sponsor

Thursday, 29 December 2011

Ilmu Tetap Dituntut Di Wilayah Ini

Biarpun apa yang terjadi di sini,Yala wilayah yang ada waktunya tenang.Ada waktunya bergolak dan berkocak. Dan ada waktunya berdarah! Tapi dari segi menuntut ilmu, mereka patuh penuh sungguh.Ilmu tetap diberi keutamaan oleh tua dan muda. Tidak kira lelaki atau perempuan.Ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru di mesjid sentiasa penuh dan padat.Dan pada hari itu ada pasar  "Sehari".Selepas kuliah ummuni mereka bertebaran membeli belah.Di sini rata-rata yang berniaga ialah wanita.Kaum lelaki  ada tapi bilangannya boleh dihitung dengan jari.


Mereka datang dengan menaiki bus,kereta dan motorsikal. Jalan raya penuh sesak. Tetapi kemalangan jarak sangat berlaku.Di sini kenderaan yang besar menghormati yang kenderaan kecil. Hon jarang sekali dibunyikan walaupun keadaan penuh sesak.

Di pinggir jalan ramai sekali orang berjualan. Keadaan ini akan semakin reda apabila solat zohor mula menyapa.Mereka berpusu-pusu menuju ke mesjid untuk bersolat jemaah.Setiap sudut mesjid penuh.Oleh kerana ruang mesjid sudah penuh ada jemaah terpaksa menunggu untuk bersolat jemaah.


Oleh Shakir Taha

Malam di Yala Bersama Ustaz Kamaruddin

Selepas solat isyak perut terasa lapar.Di Pekan Yala gerai makanan dan restoran masih dibuka. Peminat setia masih ramai. Ustaz Kamaruddin mencadangkan makan makanan dipesan setelah jemu makan hidangan yang sudah siap tersaji.Makanan ini sudah sejuk. Selera hendak makan pun tiada. Aku,Ustaz dan keluarga makan Restoran Rina. Kak Ju,isteri Ustaz Kamaruddin,komen."makanan sedap,tukang masakpun comel." Aku akui apa yang Kak Ju katakan itu dalam hati. 
Baru pukul 10.30 malam waktu di Yala. Gerai di jalanan masih dikunjungi oleh peminat setianya.Gerai ini kebanyakannya menghidangkan makan yang siap untuk dimakan.Masih banyak pilihan boleh dibuat walaupun malam sudah merangkak tua.

Kami sudah dua malam di Yala.Pekan Yala tenang malam itu. Setenangan air di kali. Tiada bedilan.Tenang. Juga tiada letupan bom yang mengoyak ketenangan malam. Tiada kupa-kupa malam yang merayap mencari pelanggan.

Menurut Ustaz Kamaruddin seorang aktivis sosial, baginya letupan bom dan bedilan semacam orang Cina main mercun sewaktu menyambut Tahun Baru. Wilayah Yala bukanlah asing bagi beliau.Anak beliau pernah menuntut di Pondok Hj Harun sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Beliau sudah khatam jalan dan lorong di Yala. Sudah 20 tahun beliau bergandingan dengan daerah yang penuh luka dan berdarah ini.

Rombongan kami sepatutnya 10 orang. Tetapi yang datang hanya 8 orang sahaja. Mereka tidak datang kerana urusan peribadi yang belum diselesaikan. Ada kemungkinannya berkaitan dengan berita negatif yang sampai ke telinga mereka.Wa'LLahu a'lamu bi 'l-sawab.

Oleh Shakir Taha

Tuesday, 27 December 2011

Ceramah Ringkas Oleh Ustaz Kamaruddin Kassim.

Dalam lawatan kami ke Pusat Jalannan Baru Yala, kami berasa bangga apabila aktivis sosial, Ustaz Kamaruddin telah diminta memberi  sedikit ucapan kepada peserta di sini. Mereka adalah penagih dadah. Ada lebih kurang 80 peserta di sini. Seorang sahaja berugama Buddha.

Ustaz Kamaruddin menyampaikan ucapan nasihatnya dengan menggunakan loghat Melayu Pattani. Peserta memahami ucapan Ustaz yang berbaju batik ini. Peserta mampu jawab soalan yang dilontarkan oleh Ustaz Kamaruddin.  

Ucapan Ustaz ringkas dan padat.
Dan peserta kelihatan penuh tekun mendengar nasihat dari Ustaz yang berusia 57 tahun tapi masih kelihatan awet muda. 

Oleh  Shakir Taha

Meniti Kasih Bersama Kelab HIV di Hospital Yala

Pihak USM dan badan NGO Unggas dalam program bersama masyarakat telah mendapat bekerjasama yang padu daripada pihak Hospital Besar Yala, Selatan Thai. Pihak Hospital Yala telah memberikan maklumat yang terinci tentang HIV di wilayah tersebut yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam. 

Kami turut berkesempatan berdialog dengan pihak Hospital Yala.Kelab HIV Yala turut diundang oleh pihak hospital juga turut berdialog dan menceritakan pengalaman mereka sebagai pesakit HIV.

Puan Faridah pengerusi kelab tersebut turut menceritakan pengalaman sedih dan dukanya sebagai pesakit HIV.

Oleh Shakir  Taha

Monday, 26 December 2011

Menuai Pengalaman Di Negara Gajah Putih.

Di Selatan Thai tanahnya cukup subur. Mereka di sini lebih suka kepada pertanian alamiah. Sayur,buah-buahan dan ternakan yang menggunakan kaedah  ini, rasanya lebih sedap dan bebas racun dan sebagainya.
Sayur ditanam.
Ikan dipelihara
Ayam diternak.
Petani tidak perlu bersusah payah membeli baja kimia yang memudaratkan manusia dan alam sekitar.Bahan-bahannya senang didapati.Sayur-sayuran yang tubuh ditepi sawah,bedak,hampas kelapa,tahi lebut dan kulit telur, semuanya boleh diramu dengan ikan dan ayam. Semua bahan ini cukup bernilai.

Di Pusat Jalannan Baru Yala, Selatan Thai ilmu seperti ini dapat dipelajari dan diceduk. 

Oleh Shakir Taha

Wednesday, 12 October 2011

Menziarahi Sang Murabbi

Usianya sudah menjangkau 73 tahun.Sosok yang diserang penyakit kencing,darah tinggi dan jantung tidak sedikitpun mematahkan semangat untuk menabur bakti kepada masyarkat.

