jepun untuk menyerang Malaya. Siam rakan British dalam perjanjian 1909. Brtish ditipu. Sampai sekarang Siam tidak meminta maaf kepada kita.Aku ada pengalaman bersama orang Jepun. Bila aku menceritakan  kekejaman Jepun kepada orang Melayu, ada yang sampai melutut memohon  maaf. Tapi TIDAK PADA ORANG THAILAND. Mereka tidak tahu pun sejarah itu. Begitu dahsyat sekali sejarah Melayu diracuni di Setul.Maka benarlah seperti kata sarjana besar Asia Prof. Dr.Soejatmoko dalam bukunya 'Dimensi Manusia dalam Pembangunan, "maka kesadaran sejarah, merupakan suatu orientasi intelektual , suatu sikap jiwa yang perlu untuk memahami secara tepat paham kepribadian nasional.Kesadaran sejarah ini  membimbing manusia  kepada pengertian mengenai diri sendiri sebagai bangsa......."
         



  •   Ketidak perihatinan orang Melayu Thailand kepada sejarah  yang benar kerana mereka malas membaca. Mereka juga satu bangsa yang sangat sombong. Dalam senyuman ada bersirat  kejahatan .Kata pepatah "SMILING TIGER". Oleh sebab itu  industri  pelancongan  Thai maju kerana senyuman  rakyatnya adalah pembunuh paling bahaya.(maksud pembunuhdi sini bukan menikam atau  menembak). Ramai yang hanyut dalam syurga  dunia buatan  Thailand.

  • Sikap untuk mengenakan orang adalah perangai yang  diterapkan oleh dasar kerajaan Thai.
  • Senjata terakhir, ugutan TEMBAK. Rakyat  Malaysia akan tewas 100% bila dengar perkara  ini. Anda perlu ingat malaikat maut bukan agen kerajaan Thailand. Kalau ditakdirkan mati tertembak  di mana saja akan berlaku. 
   


    BERSAMBUNG

    Oleh Joe KL.

Siri 8 Bukannya Intan Berlian Tapi Kaca

  • Thailand wujud 543 tahun sebelum Masihi. Ini bermakna Thailand lebih maju daripada USA atau UK apatah lagi Malaysia.Mana mungkin negara maju mengikut negara mundur.
  • Rakyat Thailand telah dididik dengan budaya  menipu secara licik oleh kerajaannya. Mereka menipu kita  rakyat  Malaysia dengan kaedah yang sama. Mereka guna Bahasa Melayu untuk mendapatkan  dana, simpati atau sumbangan  rakyat Malaysia. Yang Islam menggunakan jihad , sedekah jariah dengan ganjaran pahala.  Yang kafir menggunakan SAMI BUDHA untuk memungut derma.
  • Bahasa Melayu adalah senjata untuk membutakan orang Melayu  di Malaysia. Hakikatnya mereka telah diTHAIKAN melalui  TV,radio dan dasar pelajaran.


  • Sekiranya mereka jujur dengan perjuangan membudayakan orang Melayu , buku yang dicetak pada tahun 1992, boleh dihantar untuk disemak  oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka atau kepada Kerajaan Indonesia.

  • Saya percaya ada NGO dari Malaysia dan Indonesia menegur tetapi mereka tidak peduli kerana ini aset penting bagi meraih simpati orang Melayu di Malaysia.
  • Dalam politik Thailand proses pilihanraya di peringkat nasional ,wilayah , daerah dan mukim adalah paling kotor dalam sejarah peradaban  manusia. Rasuah dari JANIN hingga ke MAYAT .
  • Oleh kerana mendapat Setul dari Kedah dengan menggunakan taktik yang licik, terus sampai mereka hidup dengan penuh penipuan.

       BERSAMBUNG
       Oleh Joe KL

Saturday, 6 December 2014

Siri 7. Lain Padang Lain Belalang


Mengajar di Setul.

Kaedah biasa yang diajar  seperti  a e i o u.  tidak begitu serasi dengan pelajar di Hujung Selatan. Kaedah pedagogi yang sangat sesuai:-

a i e e o

Bila dieja dengan sukata

Ba  Bi Bu  Be Be Bo

Tidak seperti
Ba be bi bob u menyukarkan murid  berlidah  Thai melagukan sukakata tersebut.

Wilayah Satun menggunakan buku yang dibekalkan oleh PERKASA yang berpusat di Patani. Pengalaman penulis melawat ke PERKASA amat mendukacitakan. Mereka tidak selesa ditegur apabila melakukan kesalahan. Pada hemat mereka bahasa yang digunakan di Patani betul dan mewakili wilayah Patani.


Aku pernah berbincang dengan mereka beberapa kali. Di mankah sumber rujukan mereka. Samada Indonesia atau Malaysia. Kalau Indonesia, mana kamusnya yang mentafsirkan sebutan Bahasa Patani kepada Bahasa Indonesia atau Malaysia.( Kata seorang kawan, "mereka main hentam sahaja,ikut sedap bunyi.").

Sebagai contohnya , Bahasa Inggeris ada dua sumber rujukan. Samada kita rujuk kepada English UK atau English Amerika Syarikat. Kedua-dua bahasa ini ada kamus yang merujuk perkataan satu dengan  yang lain. Perbezaannya tidak begitu ketara dalam susunan tatabahasa dan penggunaan tanda bacaan.


Bahasanya amat meloyakan. Penuh dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu di sini dicemarkan oleh orang Melayu sendiri.


BERSAMBUNG


Oleh Abang Joe KL.

Friday, 5 December 2014

Pondok Uzur Terus Berbakti

Pondok Tahfiz Al-Quran Massohibul Ulum yang diasaskan oleh Ustaz Yusri atau lebih dikenali sebagai 'Baba' Fauzi kelihatan sangat uzur dimakan waktu. Pondok uzur ini terletak di Kampung Guar Ban Khuan,Setul(Satun) Thailand Selatan.


Setakat ini terdapat 40 orang pelajar yang mengikuti kelas tahfiz dibawah kelolaan,didikan dan a bimbingan Baba Fauzi. Pelajar di sini perlu membayar yuran sebanyak Bht 1000(RM100,00).Makan,minum dan tempat tinggal disediakan. Bapa Fauzi dan keluarga tinggal di sini.

Gambar kiri: Baba Fauzi.


Sukatan pelajaran kelihatan mudah tetapi cukup berkesan. Pelajar yang cemerlang boleh menyelesaikan hafazan dalam masa dua tahun sahaja. Tapi pelajar yang agak lambat dapat  menguasai hafazannya dalam masa 5 tahun.

Kami melihat pondok ini sangat dhaif dan muram segala bangunannya. Ia sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan umat Islam supaya wajah pondok ini kelihatan ceria dan berseri.


Ini wajah pondok tahfiz yang luntur wajahnya.Serinya sudah pudar.Pihak pengurusan pondok kekurangan dana untuk mencantikkan wajah pondok agar ia kelihatan mudah dan berseri-seri. Pihak pengurusan pondok berharap ada pihak sudi yang membantu.










Lihatlah silingnya.Sudah melopong,
Oh!dimanakan ku cari ganti!















Membangunkan pondok ini bererti membangunkan umat Islam.
Pondok yang ada jangan dibiarkan tidak bermaya.
Sumbangan Anda dalam apa bentuk sangat-sangat diharapkan 


Oleh Shakir Taha 

shakirtaha@gmail.com

Wednesday, 3 December 2014

Siri 6 Cinta,Duka Dan Airmata

PUNCA BAHASA MELAYU KIAN PUPUS

Dasar kerajaan yang mendidik warganya berbahasa Thai ialah melalui TV dan siaran radio. Pengawalan stesen TV dan Radio swasta cukup ketat. Masyarkat Thai  dan begitu juga masyarkat Melayu dipaksa  secara halus memahani Bahasa Thai melalui siaran TV alih suara.  Bila AEC bakal dilancarkan , barulah kerajaan Thai sedar akan  kepentingan Bahasa Melayu disempadan. Sekolah kerajaan diberi kelonggaran mengajar Bahasa Melayu. 



Guru Terlatih

Aku pernah menganjurkan Kursus Tenik Mengajar Bahasa Melayu Kaedah Pedagogi Tahap 1.Buku itu Aku tulis sendiri melalui pengalaman sewaktu membantu mengajar Bahasa  Melayu di Tadika Masjid Misbahudin. Berdasarkan kajian  dan pengalaman, kaedah paling sesuai mengajar murid-murid  BERLIDAH THAI adalah  dengan sukukata  yang mewakili bunyi. 

BERSAMBUNG 

Oleh Joe KL 

Friday, 28 November 2014

Siri 5 Cinta,Duka Dan Airmata

Di sini kedai kopi dipanggil kedai teh tetapi majoriti penduduk minum kopi . Kebanyakan kopi dimport dari Malaysia kerana dijamin halal. Minuman kopi di sini sangat manis dan kemanisannya dua kali ganda manis di Malaysia.


 Cerita kedai  adalah sumber berita di sini. Hal ehwal masyarakat  akan diketahui  beritanya  dengan segera di kedai teh.Jika berita hal ehwal negara diketahui dari TV. Tidak hairanlah masyarakat di sini memiliki  parabola di setiap rumah .Siaran TV dipancarkan dari Bangkok, jika penduduk ingin siaran TV lebih terpaksa membeli parabola.

                                                              Jemaah Tabligh  ramai di Satun

Jika ingin menontonc cerita  seperti HBO, penduduk perlu melanggang  TV berbayar dengan set parabola yang asing. Semua TV berbahasa Thai. Setiap filem ditapis dan diubahsuara ke bahasa Thai dan kerana itulah masyarakat di sini dan kebanyakan penduduk Thai hanya mahir bahasa Thai.


Oleh Joe KL
BERSAMBUNG

Thursday, 27 November 2014

Siri 4 Cinta, Duka Dan Airmata

Minda Masyarakat  Di Mukim  Ban Kuan.