Beliau terus berkecimpung dalam arena bersara wajid dalam pendidikan. Semasa bertugas di Pulau Pinang beliau menerima anugerah Guru Cemerlang.Di Pulau Pinang jugalah beliau memimpin dan menerajui ABIM Pulau Pinang selama dua dekad.

Di Perak beliau menerima anugerah 'Tokoh Maal Hijrah". Dalam usia senja beliau masih mampu mengajar di sekolah menengah agama di kampungnya,Terong Batu 9,Taiping.Dato' Paduka Abdul Majid Zainal Abidin tidak pernah kenal absen dalam berdakwah kepada masyarkat.

Shakir Taha,Bukit Mertajam.

Saturday, 8 October 2011

NYANYIAN YANG MEMUALKAN

Sekali lagi sidang bersidang
Suara bangsawan yang memualkan dan meloyakan
Diangkat kaum koperat keparat ke pesada

Kaum miskin sekali melarat
Nyanyian bumi semakin bejat
Tidak sampai ke darjah langit.

Bumi Malaysia tersilau
Ini hanya fatamorga
Dendang tari sudah dipalu
Nanti hari yang dinanti.
Mereka melayangkan kepalsuan ke alam maya.


Shakir  Taha, Bukit Mertajam.

Monday, 3 October 2011

Aku Ini Binatang Jalang

Dahulu semacam tak kisah sangat bila membaca puisi Chairil Anwar ini. Beliau menyebut,"Aku ini binatang jalang......
Aku telah membaca sajak ini sejak tahun 80an lagi. Cikgu sastera aku kata sajak ini bagus. Aku sebenarnya malas hendak berhujah dengannya. Aku fikir ini tidak betul. Mana mungkin mengaku binatang. Kita manusia. Tuhan menjadikan kita sebagai makluk yang sebaik-baik kejadian.

Chairil tokoh besar dari Indonesia. Orang Barat memuji Chairil Anwar sebagai hebat dan sebagai. Dalam hal ini tentunya orang Belanda kata bagus.Bagus kerana dalam falsafah hidup orang Barat trajedi adalah sebahagian daripada budaya hidup mereka. Jadi bila ada orang seperti Chairil Anwar berkata begitu, maka orang Belanda  pun cukup gembira. Gembira kerana Chairil adalah seperti mereka .

Kenapa sampai menjatuhkan martabat sebagai binatang sedangkan Tuhan menjadikan kita sebagai manusia!
Bukankah ini sudah menghina Tuhan? Anda fikirlah sendiri.

Tuesday, 27 September 2011

Sindrom Tsa'labah

Dalam hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika.
Ada yang diberi rezeki melimpah ruah. Ini semua ujian belaka.
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat (Al-Quran 42:27)

Ketaatan kepada Allah masih tetap utuh walaupun dalam kesempitan.
Mereka tetap patuh penuh sungguh.
Kesempitan yang mereka alami merupadakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesemptan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi Malim Kundang. Malah ketika miskin jarang tidak ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal.

Ada masa untuk berzikir bersama kawan
Berbual mesra.
Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan.
Keluarga menjadi cukup mesra.

Bila perniagaan kita belum maju ada masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan serta menziarahi sanak saudara. Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukankah  kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar.
Sering bertengkar sesama sendiri. 
Mula ada sifat curiga  mencurigai.
Fitnah sudah menjalar kesegenap pelusuk hati.
Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan. 
Rasuah semakin menjadi-jadi kerana ingin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.

Orang soleh terglincir kerana kesemptan lalu menjadi orang salah.
Ketika rezeki melimpah ruah waktu  untuk  beribadat semakin kurang.
Solatpun jarang-jarang.
Malah sudah berani melakukan maksiat. Simpan perempuan jalang buat daya melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan  untuk minum minuman keras!.

Ketika menjadi mahasiswa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal. Suaranya cukup lantang. Sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid dihabiskan sebahagian malam berzikir dan bertahajud.

Tetapi setelah tamat  pengajian dan berjawatan besar besar sebahagian  besar malamnya dihabiskan di kelam menari,minum dan berpesta-pestaan. Tidak ada  zikir munajat dan bertahajud lagi!

Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan ketidakadilan pemerintah.
Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya. Istilah proletar, Marx sentiasa bermain dibibirnya. Golongan kapitalis keparat sentiasa terpancut  daripada ucapannya.

Wang boleh menukar segala yang ada.
Yang lurus boleh dibengkokkan
Yang bengkok boleh diluruskan.
Orang yang lurus boleh bisu dengan wang. 

Ketika Tsa'labah memohon kepada Baginda RasuluLlah supaya didoakan agar dirinya diberi rezeki yang melempah ruah, Baginda Nabi saw bersabda,"Harta sedikit yang  dapat engkau syukuri lebih baik dari harta yang melimpah ruah yang tidak sanggup engkau syukuri."

Tsa'labah semacam tidak menghiraukan nasihat Nabi saw. Dia terus mendesak.
Nabipun mendoakannya,
Tsa'labah menjadi kaya raya
Hari demi hari kekayaannya bertambah.
Hari demi hari semakin jauh dia dari masjid.
Hari demi hari semakin jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muslimin.

Sebuah ayat Al-Quran turun memberi peringatan kepadanya. Keluarkanlah zakat!
Keluarganya menangis kerana tahu ayat itu ditujukan kepada Tas'labah.
Tsa'labah langsung tidak menghiraukannya

Akhirnya beliau mati dalam keadaan yang cukup tragis.
Mati dalam kemunafikan dan kebakilan.
Jika hari ini kita kekurangan,doalah supaya diberiNya kekuatan dan ketabahan.
Jika hari ini kita kaya,ingatlah dengan  sindrom Tsa'labah.


Oleh Shakir Md Taha



























































































Saturday, 3 September 2011

Tidak Ada Istilah Pencen

Ada orang yang seusia dengan Che Ros sudah merancang untuk pencen.Tetapi dalam kamus hidup Che Ros tidak ada istilah itu.Baginya pencen itu setelah roh dan jisadnya berpisah. Itulah pencen baginya. Selagi ada kudrat hidup perlu diteruskan. Dia akan ke hutan mencari buluh buat menyara keluarganya.Hutan adalah darah dagingnya.Hutan adalah teman setianya. Tidak ada siapa yang boleh memisahkan dirinya dengan hutan.




Hujan adalah sumber rezeki.Di sini Che Ros mendapat buluh sebagai sumber rezeki untuk anak dan isteri. Buluh ditebang. Buluh dibelah.Buluh diracik.Buluh dikumpul. Buluh diikat. Buluh yang ikat dijual seberkas RM3.00. Che Ros berasa lega bila peraih yang datang membeli. Ada wang. Adalah beras.