Aku mengambil contoh di mukim ini kerana aku menetap di sini.Aku hafal segala jalan dan lorong di sini. Wajah-wajah yang singgah di kedai kopi(disebut kedai teh) aku cukup kenal.Agama Islam bertapak kukuh di sini.Islam sangat dititik berat oleh masyarkat setempat. Golongan Jemaah Tablig amat hebat berkembang di sini. Kebanyakan lelaki yang condong kepada Islam memakai jubah, yang mereka faham jubah adalah pakaian sunnah.Anda jangan mempertikaikan tentang jubah.Bertembak pun mereka sanggup jika anda mempertikaikan tentangnya.

Aku setuju jubah adalah pakaian orang Arab. Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan di bumi Arab pun berjubah. Adakalanya seluar( sila rujuk Ustaz Kazim Alias).Nabi suka memakai jubah berwarna merah.Menolak SUNNAH  samalah dengan menolak Islam.Aku yakin dan percaya Islam itu bukan sekadar jubah tetapi ilmu dan amal. 


Kedai Kopi(kedai teh)

Kebanyakan orang di sini bekerja sebagai penoreh getah.Kehidupan sebagai seorang penoreh getah memberikan kelapangan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Mereka keluar menoreh seawal pagi.. Ada yang keluar selepas jam 12.00 tengah malam.Ada yang awal lagi! Selepas subuh mereka selesai bertugas. Jangan hairan bila kedai teh (kedai kopi) penuh dipenuhi oleh mereka.Bukan bermakna mereka tidak bekerja tetapi mereka  telah menghabiskan  kerja  dan berehat sebelum tidur setelah puas menjamu selera.

BERSAMBUNG( Bersembang di kedai kop)

Oleh Joe KL

Tuesday, 25 November 2014

Siri 3 Cinta,Duka dan Airmata Rakyat Malaysia di Setul




RACUN AKARNYA KALAU MAHU MEMBUNUH POKOK 

Kata  pepatah,jika mahu membunuh  pokok , maka racunlah akarnya.Jika mahu membunuh BANGSA maka racunlah sejarahnya. Sejarah bangsa Melayu di wilayah Satun telah di racuni dan dibakar. Dasar kerajaan  Thailand  untuk menyatukan penduduknya, perkara paling utama  adalah BAHASA. Satukan Bahasa pertuturan mereka. Maka dari tahun 1909 sehingga sekarang, Kerajaan Thailand telah berjaya mengTHAIKAN masyarakat Melayu Satun dengan bahasa.

Nama-nama tempat telah diThaikan. Pada hemat saya, inilah kejayaan yang paling besar dicapai oleh Negara Gajah Putih  daripada masyarakat Melayu Satun.Ianya TIDAK menjadi kesalahan bagi kerajaan sesebuah negara melakukannya. Contohnya seperti berikut:-

  • Wang Beacan- Wang Prachan
  • Tanjung Pauh-  Tanyong Po
  • Bukit             -  Phuket
  • Kg Lubuk Batu -Loh Boh Ba Tu
  • Bukit Menteri    - Bukit Gradree
  • Pangkalan Jintan - Ka Ia Yin Tan
 Ini  cuma sebahagian daripada contoh-contoh yang diberikan.  Jika dikaji lagi, banyak perkara  yang telah diubah  menjadi  sejarah  Melayu  seolah-olah  tidak wujud bumi Setul(Satun) .  Kadang-kadang dalam pemerhatian  penulis, keadaan ini berlaku kerana  masyarkat di sini tidak peka kepada perubahan. Contohnya, Kampung Lubuk Batu, dalam tulisan Thai dieja betul tetapi bila ditulis dalam tulisan RUMI keadaannya berubah. Ini kerana masyarakat  memandang remeh pada kesalahan ejaan dan telah diAMBIL KESEMPATAN OLEH KERAJAAN UNTUK memadamkan sejarah Melayu SETUL

Oleh Joe KL 

BERSAMBUNG.....

Monday, 24 November 2014

Siri 2 Cinta Dan Duka Rakyat Malaysia Di Setul(Satun)

Masyarakat  keliru dengan penggunaan nama Satun. Ada yang menyangka  Satun cuma sekadar nama bandar atau tempat. Satun bukan sahaja  nama kepada wilayah, ibu negeri(wilayah) nama daerah  dan juga pusat pentadbiran wilayah. Nama asal Satun ialah SetulSetoi dalam bahasa Utara atau sentul. Ianya merujuk kepada nama sejenis buah yang berwarna kuning dan isinya puitih. Rasanya masam dan manis. 

Dari pos kastam, lebih kurang 31 km anda akan sampai ke Kampung Guar dalam mukim Ban Khuan. Guar adalah perkataan Melayu yang popular di utara.Contoh nama tempat yang menggunakan guar di Malaysia seperti 'Guar Cempedak'. 'Guar Napoh',Kampung Guar di Jejawi Perlis,Guar Kepah di Seberang Perai Utara,Pulau Pinang. Guar ini maksudnya 'Tanah Tinggi' atau 'Gon'( bahasa Kedah lama) 

Mukim Ban Khuan antara empat mukim di Satun yang masih lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan bagi masyarakat setempat.




                                                                  Buah setul.

Mukim berkenaan adalah mukim Ban Khuan,mukim Tammalang,mukim Tanyong Po(Tanjung Pauh).Bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa Melayu loghat Utara. Ada persamaan dengan Perlis dan Kedah.Tetapi kini bahasa Melayu pasar lebih digunakan di sini. Bahasanya bercampur dengan bahasa Thai kerana selepas Perjanjian Bangkok 1909, wilayah Satun diambil alih oleh Kerajaan Thai Buddha. Kerajaan menggunakan dasar Siamisasi dan asimilasi terus menenggelamkan bahasa Melayu di wilayah yang 100% didiami oleh Melayu Islam. Ada juga penulis menggunakan telah DISIAMKAN. Pada saya, SIAM itu ialah kerajaan Kedah Siam.

Bahasa Melayu di sini perlahan-lahan terhapus dengan sendirinya oleh dasar Pelajaran Kerajaan Thailand. Bagi saya, ianya tidak salah kerana sebuah negara berhak memilih bahasa pengantar atau bahasa nasional. Generasi muda  di sini berasa malu hendak bertutur  bahasa ibunda(bahasa Melayu) kerana tidak setaraf dengan masyarakat Thai.Sikap rasa rendah diri dan tidak setaraf menguasai diri anak muda di sini.Jadi bila bertutur bahasa Melayu, mereka mewakili masyarakat kampung di pendalaman. 

BERSAMBUNG....siri 3

Cinta dan Duka Rakyat Malaysia Yang Menetap Di Setul(Satun) Thailand Selatan

Saya menerima emel yang menarik daripada seorang anak Malaysia yang hidup di Setul atau dikenali sebagai Satun dalam bahasa Thai.Dia berkahwin dengan rakyat Thai dan menetap di wilayah Setul.Dia bekerja sendiri di negeri orang. Dia cukup mencintai Bahasa Melayu. Segala wang ringgitnya dikorbankan untuk membangunkan Bahasa Melayu.Semuanya dilakukan atas kesedaran yang cukup mendalam untuk memartabat bahasa Melayu di Negara Gajah Putih ini.

Saya perturunkan tulisannya dengan sedikit suntingan.

Shakir Taha.


Satun(Setul) sebuah wilayah yang terletak di Thailand Selatan.Bersempadan dengan Perlis Indra Kayangan di selatan.Pintu sempadan Wang Kelian adalah jalan penghubung antara Thailand dengan Malaysia. Sebuah pekan kecil iaitu Wang Prachan(Wang Belacan nama asal atau nama Melayu) yang beroperasi setiap hari. Di sinilah  ada sebuah pasar hariyang popular pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.Pengunjung dari kedua negara yang berjiran ini dibenarkan masuk sehingga 2 km tanpa sebarang dokumen perjalanan.

Lebih kurang 46 km dari Wang Prachan terletak Bandar Satun.

Bersambung

Thursday, 2 October 2014

Kajian Tentang Penghijrahan Penduduk Di Tiga Wilayah Di Hujung Selatan

Pihak Universiti Mahidol,Thailand diketuai oleh Assoc Prof Aziah Abdul Hamid,Timbalan Pengarah Institut Kependudukan dan Kajian Sosial sedang membuat kajian tentang penghijrahan rakyat di wilayah Patani,Jala dan Menara.

Menurut Prof.Aziah@Aree dana untuk kajian ini disumbang oleh pihak Universiti Mahidol,ILO dan UNICEF.

Kajian ini dijangka memakan masa selama empat tahun.Beliau turut ditemani oleh suaminya,Encik Ghazali dan enam orang pembantu yang boleh bertutur bahasa Melayu.




Menurut Encik Hassan Thola(gambar di kiri)salah seorang pembantu Prof. Aziah, mereka telah bertemu dengan penduduk di tiga wilayah ini di Kota Bahru dan Cameron Highland.

Aku sempat bertanya jumlah peruntukan yang  beliau dapat untuk membat kajian. Beliau tersenyum sambil berkata, "banyak peringkat yang terpaksa dilalui."

Petang itu beliau perlu segera ke UUM dan bertolak berbalik ke negaranya, Aku agak malas hendak  bertanya sebab-sebab orang Patani berhijrah ke Malaysia.

Menurut Steven Mintz.setengah-tengah sarjana mengatakan keputusan individu dan kekuatan struktur. Sarjana yang terdahulu menekan faktor "tolak" dan " tarik".Menurut pandangan ini, apbila keadaan di tempat sendiri sudah tidak selesa dan tempat lain memberikan ganjaran yang lebih baik dan selesa.

Apapun kita tunggu kajian yang akan dibentangkan oleh Prof. Aziah nanti semoga ada manfaatnya.