Wang yang ada hasil kerja ini tidak mencukupi untuk keperluan sekolah anaknya. Anaknya terpaksa berhenti sekolah.Usianya baru 15 tahun. Anaknya mungkin menjadi pewaris pekerjaan yang dilakukan oleh Che Ros.Rasanya setakat ini, ilmu yang boleh diperturunkan oleh Che Ros.Ini ilmu yang dia ada.Dan anaknya bakal menyambung rantai kemiskinan yang bakal ditinggalkan oleh Che Ros. 

Oleh Shakir Md Taha

Gambar oleh Monier

Tuesday, 30 August 2011

Nenek Oh! Nenek !

Dalam program bersama NGO Wargakilang aku singgah di rumah seorang perempuan tua di Padang Serai.Dia tinggal dirumah yang sudah usang bertemankan 5 ekor kucing. Katanya,masih ada anak. Tiga orang anaknya. Dua perempuan dan seorang lelaki.

Tanah yang dia milek perempuan. Kata taukeh itu,"Tinggallah di sini seberapa nenek suka." Dan tentunya Nenek akan tinggal sampai mati. Nenek ajak untuk pindah.Tapi Nenek masih sayangkan rumah ini.Di rumah inilah Nenek membesarkan 3 orang anaknya sampai mereka dewasa, kemudian kawin beranak dan bahagia.
Nenek cukup bahagia di sini. Jirannya sudah pindah ke tempat lain sesudah mendapat pampasan. Nenek tetap mahu tinggal di sini bersama 5 ekor kucing.Nenek tidak akan ke mana. Kata Nenek biarlah dimati sini. Biarlah orang lain pindah. Nenek tetap di sini.Nenek bahagia di sini.

Anaknya yang lelaki khabarnya selalu menjengok juga. Dialah yang selalu datang. Ada waktunya cucu-cucunya datang. Merekalah membantu nenek.

Kawan-kawan wargakilang memberikannya beras,kopi,gula dan lain-lain keperluan dapur. Nenek menolak pemberi wang.Bila ada wang pencuri selalu masuk. Ambil semua wang. Nenek tidak mampu melawan. Barang-barang lain tidak diusik. Hanya wang sahaja yang diambil.Kata nenek biarlah mereka ambil...

Aku teringat  ucapan Tok Khatib baru-baru ini. " Ibubapa sanggup menggadai nyawa untuk kesejahteraan hidup anak-anak, tetapi anak-anak apabila ibubapa sudah tua menanti bila hendak mati."

Oleh Shakir Taha 



Saturday, 27 August 2011

Indahnya Memberi

rKetika orang lain berpusu-pusu pulang ke kampung Wargakilang masih lagi sibuk mengagihkan barangan keperluan menyambut 1 Shawal di sekitar daerah Baling, Kedah kepada fakir miskin. Biarlah setiap tahun disambut dengan penuh ceria di rumah mereka.

Dalam perjalanan mengagih sumbangan kami singgah ke rumah Kak Marni,seorang ibu tunggal di Pulai.Kak Marni menyambut kedatangan dengan penuh kegembiraan. Beliau membuka perniagaan kecil di pekan kecil Pulai menampung keperluan anak-anak. Beliau tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada NGO Wargakilang disertai dengan linangan airmata.

Kami menarik nafas lega melihatkan kehidupan Kak Marni kembali segar.Perniagaannya pun sudah menampakan ada kemajuan. Aku begitu terharu dengan pemberian sebungkus kek kecil daripada Kak Marni. Beliau enggan menerima wang.Aku dan Wahab tidak dapat berkata-kata melihatkan kesungguhan Kak Marni menghadiahkan kami sebungkus kek kecil. Dalam bungkus plastik ada lebih kurangan 20 biji kek kecil. Kami menerima dengan lapangan dada.

Kak Piah seorang nenek yang sudah uzur, tetap menjaga anaknya seorang OKU. Ketika menerima sumbangan yang beraneka, nenek ini mampu berkata,Terima kasih dan sambut dengan lelehan airmata.

Dalam perjalanan pulang kami disapakan oleh banjir yang melanda di sekitar Parit Panjang. Kalau banjir terus  mengganas,penduduk di sini terpaksalah beraya bersama alunan banjir.

Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com

Gambar oleh Aznee Othman


Thursday, 25 August 2011

Pondok Hj Ahmad Nahu Sebagai Simbol Keterbatasan

Semacam tidak percaya sahaja bila tiba di pondok Hj Ahmad Nahu. Aku menyangka tentunya pondok yang ada seperti  di tempat Aku.  Kecil dan kemas.Sangkaan Aku meleset sungguh.

Bangunannya dibuat daripada kayu.Bumbungnya dibuat daripada zink. Secara fisikal bangunannya cukup menyesakkan dada.Kayunya cukup uzur dan menakutkan.Dindingnya berlobang-lobang.

Di sini Ustaz Kamel sebagai mudirnya dibantu oleh seorang Ustazah.Merekalah yang mengajar anak-anak yang haus ilmu agama ini.

Tenaga pengajar di sini hanya dua orang. Ustaz Kamel dan Ustazah. Merekalah yang mengajar siang dan malam.Mereka tidak dibayar gaji. Sebagai mana yang dikatakan oleh Prof. Dr.Deliar Noer dalam bukunya,Administrasi Islam Di Indonesia, bahawa mereka di sekolah seperti dengan maksud untuk menegakkan agama, bukan untuk mencari nafkah hidup.Bahawa nafkah didapat juga, bukan rupakan tujuan utama.

Pondok Hj Ahmad adalah simbol. Ia adalah simbol kepada keterbatasan. Sekolah pondok adalah benteng pertahanan ummat.Melihatkan keadaan yang serba terbatas ini pihak NGO Wargakilang terpanggil untuk membuat sesuatu bagi mengekalkan dan mengukuhkan pondok Hj Ahmad Nahu.

Dan anda boleh membantu dengan memberikan sumbangan kepada projek penambaik pulih pondok Ahmad Nahu ke akaun AGROBANK 1-00-5101-00003934-0 atas nama MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH. Semoga sumbangan Anda diberkati ALlah.


Oleh Shakir Md Taha

shakirtaha@gmail.com

Tuesday, 23 August 2011

Seorang Pemimpin Kecil Di Daerah Pedalaman

Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr.Siddiq Fadzil, pemimpin bukan sekadar "orang besar" dalam citra dan pengertian seperti yang ditanggapi orang awam. Pemimpin adalah pembina dan pemandu umat. Justeru,kemimpinan adalah taklif, amanah dan pertanggungjawapan  terhadap misi transformatif- perubahan,pembebasan dan pencerahan(ikhraf al-nas min al-zulumat ila al-nur).

Kata zulumat adalah istilah Qur'ani, kata bentuk jamak dengan makna inklusif  meliputi  segala  kemanusiaan dan semua keadaan yang tidak layak bagi manusia bagi  manusia  sebagai makluk mulia: kesesatan,kejahilan,kemunduran,kemiskinan,ketertindasan,ketidakadilan dan lain-lain sejenisnya..Kepimpinan profetis selamanya diterasi motif pembebasan umat dari zulumat dan seterusnya memberikan pencerahan  dengan nur,cahaya illahi, sinar penyuluh jalan kesejahteraan duniawi-ukhrawi. 

Pemimpin pengemban misi taghyiriy harus mampu memenuhi fungsi sebagai human transformer(perubah manusia dan culture builder( pembina budaya). Peranan sebenar pemimpin tidak hanya mengarah, mengerah dan marah-marah. Lebih  daripada itu ia perlu tampil sebagai pemimpin-pendidik sebagaimana penampilan Nabi s.a.w sebagai al-Rasul al-Murabbi(Rasul-Pendidik) yang mentransformasikan manusia jahili menjadi insan muttaqi. 


Shakir Taha

Gambar oleh Surbo Zalie

Namaku Envelop

Di sini orang biasa memanggil namaku sampul surat
Orang Inggeris menyebut  envelope
Kebanyakan orang di sini kenal aku dengan nama envelop
Mak Cik di kampung juga kenal aku.
Mak Janda dan Duda juga kenal aku
Malah orang kampung di pedalaman juga kenal aku
Aku ada di mana-mana
Ya di bawah sinaran mentari
Di rumah kecil aku ada
Di rumah besar aku tinggal
Di istana, biasa sahaja

Kau tau!
Aku dipergunakan untuk apa sahaja

Orang yang lurus boleh dibengkokan
Yang bengkok boleh dilurus.
Yang gagal boleh diluluskan

Yang gagah segagah Samson boleh dilemahkan
Mudah saja
Hulurkan aku, aku yang namanya envelop
Yang alim boleh dijahilkan
Yang beriman seperti kota batu bisa runtuh


Pulau,negeri dan kerusi boleh dijatuhkan
dengan menghulurkan envelop
Tanpa sebutir peluru!


Oleh Shakir Md Taha

Monday, 22 August 2011

Monolog Seorang Ibu Tua

Pada mulanya Aku fikir ini hanya sebuah pondok. Sebuah pondok mainan. Mungkin pondok menunggu durian. Bukan apa seingat Aku semasa usia remaja selalu kami dirikan pondok seperti ini untuk rehat dan membaca.Pondok yang didirikan menggunakan bahan terbuang dan  batang pinang. Atapnya,atap rembia. Baru-baru ini Aku dan  kawan-kawan dari NGO Wargakilang melawat ke sebuah kampung di daerah Sik. Kampung ini kaya dengan kesunyian.Kaya dengan buah-buahan.Kaya dengan tanah yang subur. Juga kaya dengan kemiskinan.Kaya dengan udara segar bersih.

Aku terpegun,terkedu melihat ada seorang ibu tua di sini. Dia seorang diri. Kelihatan begitu dhaif. Tidak terurus.Udara segar yang Aku hidu tadi sudah tidak segar.Bau hancing.

"Aku tidak sendirian di sini.Mereka kata aku tinggal seorang diri di sini. Mereka itu tidak tahu apa yang aku tahu.Di kiri kanan ku ada makluk.Ada makluk yang mengawasi aku siang malam. Tidak seperti anak-anak Aku yang sibuk dengan kerja mereka.Mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka.Aku dah tua.Aku selalu lupa.Lalu aku ditempatkan di sini. Aku ini menganggu ketenangan hidup mereka. Aku menganggu ketenangan malam. Cumanya aku tidak ditahan di bawah ISA. Tapi biarlah aku di sini. Di sini ada kedamaian.Aku tidak menganggu anak cucuku. Aku senang hati bila tengok mereka senang.Aku tidak minta apa-apa dari mereka.Aku telah membesarkan mereka.Itu tanggungjawab aku.Sekarang ini hidup aku beginilah jadinya.

Ada anak. Ada cucu. Mereka kawin, beranak dan bahagia.Biarlah anak-anak aku bahagia. Aku senang melihat mereka.

Tapi seingat aku,aku tidak dilahirkan di sini.Aku tidak dibesarkan di sini. Aku ingat sungguh hal ini.Tidak apa aku hanya sebentar di sini. Semua orangpun sebentar di sini. Di sini tempat mencari bekalan.Tiba waktu aku pergi.Kalian tidak perlu sedu dan sedan bila aku pergi.


Oleh Shakir Md Taha

ORDER BARU DUNIA ISLAM DAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN UMAT

Sarjana di Barat mahupun di Timur, rata-rata menyatakan bahawa ummah  Islam punya potensi besar dalam mewarnai masa depan. Bernard Shaw umpamanya mengungkap The future religion of the learned, cultured and englightened people will be Islam. Manakala Arnold Toybee pula menyatakan Islam sebagai The future wave of the world. Apatah lagi jika kita menyorot tulisan sarjana-sarjana Muslim, keyakinan tersebut lebih menyerlah lagi.

Sebenarnya dunia Islam memang punya potensi sebagai  pemimpin tamadun dunia  di abad 21. Namun beberapa pra-syarat perlu dipenuhi.Kadar celik huruf dunia muslim perlu dipertingkatkan  kerana kebangkitkan Islam yang berbekalkan emosi semata-mata tidak punya makna tanpa didukungi oleh budaya ilmu, manakala kekuasaan,ekonomi dan kestabilan politik pula akan merupakan  pra-syarat pelengkap yang akan menentukan kebangkitan seterusnya bagi ummah Islam. Di sinilah letaknya  kepentingan forum-forum perbincangan  ummah Islam seperti yang tergambar di dalam persidangan antara Future Directions for Muslim Cooperation yang pernah dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa.

Order Baru Dunia Islam atau semangat Pan-Islamisme ini  bukanlah suatu  yang  baru.  Tamadun  Islam dibawah pimpinan  Rasulullah s.a.w. dengan  krkuatan yang mrncakupi dimensi rohani dan material dengan pancaran  wahyu segera berkembang  sepantas kelajuan cahaya( mengikut istilah S. Hussein Nasr) ke seluruh dunia.