Oleh Shakir Taha

Wednesday, 1 October 2014

Bau Angin Yang Menyesak Dari Legor

Aku tidak pernah terfikir hendak bertemu dengan Prof  yang berasal dari Legor ini.Cuma bila SB yang berasal dari Patani itu memberi tahu dia hendak datang ke Malaysia bersama rombongan dari Universiti Mahidol. Dia memberi tahu Aku Prof itu hendak membuat kajian tentang penghijrahan penduduk dari wilayah Patani,Menara dan Jala. Aku menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya.Aku ingatkan Prof itu seorang lelaki tapi rupa seorang perempuan yang berusia 47 tahun.Dia datang ditemani oleh suaminya seorang ahli perniagaan.Beliau mempunyai kilang kecil membuat kari di Legor.

Prof atau gelaran yang setetapnya  Assoc.Prof Aziah Abdul Hamid @ Aree Jampaklay bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Institut Kependudukan dan Kajian Sosial Universiti Mahidol,Bangkok,Thailand.Beliau mendapat ijazah Ph.D nya daripada Universiti North Carolina,Amerika Syarikat. Beliau fasih berbahasa Thai,Inggeris dan Bahasa Indonesia.Beliau pernah tinggal di Indonesia selama 1 tahun.  Sayang sekali Bahasa Melayunya agak kurang sedikit.Ini dinyatakan oleh beliau sendiri ketika Aku menghadiah sebuah buku tentang Patani dalam bahasa Melayu. Katanya beliau mungkin faham 10 peratus sahaja daripada kandungan buku itu.Mungkin SB yang bernama Hassan Thola dapat membantu Prof. dalam hal ini.

 Prof yang berasal dari bekas kerajaan Melayu menyebut dirinya sebagai 'Thai Muslim'.Aku hanya tersenyum sahaja bila dia menyebut tentang etniknya sebagai 'Muslim Thai'.Tentunya Jeneral Songgram dan pengikutnya gembira dengan kenyataan ini.Dasar Rattanayum berjaya ditanam dan tumbuh subur dihati sanubari anak Melayu Legor.

Dahulu menurut Prof Aziah, di Legor terdapat banyak pondok. Di pondok inilah bahasa Melayu diajar dan lulusan boleh berbahasa Melayu.Kebanyakan penduduk di Legor menggunakan bahasa Melayu dialek Kedah. Menurut aktivis lapangan Ustaz Kamaruddin suatu masa dahulu orang Kedah yang hendak membuat geran tanah terpaksa ke Legor.

Jelas Prof lagi bapanya boleh menulis jawi dan menguasai bahasa Melayu dengan baik.Tetapi generasinya tidak boleh berbahasa Melayu kerana dasar 'Rattanayum' oleh pemerintah Thai-Buddha.


Oleh Shakir  Taha                                                             

Saturday, 16 August 2014

Kewujudan Negara Bangsa


Kewujudan Negara Bangsa,menurut Dr.Wan Salim yang juga mufti Pulau Pinang adalah hasil ciptaan penjajah. Tujuan utama diwujudkan negara bangsa supaya lebih mudah penjajah menguasai negara umat islam di seluruh dunia.

Sebelum dijajah umat  Islam bebas masuk keluar ke mana-mana negara Islam tanpa menggunakan paspot. Tapi bila negara umat berjaya dipecahkan dan dijadikan negara bangsa umat Islam telah hilang kekuatan,maruah dan jatidiri.










Menurut Dr.Wan Salim lagi untuk membangunkan umat Islam perlu bergerak dalam pelbagai bidang.Penumpuan ke satu bidang merugikan ummah.

Beliau menjelaskan pandangannya kepada peserta kursus dari Patani yang mengikuti kursus dibawah kelolaan Prof.Dr.Kamaruzaman Askandar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 21 orang peserta yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang hadir dalam bicara santai bersama Mufti Pulau Pinang.


Oleh Shakir Md Taha

Anak Muda Yang Menulis Untuk Menyampaikan Kebenaran Dan Keadilan.

Anak muda ini menulis bukan untuk mencari makan. Dia tidak pernah meminta imbuhan hasil tulisannya yang bersiar. Dia menghantar tulisannya ke 'Prachatai' dan 'Deep South Watch'. Begitulah sikap dan pendirian anak muda yang bernama Ismail Haji Wancik

Dia menulis dalam Bahasa Thai menurut persepsi orang Melayu Patani. Tapi ada kalanya tulisan dikatakan 'menyokong' pihak pejuang.

Menurut Sdr. Ismail ini mungkin silap faham pihak tertentu. Ataupun tulisannya mungkin 'terbatas' sehingga dianggap menyokong pihak yang terlibat dalam konflik di Hujung Selatan Negara Patani Darussalam.

Baru-baru ini ketika bertemu dengannya di Pulau Pinang, dia menyatakan hasratnya untuk  mempelajari kaedah dan teknik  penulisan berita dan rencana.

"Anda sudah ada semua kemahiran itu. Cuma anda perlu menguasai Bahasa Melayu lebih kemas lagi serta mendalami tatabahasa Melayu." Aku sekadar memberi pandangan dan cadangan.

Inilah yang Aku rasakan anak Patani Melayu perlu lakukan. Mereka sudah sekian lama berada dalam dakap sistem pendidikan Siam sehinggakan bahasa Melayu menjadi asing bagi mereka.