Tamadun Islam  membentuk semangat pan-Islamisme dan berkembang dengan penuh harmoni  dari Andalusia hinggalah ke Dunia Melayu disebelah timurnya menyenaraikan ribuan tokoh dalam pelbagai bidang.

Namun Dunia Islam kemudiannya menghadapi  3 peristiwa  tragis. Pertama, perlanggaran orang-orang Mongol pada abad  7H/13M.Kedua,terjajahnya kebanyakan negara Muslimoleh  kuasa Barat sepanjang abad 13H./18M hingga awal abad 14H/19 M. Ketiga,jatuhnya khilafah Uthmaniah (khalifah Islam) ditahun 1924M.

Dunia Islam mengalami saat yang cukup menyayatkan hasil dari  3 keadaan tersebut hinggalah kepertengahan
abad 20 M apabila  satu demi satu negara Muslim mulai  merdeka secara fizikal serta kemudiannya di sambut oleh fenomena perkembangan dunia hari ini.(BERSAMBUNG)

Sunday, 21 August 2011

Namanya Sekolah Pondok

Ketika  Aku melawat ke sekolah pondok baru-baru ini, tiba seorang pensyarah muda bertanya,"Kenapa kebersihan sekolah pondok tidak terjaga dengan baik. Merekakan belajar agama...." Aku kira cukup menarik
soalan itu. Soalan itu jugalah yang sering bermain di kepala Aku. Kebanyakan sekolah pondok yang pernah lawati dan lihat memang kebersihannya cukup sedih. Lihatlah sahaja tandas. Kuning dan berkarat. Baunya menyesak dada.

Bangunan sekolah juga kelihatan cukup dhaif. Kawasan sekolah tidak dijaga dengan baik. Pokok bunga tidak kelihatan sangat. Sampah tidak diurus dengan baik.Begitulah wajah sekolah pondok yang Aku temui.

Demikian juga dengan buku-buku  yang digunakan. Menurut Prof. Dr.Deliar Noer  ada sekolah pondok yang menggunakan buku sama seperti yang digunakan di tanah Arab. Buku-buku yang ditulis pada Abad Pertengahan masih digunakan yang rata-rata ditulis ulama daripada Timur  Tengah. 

Keadaan yang terjadi di sekolah pondok hari berpunca daripada kelemahan pentadbir itu sendiri. Guru pondok tidak terlatih dalam ilmu pengurusan dan pentadbiran.Sebagaimana yang dikatakan oleh Prof. Dr.Deliar Noer,"umumnya mereka yang menyelenggarakan sekolah ini tidak  mengetahui cara mengerjakan administrasi dengan baik; pengetahuan administrasi   diperoleh dari pengalaman. Mereka kadang-kadang tampaknya kurang  peduli terhadap  administri ;bukan mereka tidak merasa perlu akan administrasi yang baik, tetapi penyelenggaraannya  merupakan hal yang di luar kemampuan mereka."

Mereka  mengajar di sekolah pondok dengan tujuaan menegakkan agama. Itu sahaja. Tidak ada yang lain. Bukan untuk mencari nafkah hidup.Mereka merasakan apa yang dilakukan sudah cukup baik. Masyarakat tentunya mendapat faedah hasil daripada lepasan sekolah pondok ini. Paling kurang masyarkat sudah ada imam solat, baik solat fardhu ataupun kifayah.

Oleh Shakir Taha

Sepanjang Perjalanan Bersama Ngo Wargakilang

Bila Aku melihat anak muda dalam gambar ini,Warikh(berbaju biru) dan Monior(berbaju merah) teringat pada ungkap Ir.Soekarno mantan Presiden Republik Indonesia. Katanya, "beri Aku sepuluh orang pemuda yang boleh mengoncang dunia..." Ada benarnya ungkap Bung Karno ini. Warikh YDP Wargakilang yang mengasaskan penubuhan NGO ini. Pengalaman beliau yang luas bekerja di luar negeri khususnya di Thailand dan melihat NGO di sini bekerja mensantui rakyat yang susah telah mengilhamkan beliau untuk penubuhkan  NGO Wargakilang.

Lalu dikumpulkan lebih kurang 10 orang pemuda daripada pelbagai kilang dengan bermacam fahaman anutan politik.Nama-nama seperti Wahab,Aznee, Sattar,Affendi, Shukri dan ramai lagi yang penulis tidak ingat dan kenal. Penulis berterima kasih kepada Sdr. Wahab yang pada mulanya agak malu untuk memperkenalkan kegiatan Wargakilang ini.

Penulis mengetahui Wahab dan Monior bukanlah datang daripada keluarga bangsawan. Mereka tidak malu menceritakan latarbelakang mereka. Benar mereka daripada keluarga  miskin. Dengan semangat, azam dan tekad untuk keluar daaripada lingkaran kemiskinan syaitan, mereka telah bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Maka jadilah mereka seperti hari ini. Mereka tidak pernah lupa pada 'ikar' mereka. Mereka bukanlah 'Si Tanggang' atau 'Malim Kundang'.

Menurut Sdr. Warikh pertubuhan ini mula dikenali masyarakat. Aktiviti seperti bergotong-royong, membantu rakyat miskin, mengadakan program motivasi. Pendek kata mereka  melakukan apa yang termampu dengan tulang empat kerat dan dengan fikiran yang terbuka.

Jadi tidaklah hairan bila penulis melihat mereka tidak kekok bila berdepan dengan masyarakat atau pihak berkuasa hatta pemimpin kecil di daerah pedalaman(yang sekali sekala cuba menunjukkan 'taringnya')
Menurut YDP Wargakilang 'modus operandis' wargakilang kini menjadi ikutan beberapa NGO di negara ini.


NGO Wargakilang tidak terikat dengan sebarang partai politik atau apa sahaja pertubuhan. NGO Wargakilang  bersifat non-partisan dalam gerak kerjanya.

Dalam melakukan aktiviti kemasyarkatan NGO Wargakilang hanya boleh barang-barang makanan dan lain-lain keperluan rumah.Wargakilang tidak akan menerima sebarang sumbangan kewangan daripada mana-mana.pihak.Kalau ada pihak yang sudi hendak menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak terbabit. Lakukanlah. Tapi bukan melalui Wargakilang. Individu berkenaan turun ke padang dan bertemu sendiri dengan pihak yang berkenaan.

Oleh Shakir Md Taha.