Oleh Shakir  Md Taha


Wednesday, 13 August 2014

Kami Terlalu Lama Dilamun Derita

Sosok yang berbadan  gempal ini pernah Aku temui ketika ke Menara setahun yang lalu

Dahulu ketika di Menara dia tidak berbicara langsung.Dia hanya senyum. Itu sahaja.

Tetapi kali Aku temu dia dengan watak yang berlainan. Dengan gaya Herman Tito atau Herman Pelikat(kain pelikat dibahu).

Dia mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Tapi ada kalanya terputus dan semacam terpaksa berfikir apa ayat yang hendak dilontarkan kepada kawan-kawan dari Malaysia.

Dia datang ke Universiti Sains Malaysia dalam rangka mencari ilmu kedamaian yang menurutnya perlu disemai di Patani Darussalam agar menjadi pohon beringin yang membesar, mengakar dan merimbun.

Agak menyedihkan bila dia bercakap tentang bahasa Melayu. Mereka sudah dijajah sekian lama oleh Siam Buddha yang secara agresifnya memaksa sistem pendidikan Siam keseluruh nadi dan urat saraf anak Patani. Jadi tidak hairanlah anak Melayu Patani begitu fasih dan lancar sekali berbahasa Thai.

Menurut Ustaz Idris yang juga seorang ahli perniagaan, anak Melayu Patani kurang mampu berbahasa Melayu baku. Tapi mereka masih boleh berbahasa Melayu dialek Patani. Dalam keadaan yang serba payah mereka  masih berusaha mempelajari Bahasa Melayu baku di Malaysia. Begitulah kata Encik  Ismail Haji Wancik seorang pengamal media di Ujung Selatan. Beliau peneraju utama 'WARTANI' sebuah ejensi berita di Ujung Selatan(Patani Darussalam)


Oleh  Shakir  Md Taha.


Wednesday, 23 July 2014

Ustaz Awang Ishak Seorang Pendakwah Yang Istiqamah

Lama sekali aku tidak bertemu dengan tokoh ini. Ustaz Awang Ishak anak kelahiran Kelantan cukup dikenali di daerah Tenom. Beliau bukan seorang wakil rakyat tetapi cukup dikenali kerana penglibatannya yang cukup aktif di sekolah, di mesjid dan surau.

Tenaganya cukup diperlukan dalam masyarakat.  Bila ada kenduri kendara, kematian, maulid, program agama, Ustaz Awang pasti ada. Beliau jarang sekali absen dalam seperti ini.

Walaupun sudah bersara, ada waktu khidmatnya diperlukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tenom. Beliau tidak menolak untuk memberikan khidmat  baktinya yang diperlukan.  Selain dari itu beliau aktif mengajar agama di kampung-kampung di sekitar daerah Tenom.

Kini  Sang Ustaz menetap di Kampung Batu 90, Tenom, di sebuah rumah besar yang  tersergam indah bersama anak dan  isteri. Isterinya lebih mesra dengan panggilan Kak  Esah berasal dari Tenom, Sabah.


Oleh  Shakir  Taha

Masihkah Kau Ingat?

Ini bukanlah rumah Wak  Karta yang sebenarnya. Di sebelah rumah  ialah rumah Wak Karta yang sebenar. Rumah Wak sudah tiada. Di depan rumah Wak ada sawah luas  terbentang. Pokok  padinya menghijau. Padinya yang  menguning.

Warta Karta telah pergi menemui Tuhanya pada tahun 2001.Al- Fatihah. Wak cukup ingat kepada Cikgu Masyar. Suatu pagi ketika aku berkunjung ke rumahnya,  dia menunjukkan kad hari  raya  kiriman Cikgu Masyar. Masa  itu aku masih di Sabah  tetapi Cikgu Masyar sudah pulang ke Semenanjung.  Wak tersenyum  puas menatap kad kiriman Cikgu Masyar.

  Isteri Wak. Nenek Saindah masih hidup lagi. Dia tinggal di Kampung Pantungan, Sapong, Tenom  bersama anak perempuannya. Pendengarannya  sudah kurang. Dia  masih ingat lagi kepada Cikgu Masyar, Cikgu Mizi dan Cikgu Nazar. Berapa kali dia bertanya  tentang  Cikgu bertiga ini. Dia ingat sungguh kepada mereka ini.

"Kau kenal Cikuk Masar? Kau kenal Cikuk Miji? Soalan ini beberapa kali dilontar kepada ku. "Kau inik siapa? Ingat lagi kau kepada ku, sambil muka mendonggak ke  wajah ku. Matanya  terus terpaku kepada ku. "Kau ingat lagi kepad ku!" Ya, ingat lagi Nek."

Aku berasa puas dapat bertemu  dengan Nenek Saindah setelah 27 tahun tidak bertemu. Beliau cukup gembira setiap kali kami bertandangan ke rumahnya. Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Awang kerana bersusah mencari  rumah Nenek Saindah.  

Oleh Shakir  Taha                                                                                                                                  

Sunday, 6 July 2014

LELAKI DIHARAMKAN MEMAKAI EMAS


Mengapa Lelaki Haram Memakai Perhiasan Emas

Selasa 8 Rejab 1433 / 29 Mei 2012 01:47



cincin laki laki 300x225 Mengapa Lelaki Haram Memakai Perhiasan Emasislampos.com—DARI Abi Musa ra. bahwa Rasulullah saw bersabda, ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitany,.” (HR Turmuzi dengan sanad hasan shahih).
1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah swt turun melalui Rasulnya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu. Begitu pula dengan larangan laki-laki yang memakai perhiasan terbuat dari emas.
Secara medis, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fisika telah menyimpulkan bahwa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika pria mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka dampak yang ditimbulkan yaitu di dalam darah dan urine akan mengandung atom emas dalam prosentase yang melebihi batas (diikenal dengan sebutan ” Migrasi Emas “).
Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ? Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi.
Mahabesar Allah. [islampos/ahmad dhilal nasrulllah]
Redaktur: Saad Saefullah


Mengapa Rasulullah Sangat Sayang Terhadap Kucing

Rabu 28 Syaaban 1433 / 18 Juli 2012 05:01

kucing Mengapa Rasulullah Sangat Sayang Terhadap Kucing
NABI  Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri  Mueeza  dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).
Nabi menekankan di beberapa hadis bahwa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.
Kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Keistimewaan Kucing
Fakta Ilmiah 1 :
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri.  Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Fakta Ilmiah 2 :
Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbedaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
6. Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Komentar Para Dokter Peneliti
• Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing.
• Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
• Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing,
• Manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
• Dokter hewan di rumah sakit hewan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.
• Kucing tidak suka air karena air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll)
• Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
• Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Fakta Ilmiah 3 :
Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium hewan, ditemukan bahwa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.
Fakta Ilmiah Tambahan :
Zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress.
Sisa makanan kucing hukumnya suci.
Hadist Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata,
“Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.  Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.” (H.R AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci, Liurnya bersih dan membersihkan, serta hidupnya lebih bersih daripada manusia. Mungkin ini pula-lah mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza, Kucing kesayangannya. []

Sumber: Islam Pos.

Friday, 4 July 2014

WADAH KESAL PENYINGKIRAN PROF. DATUK DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

PENYINGKIRAN PROF. DATUK DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN DARI UMCEDEL
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyesali campurtangan Kementerian Pendidikan  Malaysia dalam isu kepimpinan UMcedel yang membawa kepada ‘tersingkirnya’  Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dari jawatannya sebagai Pengarah. Beliau yang sepatutnya memegang jawatan hingga Disember 2014, telah ‘disingkirkan’ pada bulan April yang lalu, iaitu lapan bulan lebih awal melalui percaturan yang membawa kepada perlantikan pengarah yang baru. 
Penyingkiran Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman dari UMcedel
Seperti yang diketahui umum, peranan Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman amat instrumental dalam mengangkat UMCEDEL sebagai sebuah pusat kajian demokrasi dan pilihan raya yang berwibawa, sekaligus mengangkat nama Universiti Malaya ke tahap yang membanggakan sebagai sebuah universiti yang mendokong kebebasan akademik.  Kajian-kajian yang dibuat secara professional berjaya meningkat dan mempertajamkan pemikiran masyarakat bahkan membantu para pembuat dasar dan juga ahli-ahli politik dalam memahami realiti sebenar di lapangan.
Seperti selalunya, sebahagian dari hasil kajian, terutama apabila melibatkan amalan demokrasi dan pilihan raya, akan menemukan hal-hal yang berlawanan dengan persepsi yang sedia ada. Sebahagiannya adalah  hard truths yang menyakitkan. Tetapi itu semua harus diterima oleh semua pihak, termasuk pemerintah, dengan hati terbuka, rasional dan objektif demi merealisasi sebuah masyarakat sivil yang berasaskan prinsip demokrasi.
Amat mendukacitakan bila ada pihak yang tidak berpandangan jauh, yang barangkali didorong oleh kepentingan peribadi serta keinginan bagi menyenangkan hati pihak-pihak tertentu, terutama ‘tuan-tuan politik’ mereka, lalu membuat rencana yang membawa kepada ‘tersingkirnya’ Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman dari jawatannya. Kes beliau tidak banyak berbeza dari kes-kes ‘penganiyaan’ sebelum ini yang juga berakhir dengan ‘penyingkiran’  beberapa orang ahli akademik yang berani speak their minds bila sahaja pandangan mereka berbeza dengan pandangan pemerintah.
WADAH berpandangan Kementerian Pendidikan seharusnya membuat keputusan dan bertindak lebih profesional, objektif dan adil, sekiranya benar-benar ingin menjadikan universiti sebagai pusat kecermerlangan  bertaraf dunia. Universiti mesti menjadi medan yang meraikan percambahan idea dan pemikiran sekalipun berbeza dengan idea dan pandangan the establishment. Dari kepelbagaian ini, idea dan pemikiran yang baik dapat disaring dan diangkat untuk diaplikasi bagi kesejahteraan umat. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memikir semula, back to the drawing board,  dan membuat soul-searching bagi menentukan apakah langkah-langkah yang diambil membantu membina masa depan bangsa atau hanya memundurkannya.