Saturday, 20 August 2011

Malaysia NegaraKu Kaya Raya





Malaysia negaraku. Rakyatnya berbilang bangsa.Pak Menteri selalu bilang negara kita kaya raya. Maka semua juak yang ada pasti akan mengiyakan apa  yang dikatakan oleh Pak Menteri. Ya! negara kita kaya raya.

Khabarnya Pak Menteri belum ke sini lagi. Mereka di sini selalu memikirkan hari ini mau makan apa. Khabarnya Pak Menteri dan juak-juak mencari hari ini mau makan siapa.

Di sini,sebuah kampung di daerah Sik yang bernama  Kampung Senduk. Daerah ini kaya dengan kemiskinan. Daerah ini kaya dengan buah-buahan. Daerah ini   kaya dengan kesunyian.

Aku dan kawan-kawan dari wargakilang sempat menzirahi Puan Rashidah 35 tahun yang kematian suami  baru-baru ini Rumahnya, rumah kayu. Dindingnya dibuat daripada papan lapis yang kualitinya amat merunsingkan. Dia tinggal bersama dua orang anakmya. Seorang 5 tahun dan seorang lagi 15 tahun.

Kelulusan dan kemahiran yang ada membolehkan dia menjadi seorang penoreh getah. Itulah yang termampu dilakukan oleh Puan Rashidah. Pendapatannya tidak seberapa. Beliau menoreh getah milik jirannya. Pendapatan yang ada dibahagikan dengan tuan tanah. Kemudian dibagikan pula dengan ibunya yang turut bersamanya. Baki yang tinggal itulah miliknya. Milik itu yang dikongsi bersama dua orang anaknya. Bila hari hujan terpaksalah  beliau berdiam diri di rumah.

Dalam program jalan-jalan masuk kampung pihak wargakilang singgap sebentar. Bertanya khabar. Menghulurkan bantuan sekadar  yang mampu.Aku lihat Puan Rashidah begitu terharu dan dengan linangan airmata menerima pelukan dan bantuan daripada kaum wanita.Beliau tidak mampu mengukir sebarang kata-kata. Sedih,pilu dan linangan airmata. Dan 1 Shawal akan menjelma tidak lama lagi. Di rumah inilah Puan Rashidah akan menyambut kedatangan1Shawal.

Sedih dan terharu dengan perhatian dan sumbangan yang diberikan oleh peserta program jalan-jalan masuk kampung  yang diketuai oleh NGO Wargakilang


Oleh Shakir Taha

Wednesday, 3 August 2011

Tambahan Tentang Tuan Guru Hj Ahmad Nahu Kuala Beris

Baru-baru ini penulis ke Sungai Jagung, Pendang Kedah. Di sini ada seorang guru silat gayung. Penulis selalu memanggil namanya Abang Man. Dia anak murid Cikgu Majid. Dalam dunia bersilatan Melayu jarang sangat  yang tidak kenal dengan nama ini. Cikgu Majid masih kuat dan sihat. Begitulah cerita Bang Man.Abang Man berbadan tegap, bermisai taring,tingginya kira-kira 5' 2" . Dia pelajar pondok. Belajar agama di Selatan  Siam. Selepas tamat pengajian dia pulang ke kampung.

Bila penulis bertanya tentang Tuan Hj Ahmad Nahu dia tahu. Hj Mohd Nahu boleh menguasai banyak bahasa. Dia boleh berbahasa Melayu, Arab, Tamil, Cina, Siam dan Inggeris. Beliau mahir tentang ilmu perubatan Melayu. Tak ramai guru pondok berkebolehan seperti beliau. Boleh dibilang dengan  jari. Sayangnya nama beliau hanya dikenali oleh orang tertentu sahaja. Tidak dapat dipastikan  adakah peranan beliau dikaji  oleh para sarjana tempatan.

Pastinya keilmuan yang ada pada beliau dimanfaat untuk membantu manusia. Jasanya kepada masyarakat setempat cukup besar. Walaupun beliau telah lama pergi tapi pusaka tinggalannya masih  dapat dilihat sehingga kini. "Wargakilang"  sebelum ini telah membuat lawatan ke pondok Hj Ahmad Nahu dan telah mengambil  dayausaha untuk membantu membaiki struktur bangunan yang kelihatan  begitu parah.

Oleh Shakir Taha


Monday, 4 July 2011

DERITA TERORIS AMERIKA SYARIKAT

Wajah teroris Amerika Syarikat yang menyerang Iraq dan Afghanistan. Derita yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat.( Sumber Arrahmah.com)

Wednesday, 18 May 2011

Orang Tua dan Solat Tasbih

Sebagaima yang diceritakan oleh kawanku,dalam waktu yang sama Aku pernah berguru dengananya.Dia seorang  Prof. Madya. Aku cukup senang mengikuti kuliahnya. Setiap bulan ada program QiyamuLlail dia pasti hadir kalau tidak ada apa-apa halangan.

Malamnya biasanya kami melakukan solat tasbih. Ramailah yang hadir termasuk penduduk di sekitar mesjid.
Di situ ada seorang tua yang berumur kira-kira 59 tahun. Orang kampung menceritakan Tok Li ini tidak pernah menjejakan kakinya seumur hidup ke masjid! Rumahnya dekat dengan mesjid. Dia tidak pernah ke program yang kami buat. Dia hanya memandang dari jauh. Dia suka tengok orang berkumpul ramai-ramai di mesjid. Dia akan berdiri di hadapan rumahnya  melihat orang yang datang dengan kereta ke mesjid. Tok Li tertarik hendak tahu apa yang berlaku di mesjid

Hatinya membuak-buak hendak datang ke mesjid. Tok Li tahu seumur hidup dia tidak pernah ke mesjid. Tapi  bukan alasan untuk tidak datang mesjid,fikir  Tok Ali. Keinginnya untuk datang ke mesjid cukup tinggi. Memangpun malam itu ramai orang  yang datang. Tok Li tahu selama ini dahinya tidak pernah sujud di rumah ALlah.

Seperti malam-malam yang  lalu, solat tasbih dimulakan pada jam 4.00 pagi. Kedatangan Tok Li ada yang kisah. Cahaya lampu tidak begitu terang. Ini perkara biasa bila melakukan solat tasbih.

Dan malam Tok Li turut sama menunaikan solat tasbih.Ceritanya itulah kali pertama dan terakhir dia ke mesjid.Kata Tok L,"Sembahyang macam ni rupa,sujud punyalah lama,rukuk punyalah lama." Sejak dari hari Tok Li tidak lagi ke mesjid hinggalah akhir hayatnya.

Kiranya anda seorang pendakwah,guru,pekerja sosial dan sebagainya banyak perkara yang boleh dipelajari daripada cerita Tok ini.  Anda fikirlah sendiri


Oleh Shakir Md Taha








Wednesday, 11 May 2011

Senyuman Terakhir

 Sedang dikasih sedang disayang
Anda pergi berjalan jauh.
Suami kepada seorang wanita.
Ayah kepada 7 orang anak.
Beliau telah pergi buat selama-lamanya.
Namanya Mat Rajab Hamad mati dihempap kayu balak di hutan
Lawin Utara,Grik,Perak.

Perkahwinan dengan Puan Sharifah selama 18 tahun tetap 
meninggalkan kenangan manis. Biarpun Allahyarhan sudah tiada
tapi Puan Sharifah tetap tidak lupa pada pesanan suaminya.

Pendidikan anak-anak perlu diberi keutamaan. Puan Sharifah tidak
pernah lupa pada pesanan suaminya. Ini adalah amanah yang perlu ditunaikan.
l
WargaKilang merasakan perlu membuat sesuatu bagi meringankan beban yang dipikul oleh Puan Sharifah.
Sudah menjadi kebiasaan WargaKilang menghulurkan
beras,minyak,gula dan lain-lain keperluan dapur bagi melegakan nafasnya.

Puan Sharifah kini tinggal di Kampung Padang Kunyit bersama 7 orang anaknya mengucap syukur kepada diatas
keperihatinan Wargakilang.







Oleh Shakir Md Taha

























Thursday, 5 May 2011

Melawat Ke Ma'had Ehya Essunnah Al Muhammadiah,Sadao,Selatan Thai








 Aku dan Ustaz Kamaruddin melawat ke Ma'had Ehya Essunnah Al Muhammadiah,Sadau,Selatan Thailand baru-baru ini. Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Hari cuti umum pintu masuk ke negara Gajah Putih selalunya penuh sesak.

Menariknya walaupun pengunjung terpaksa berbaris
panjang tapi tidak terasa lama menunggu.Untuk masuk negara   ini pelancong dikena RM2.00 untuk urusan paspot.

Menurut Ustaz Kamaruddin seboleh-bolehnya eloklah sampai
sebelum pukul 8.00 pagi. Dan memangpun kami sampai sebelum
pukul 8.00 pagi.Suasana sunyi sepi di kawasan sekolah.Sekolah yang didirikan di atas tanah seluas 13 ekar menurut sukatan Thailand, sepi semacam negeri dilanggar garuda.Tidak kelihatan seorang pelajarpun.

Pukul 8.00 pagi kelihatan seorang dua masuk ke pekarangan sekolah. Rupanya persekolah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pagi itu dimulakan dengan perhimpunan. Di Ma'had pendidikannya bermula dari tadika hinggalah ke tingkatan 6enam. Ada pelajarnya yang memasuki universiti tempatan serta ramai pula yang dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur Tengah.

Semua pelajar    berugama Islam tapi sayangnya, Melayu Patani yang belajar di sini  tidak mampu bertutur Bahasa Melayu dengan lancar. Mereka telah selesa bertutur dalam Bahasa Thai. Perkara ini cukup diambil berat oleh pihak pengurusan sekolah.

Menurut Mudir sekolah ini, yang lebih dikenali dengan panggilan "Baba Ya" sekolah ini sudahpun mempunyai 600 orang murid. Sekarang ini pihaknya sedang membangunkan sebuah lagi bangunan tambahan  memandangkan bangunan yang ada tidak dapat menampung pemintaan yang semakin meningkat.

Tuesday, 3 May 2011

Sejenak di Pondok Hj Md Nahu, Kuala Beres

Air bersih adalah keperluan bagi manusia.
Penggunaan semakin meningkat di pondok.
Dengan bantuan pihak Kementerian Kesihatan
mengusahakan sebuah 'boring' untuk menampong
keperluan yang makin meningkat. Penggunaan
'boring' akan mengurangkan kos perbelanjaan air.
Menurut Ustaz Kamel yang juga mudir pondok
kos air yang perlu dibayar ialah sebanyak 
RM500.00 sebulan.

Dengan adanya bantuan daripada Kementerian
Kesihatan akan menyelesaikan keperluan air bagi
keperluan 110 pelajar di sini termasuk 5 keluarga
yang menuntut di pondok ini.Menurut seorang pelajar
di sini pihak pentadbiran hanya mengenakan RM10.00 untuk air dan eletrik. Bayar sebanyak
dikira sangatlah murah.Pihak pentadbiran tidak
mengenakan sebarang yuran pengajian di sini


Inilah tempat mandi bagi pelajar lelaki di sini.Terdapat
70 orang pelajar lelaki yang belajar di sini. Mereka
terpaksa menunggu giliran untuk mandi. Keadaan ini
berlaku kerana tidak cukup air. Oleh yang demikian
ada pihak yang mencadangkan supaya pihak pengurusan pondok memohon bantuan Kementerian
Kesihatan.
Pondok yang diasaskan oleh Hj Ahmad Nahu dalam
tahun 80an masih megah terdiridi sini.Tempatnya agak jauh di pedalaman. Tidak ramai yang mengetahui kewujudan pondok di sini. Ia masih mengekalkan konsep tradisional pondok Melayu,
pengajian secara ummumi.Pelajar tidak akan menerima
sebarang sijil daripada pihak pondok.Yang ada hanyalah ilmu didada.Itulah yang dibawa pulang
ke pangkuan masyarkat.



Menurut Ustaz Kamel Mustapha,(gambar di kiri) selaku Mudir
Madrasah Ahmadiah Addiniyah Islamiah beliau sangat menekan
soal pengajian nahu. Dibakar hangus dengan kepercayaan itu,
beliau cukup mengambil berat tentang pengajian nahu
di madrasah ini.

Bagi beliau madrasah ini sebagai perintis jalan ke arah pengajian
yang lebih jauh dan mendalam."Sekurang-kurangnya mereka akan
menjadi insan yang berguna kepada masyarkat," jelas beliau.


Oleh Shakir Md Taha
http://shakirbshrd.blogspot.com/

Monday, 2 May 2011

Sekolah Agama di Yala,Selatan Thai

 Sekolah ini pernah menampuh 6 000 pelajar suatu ketika.Tapi  kini jumlahnya telah menurun sedikit kerana ramai ibubapa yang bimbang dan takut dengan pergolakan yang berlaku baru-baru ini di Yala. Demikian dinyatakan oleh Ustaz Abdul Rahman Tupa,Timbalan Mudir Sekolah Agama Addiniah,Yala, Selatan Thailand.
Kini terdapat kira-kira 4 000 orang pelajar yang masih menuntut di sini. Persekitaran sekolah ini cukup cantik dan bersih. Ada wakaf untuk pelajar berehat sambil bersantai.