Sometimes people don’t want to hear the truth because they don’t want their illusions destroyed.

ABDUL HALIM ISMAIL
Setiausaha Agung
1 Julai 2014




Thursday, 3 July 2014

jet

Jet Israel Serang Basis Militer di Suriah

Laporan dari sebuah ledakan di sebuah basis militer oposisi Suriah Rabu malam telah mendorong spekulasi bahwa ada serangan terbaru Israel di Suriah namun para pejabat Israel tidak ingin mengkonfirmasi laporan CNN bahwa jet mereka telah melakukan serangan.
CNN mengutip laporan seorang pejabat AS yang tidak ingin disebutkan namanya pada hari Kamis yang mengatakan bahwa pesawat tempur Israel menyerang basis militer oposisi Suriah dekat pelabuhan Lattakia. Namun para pejabat Israel menolak untuk berkomentar.
“Kami tidak ingin mengomentari laporan tersebut,” kata juru bicara Kementerian Pertahanan Israel.
Seorang pejabat Israel, yang tidak ingin menyebutkan namanya, mengatakan ia mengetahui bahwa Israel memang telah melakukan serangan. Namun dia menekankan bahwa ia tidak sepenuhnya yakin.
Israel telah berulang kali memperingatkan bahwa pihaknya siap untuk menggunakan kekerasan untuk mencegah senjata canggih, mencapai gerilyawan melalui Suriah. Israel telah melakukan beberapa serangan udara di Suriah pada awal tahun ini.
Observatorium Suriah untuk Hak Asasi Manusia, yang memberitakan laporan dari oposisi, mengatakan bahwa pada Rabu malam telah terjadi ledakan di Suriah pangkalan pertahanan udara dekat Jableh, di pesisir Mediterranean provinsi Latakia.
Militer Libanon mengatakan enam jet Israel terbang di atas wilayah Lebanon pada hari Rabu. Sering juga terjadi serangan udara Israel atas Lebanon, akan tetapi beberapa serangan bisa jadi ditujukan terhadap oposisi Suriah. (wb/muqawamah.com)
Sumber: MUQAWAMAH.COM

Wednesday, 2 July 2014

Ku Nan harus letak jawatan – Azmir Mustafa

Bersedekah adalah amalan dan sunnah Rasulullah terutamanya di bulan Ramadan. Namun, kehadiran Ramadan pada kali ini disentak dengan kenyataan rambang seperti tidak beriman dan seolah-olah anti-hadis yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang ingin mengambil tindakan terhadap pemberi dan penerima sedekah.
Walaupun ada rasionalnya untuk mengekang sindiket yang memperguna kanak-kanak untuk meraih kekayaan oleh sesetengah pihak tapi langkah mengharamkan terus pemberian dan penerimaan sedekah tidak masuk akal. PDRM dan DBKL adalah antara agensi kerajaan yang perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kegiatan sindiket dan bukannya mengambil jalan mudah mengharamkan sedekah dengan mengenakan peruntukan undang-undang.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah sudah 5 tahun berturut-turut menganjurkan program bersama gelandangan dan miskin kota, dan mereka adalah warganegara tempatan dan memang miskin. Di mana dan apakah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam hal ini? JKM terperangkap dengan birokrasi ciptaan sendiri yang akhirnya memangsakan golongan miskin.
Kutipan zakat setiap tahun jumlahnya agak besar berjumlah RM492.01 juta sudah hampir mencecah setengah bilion ringgit namun masalah miskin kota gagal diselesaikan dengan tuntas. Apabila disemak semula kategori bantuan kepada penerima yg boleh didapati dari laman sesawang http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat, hampir 28 kategori bantuan disediakan tetapi persoalannya ialah kenapa masalah miskin kota ini gagal diselesaikan? Ke mana perginya wang zakat yang dikutip oleh amil-amil bertauliah setiap tahun?
Saya menyarankan kerajaan tidak mengambil jalan mudah dan lepas tangan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat di Lembah Kelang dengan memperkenalkan undang-undang yang menghina pemikiran rakyat.
Menteri sepatutnya “buka mata” dan mengarahkan semua agensi kerajaan terlibat turun padang dan membuat penilaian sendiri serta mencari jalan penyelasaian lain terlebih dulu sebelum menguatkuasakan undang-undang golongan miskin kota. Adakah itu cara sebagai seorang bergelar menteri menyelesaikan masalah?
Saya dengan ini mendesak Tengku Adnan meletak jawatan selaku menteri di Wilayah Persekutuan kerana gagal mengatasi masalah kemiskinan kota dan tidak mampu untuk mempertahankan kepentingan rakyat. – 3 Julai, 2014.
* Penulis ialah Penyelaras Negeri Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/ku-nan-harus-letak-jawatan-azmir-mustafa#sthash.Nt7Bdwtg.dpuf