Menurut Ustaz Abdul Rahman terdapat beberapa orang pelajar dari Malaysia dan Indonesia yang belajar di sini. Mereka ini terus melanjutkan pelajaran ke universitidi Timur Tengah.

Ada yang ke universiti dengan mendapat bantuan kerajaan(pelajar dari Malaysia) dan persendirian.
Sekolah ini juga menghadapi masalah kritikal seperti Malaysia,tersangat kurang guru yang terlatih dalam Bahasa Inggeris.Mungkin tenaga pengajar dari Malaysia boleh membantu dalam hal ini

Oleh Shakir Md Taha

Wednesday, 13 April 2011

PONDOK TUA SEMANGAT WAJA

Pondok ini terletak jauh di pedalaman.Jauh dari kebisingan dan hiruk piruk kota. Di sini tenang dan damai. Kawan Aku Allahyarham Cikgu Saidin Tasek Cempedak pernah bercerita tentang pondok ini. Pengasasnya Tuan Guru Haji Md Nahu.Tuan Guru cukup cekap dalam soal nahu. Lantaran dia digelar Hj Md Nahu..

Menurut mudir pondok sekarang ini,Ustaz Kamel yang juga pernah berguru dengannya, Tok Guru cukup menekankan soal nahu dalam pengajian ummuminya.Menghafal adalah satu yang semestinya dilakukan. Ustaz Kamel juga memberikan penekanan yang serupa.Pondok ini hanya menyaji pengajian secara ummuni sahaja. Tidak ada nizommi.Oleh tidak bukanlah perkara yang luarbiasa jika pelajar masuk keluar  dari pondok. Menurut Ustaz Kamel mereka ini keluar untuk bekerja seketika kemudian datang semula.

Tidak ada sebarang sijil diberikan di sini. Tidak ada empat thanawi di sini.Di sini sebagai perintis. Sebagai pembuka jalan. Ada yang terus pulang ke kampung dan menjadi imam ditempat sendiri. Tidak kurang ada dikalangan anak didiknya menyambung pelajaran ke sekolah pondok di Yala,Selatan Thailand.

Friday, 8 April 2011

Bersama NGO Wargakilang


NGO Wargakilang tidak mengira siapa.Apa yang penting saudara kita yang susah dibantu.Mudir sekolah pondok Ustaz Ismail Mahmud begitu terharu dengan kerja kebajikan yang dilakukan oleh kumpulan Wargakilang.

Atas tanggungjawab sosial mereka berbuat sesuatu sebagai saham akhirat. Mereka cukup perihatian derita rakyat. Derita rakyat adalah derita mereka.

Tangan dihulur. Kata bersambut.

Wednesday, 23 March 2011

MerdekaReview - Syed Husin Ali: Anwar berbeza daripada Razaleigh

MerdekaReview - Syed Husin Ali: Anwar berbeza daripada Razaleigh

BOLEHLAND

Kita ada tokoh pelakon video lucah untuk menentang tokoh politik pembangkang. Perencanaan begini rupa hanya dilakukan oleh orang yang berotak biru sahaja. Kenapa Carcosa Sri Negara dijadikan tempat  tayangan.Kerja semacam ini hanya dilakukan oleh 'the sick politician'

Tuesday, 22 March 2011

KE MANA HILANGNYA BUDI DAN AKHLAK

 Bila aku mendengar tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara dan dikaitkan pula dengan tokoh pembangkang utama di negara ini. Pelik benar kelaku tokoh yang bernama Datuk T. Tanpa segan silu diundangnya  wartawan menonton video lucah tersebut ditempat yang bersejarah. Bukankah itu rumah kerajaan.(bersambung)



.: Menjerat Rasa

.: Menjerat Rasa: "Tidak Cukupkah Kamu Menguji Kami Ya Tuhanku? LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Caba..."

Sunday, 20 March 2011

WAJAH YANG ANDA BAKAL TEMUI DI SIMPANG JALAN DI YALA

 Yala diletakan dibawah memerintah tentera. Anda temui mereka dipinggir jalan. Perjalanan kami berjalan lancar. Kami tidak ditahan.Anak muda yang memegang M-16  dengan beret berdiri tegak di bawah panas menteri tanpa kata.
Sekali sekala kesunyian dipecahkan oleh letupan dan bedil. Pasti ada yang luka,berdarah,parah dan akhirnya mati.Daerah ini ada waktunya tenang setenang air di kali. Kata orang tua-tua air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Bangunan Tambahan Ma'had Ehya Es-Sunnah Muhammadiah Sadau

 Bangunan tambahan memerlukan RM1.2 juta

Pagi itu Aku singgah di Sadao.Di sini tenang dan damai. Daerah ini masih dikunjungi kesepian dan ketenangan. Aku melawat Maa'had Ehya Essunnah El-Muhammad Sadao. Perkembangan pendidikan di sini amat menggalakkan.Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak mereka ke sini bagi mendapatkan ilmu agama dan akademik. Sambutan yang sungguh diluar dugaan. Sekolah ini dalam masa sekejap sahaja menjadi padat.Bilangannya sudah mencecah 600 orang. Bangunan baru perlu didirikan. Dana perlu dicari.

Ustaz Yahya Yunu Bin Hasan    

Menurut Mudir sekolah ini,yang lebih dikenali dengan panggil Baba Ya,pihaknya memerlukan RM1.2 juta untuk menyiapkannya.Beliau berharap ada dermawan dan hartawan dari Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan kewangan bagi mempercepatkan bangunan ini.                                               

Saturday, 19 March 2011

Sekolah Agama di Sadao,Selatan Thai

Bangunan tambahan ini memerlukan RM1.2 juta  untuk disiapkan

Bangunan Ma'had Ehya' As-Sunnah Sadao Songkala ini memerlukan dana sebanyak RM1.2 juta bagi menyiapkan  bangunan seperti yang tergambar di atas.

Ma'had Ehya' As-Sunnah Sadao setakat ini menampung seramai 600 orang murid dari Raudhah hinggalah ke tingkatan enam. Waktu pembelajaran bermula pada jam 9.00 hingga 5.00 petang. Semuanya dibawah satu pentadbiran.